Wednesday, May 18, 2011

tampin dah jadi seremban

meeting pas seremban.khabarnya seperti dulu...sirih pulang ke gagang.yang lama terpilih awal.gelanggang dah tersedia,calon dah bersiap siaga,juru kempen pun dah pukul canang tetapi pengadil hanya umumkan pemenang,tak pe lah mungkin itu petanda baik.

aku risau juga sebab kawan aku di seremban tu kalau tak de kerja mulalah diaorang sakit,kalau ada kerja yang memeningkan kepala dia orang hidup la balik.tapi pas seremban tu baik,kalau seremban dah settle dia orang akan tolong kawasan lain lak....jangan risau...ngadu jer kat dia orang.

ada juga nak batalkan meeting hantar anak bawah umor lepas tu bapak sendiri yang mintak batalkan....alahai anak sapa tu...bukan orang kecik tapi orang besar....haha

kat tampin anak bini tolong ngundi....suruh kekawan lain pegi meeting kat seremban so tak dapatlah nak ngundi....tu lah bila dah ada kuasa....buat syarat macam macam....

tak po ini menunjukkan semua telah memiliki ilmu politik...dan mereka semakin matang.

Monday, April 11, 2011

pilihlah bai

banyak juga cerita tak best ... bukan sahaja cerita pas seremban,pas tampin,pas jelebu malah pas perhubungan dan pemimpin pusat pun ada... bila ada pemilihan macam ginilah... khabarnya seremban dan jelebu banyak cawangan baru....lebih dari 3 kira banyaklah...tapi kalau dah dekat 20 tu kira banyak sangatlah....boleh lah kita ucap Alhamdulillah juga.... cerita lompat parti macam dah biasa kita dengar ....sekarang ni cerita lompat kem....dulu kem lain sekarang kem lain lak....kelakar juga...mungkin ada yang rasa pemimpin negeri tu kekal lama dan dapat manfaat maka tukar kem lah....ada juga yang rasa pemimpin tu tak lama lagi terjun maka tukar juga...alahai ada juga yang dah rasa diri tak diterima oleh anak buahnya....offer kekawan suruh ambil jawatan....kelakar bai....apa nak buat. aku rasa ada masa lagi nak tambah cawangan....tambah ahli ....kalau ada anak ramai bolihla letak satu anak satu cawangan ...kalau ada 5 anak dapatlah lima undi ...haha jangankan cerita 10 tahun dulu keluar balik malah cerita umur 10 tahun pun dia orang nak keluarkan....aduhai.... kalau ada pemilihan dan boleh calonkan diri sendiri....aku nak jadi pengerusi harakah...kah kah kah dulu masa nak kawin kita solat istikharah pilih calon isteri....sekarang ni cuba cubalah istikharah jugak pilih calon pimpinan.....kalau belum buat dah bedebar....tok sah pilihlah calon tu....ada berani ka?

Friday, March 18, 2011

alahai kawan


pas seremban yang kelakar
aku kira orang pas kat negeri sembilan terutama pas seremban orang baik baik belaka.menyimpan dendam dan geram apabila berjumpa dan tak delah isu yang besar besar nak gaduh.tetapi kerana baiknya mereka dan tak de isu , maka mulalah isu cawangan buat program tak inform kawasan,mulalah ydp dengan ajk hangin,kempen bagitau menda tu masalah besar.... ada juga yang tubuhkan cawangan malam ni mesyuarat agung ( 18.3.11 ) dan orang cawangan tu dah mula beriya iya bercerita nak tolong pj..entahlah....bila ada pemilihan mesti kacau....aku sendiri pun tidak diberitahu tentang mesyuarat cawangan yang aku sendiri tubuhkan .... entahlah

Sunday, July 18, 2010

perkahwinan pas umno

tak berhenti rupanya cerita perkahwinan pas umno.ingatkan lepas cerai sejak tahun 78 dulu tak nak dah rujuk balik , rupanya cerai talak satu jer.la ni anak tak setuju,mak bapak pulak jatuh cinta,nak buat camna,nak marah dah tua,nanti dikatakan kurang ajar pulak.tapi mereka pun lawan atuk,tak dengar cakap atuk..
nak kawin buleh,tapi macam ustaz kawin artis lah atau macam ustaz kawin ahli sukan...kalau sanggup tengok bini kena peluk atau sanggup tunggu bini main futsal...kawinlah..
den tengok yo lah.....alahai abah

Monday, July 12, 2010

aku dah cakap

aku dah cakap...penentang judi sukan peminat bola tegar...termasuklah pemimpin parti.kalau ada orang laga ayam ,kita tengok pun salah juga walau tak main judi tu.

tadi masa minum petang,seorang pak cik,penentang judi bola,sanggup berkelahi pasal perjuangan yang didokongnya,tiba tiba berkata...anak aku degil..aku cakap dengarlah cakap sotong tu ..ni tak dia dengar cakap burung,,dah rugi 100...

apa punya fikrah ni... tarbiyahlah lagi,pasal minyak,pasir,iskandar johor, kepentingan pangkat,ahhhhhhhhh lu pikirlah sendiri

Friday, June 11, 2010

aku pun tak faham. ini fatwa aku

kalaulah suara aku didengari aku ingin semua pemimpin pas yang ada darjah kebesaran memulangkan darjah kebesaran.begitu juga dengan pimpinan pakatan.bukan itu sahaja untuk masa akan datang janganlah diterima sebarang darjah kebesaran.

aku hormat pemimpinku bukan kerana tun,datuk seri ,datuk atau apa sahaja....cukup tok guru atau ustaz.....peduli apa aku dengan gelaran itu semua...peduli apa aku kalau gelaran itu ditarik....kalau aku pimpinan aku takkan perjuangkan gelaran itu...aku takkan suruh kawanku yang jadi mb terima...malah jangan harap aku sokong kalau pimpinan terhegeh hegeh mengharapkan gelaran itu...
bagi aku ...darjah kebesaran akan jadi rasuah jika mulut anda terkunci....membiarkan kezaliman berleluasa...sekadar bersuara menyedapkan hati penyokong kemudian minta maaf pada yang ditentang...

jika ada perwakilan ada membaca blog ini...tolonglah bangkitkan usul memulangkan dan memulaukan darjah kebesaran....ingat ...darjah kebesaran juga rasuah.

Sunday, June 6, 2010

akhirnya

dulu kita semua benci israel kerana menzalimi bangsa palestin,doa kita hancurkan yahudi dan selamatkan palestin,kita solat hajat untuk rakyat palestin.
akhirnya kini doa kita untuk rakyat malaysia yang ke sana,solat hajat kita untuk rakyat malaysia di sana.....kita terlalu marah apabila terkena kepada bangsa kita....agaknya itulah hikmah mengapa rakyat kita ditahan.