Friday, November 28, 2008

Allah hu akbar

Takbir
Allah hu akbar
Allah hu akbar
Allah hu akbar
kalimah ini aku ulang-ulang
pimpinan ulang-ulang
sahanat ulang-ulang
takbir
dengar kalimah itu
terus terpacul kalimah Allah hu akbar
bersemangat
berapi
panas
kini
aku masih lagi menyebut Allah hu akbar
tapi dalam nada kecewa
Selangor buat projek babi
allaah hu akbar ,
aku kecewa
Kedah pun nak buat
Allaah hu akbar .
aku mengeluh
PAS bak joint BN
Allaah hu akbar aku risau
Arak susah nak haramkan
Allaah hu akbar, aku geram
Allah hu akbar
ramai pulak yang menyokong projek babi

Aku harap mat sabu menang

Pilihanraya kecil akan diadakan di Terengganu berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail .Tempat Mat Sabu bertanding sama allahyarham dengan nenek tua naik basikal.Mat Sabu kalah.

Aku harap Tn Hj. Mohd Sabu akan dicalonkan semula dan mendapat kemenangan besar.Biar bergegar parlimen. Itu pu kalau pimpinan pusat setuju kalau tak setuju nak buat macam mana ,kalau ada orang lain , ikut je lah.Taat,berwalak kepada pimpinang.

Thursday, November 27, 2008

Saiful muncul semula

Saiful kata dia tidak sakit.Dia bagi report kat JAWI.Dia buat kenyataan media.Ada juga orang macam ni,kena bagitau masyarakat dia tak sakit.Kesian juga aku.Dia lebih sakit dari orang sakit.

Tak patutlah tuduh orang tak sakit itu sakit.Cakaplah saiful sihat.Tapi........

menuduh orang liwat lagi teruk.Apatah lagi menuduh seseorang liwat kita.Bayangkan perasaan orang yang kena tuduh tu.Awak kena tuduh sakitpun beriya-iya nak nafikan .Kalau tak sakit diam je lah.

Fatwa

Tanda orang cerdik adalah boleh mengeluarkan fatwa setelah membuat penelitian dan kajian.Apatah lagi fatwa yang disepakati bersama.Ijmak.Fatwa juga mestilah sesuai untuk seluruh dunia dan boleh menjadi rujukan setiap muslim di setiap negara.

Muslim di Malaysia dan negara lain,di lihat sebagai muslim yang tidak mengikut lunas Islam.Muslim yang melanggar arahan Allah , Penciptanya dan Muslim yang melawan suruhan Rasul , Nabi Muhammad S.A.W.

Jika Arahan Allah dan Suruhan Rasul serta tegahan Agama disanggah,dijauhi,dicerca bagaimana mungkin mereka akan menerima fatwa oleh ulama, yang dianggap insan biasa oleh mereka.

Jika pemimpin sendiri melanggar fatwa , maka apakah harapan kita bahawa rakyat akan mengikut fatwa ?Atau setidak-tidaknya ,tidak menentang fatwa?

Fatwa bertafakkur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara,dilanggar sendiri oleh Pemimpin No 1 negara.

Fatwa pengharaman rokok oleh Mufti Selangor terdahulu , Dato Ishak Baharom , juga dilanggar oleh semua termasuk sahabat-sahabatku dalam PAS.Kenapa? Kerana ia cuma fatwa.Hukum baharu.Boleh dikaji lagi.Sebelum ini tiada hukum,hari ini haram , esok lusa mungkin halal.Ali Maidin berkata,"Kau tunggulah mesti ada fatwa baharu akan keluar" Bila saya menulis isu babi dan sambutan Deepavali.

Walaubagaimanapun kita mengharapkan kekuatan jihad para ulamak.Menegakkan kebenaran , menjelaskan kehebatan Islam dan bersama berjuang dalam kelompok yang cintakan Islam.Buatlah fatwa bahawa sesiapa yang tidak menyokong gerakan Islam atau Parti Islam adalah haram.dan sesiapa yang mengkritik undang-undang Islam adalah haram.Beranilah berfatwa dan bertindak atas fatwa tersebut walaupun dipecat.Lihat saha bekas Mufti Selangor dengan fatwa Ratu Cantik. Tegas.

Di Malaysia , orangnya lebih taat pada petua berbanding fatwa itu pun kena kaitkan dengan tenaga batin.
Jangan kencing dalam air nanti lemah tenaga batin.
Jangan tidur meniarap nanti lemah tenaga batin.
Ramai ikut dan amalkan turun temurun.Tapi kalau kita kata itu termasuk larangan agama , mesti ada yang kritik, macam larangan tidur lepas subuh atau lepas asar dan larangan minum air yang dimasuki semut atau minum air dimasuki lalat mesti tenggelamkan kedua-dua kepaknya. Cubalah cakap pada mereka ,pasti anda akan dikritik.Tapi kalau di kaitkan dengan lemah atau kuatnya tenaga batin anda akan disokong.

Kalau nak suruh ikut ,kena cakap."Jangan minum air yang dimasuki semut nanti lemah tenaga batin"

Dia orang beryoga tu sebab nak kuatkan tenaga batin agaknya.macammana kita nak suruh diorang berhenti.Mesti dia orang marah.

Sunday, November 23, 2008

Alangkah malangnya

salah satu tanda kita semakin jauh dari rahmat Allah ialah apabila tiada seorang pun yang hendak menegur atau manasihati kita.Apatah lagi jika rakan dan sahabat mula mengunci mulut untuk memberikan sebarang komen tentang kita.Ini sesuatu yang malang.Moga Allah membersihkan hati-hati kita.

Kata Tuan Guru Nik Aziz" itu negeri dia,biarlah dia memerintah ikut cara dia,saya jaga Kelantan dah la"

MB Kedah pernah berkata " Ini negeri saya , orang lain jangan kacau,mereka tiada hak"

Saturday, November 22, 2008

Apa kes?

Babi
Babi lagi
Lagi-lagi babi

Dulu Negeri Sembilan dah digelar Darul Khinzir.Bekas Menteri Besar aku dulu Mat Isa teruk kena kutuk.Ali Maidin kutuk apatah lagi Mat sabu termasuk Pesuruhjaya dulu dan semua warga peneroka ahli pas di Felda Bukit Rokan .Kalaulah Mat Isa tu orang PAS , atau dia pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mesti tak kesah,mesti betul.Dan kalau ada ahli UMNO atau Wanita atau Puteri kutuk,mesti kita bela projek babi tu.Macam Selangor dengan Kedah nak buat sekarang.Selangor siap keluaran poster dan pamplet tentang perlunya dan hebatnya serta canggihnya projek babi berteknologi baru.Lepas ini Kedah pulak.

Masa MB Negeri Sembilan yang baru ini memerintah,babi dari Melaka nak transit di LUKUT pun kena halau atau kena bambu dek mat Asan.Hebat juga tu.Tapi...

Saya hampir yakin ,jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Sembilan dan gabungan PKR,DAP dan PAS masih berjalan,alamatnya ladang babi di Lukut akan beroperasi semula.Tak banyak cuma 48 ribu ekor sahaja.Jika inilah yang akan terlaksana maka saya lebih rela Pakatan Rakyat jadi pembangkang sahaja.Cukuplah.

Kalaulah dapat memerintah Pahang, sanggupkah MB Pakatan Rakyat menutup pusat judi di Genting? Atau akan meneruskan dengan alasan ,kita akan pastikan hanya bukan Islam sahaja yang berjudi.....

Thursday, November 20, 2008

Umpan tak di pasang jerat mengena

Razak kata Najib ngan Rosmah tak terlibat dalam kes Altantuya.

Yess.Kata orang tua " Umpan tak dipasang jerat mengena" Jerat dah bingkas.

Teringat zaman kanak-kanak.Sorokkan duit syiling dalam tanah atau tin biskut.Lepas tu tulis nota " DI SINI TAK DE DUIT".

hahahahaha.