Friday, January 29, 2010

Aku baru nak belajar adil

Dalam keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS , kedua dua ahli didapati besalah melanggar perkara 75 perlembagaan. Hukumannya seorang kena beri amaran dan seorang lagi kena gantung jawatan.

Aku mana faham makna adil dalam membuat keputusan.aku agak itulah adil.sebab naqib aku cakap adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.agaknya macamnilah kot.

Sunday, January 24, 2010

Cemburu Allah

cemburukah Allah padaku
lantaran kasihnya aku pada isteriku
cemburukah Allah padaku
lantaran cintanya aku terhadap isteriku
cemburukah Allah padaku
lantaran sayangnya aku pada isteriku
cemburukah Allah
pada kasih sayang kami
cemburukah allah
kerana kemesraan kami
cemburukah Allah
kerna akrabnya kami
Ya Allah adakah Dikau cemburu pada kami
kerna kasih sayang yang Dikau hadiahkan pada kami
membuat kami melupakanMu
Ya Allah
cemburukah Dikau padaku
kerna menyanjung hadiah yang Dikau berikan
tetapi terlupakan Dikau yang memberi hadiah
Ya Allah cemburukah Dikau padaku
kerna lidahku basah menyebut hadiah yang Dikau berikan
aku terlupa akan Dikau
pemberi hadiah
aku jarang memuja Mu
lantas...
Ya Allah
Dikau ambil semula hadiahMu
Dikau rentap dengan tiba-tiba
Dikau tinggalkan aku tanpa hadiah itu
hadiah yang amat aku sayangi
Ya Allah
Aku amat menyangiMu
aku juga kasih pada hadiahMu
Andai cemburuMu kerana Dikau sayang pada Ku atau Isteriku
aku terima takdir Mu
Ya Allah
aku cuba memahami
bahawa cemburu itu
tanda sayang
tanda kasih
Dikau pada kami
hambamu...

Friday, January 22, 2010

entahlah....

Isu penggunaan nama Allah..akhirnya yang buat lawak tentang nama Yang Maha Agung itu adalah orang Islam.Akhirnya Nama Maha Perkasa itu jadi mainan orang Islam.Entahlah.Para ustaz berbeza pendapat.Ada yang guna hujah agama,ada pula hujah dakwah,ada pula hujah politik ada pula hujah sosial,ada pula hujah ekonomi.
Alahai ustaz.
Entahlah....tak perlu musuh hunuskan senjata,cukup dengan perebutan nama Tuhan Yang Maha Esa , muslim telah berpecah.

Friday, January 15, 2010

Allah
lihatlah hamba hambaMu
hamba yang mempercayaiMu
lalu beriman dengan Mu
hanba-hambaMu ini
memuja Mu
memujiMu
menaruh harap padaMu
mereka takut padaMu
takut kalau-kalau
dambil semula hadiah yang diberikan pada mereka
takut kalau ditarik iman dan islam dari dada mereka
Allah
lihatlah
hambaMu yang juga mengaku beriman dengan Mu
mereka kata mereka sayang dengan Mu
mereka kata mereka mempertahankanMu
mereka istihar perang
pada si kafir yang menyebut namaMu
Allah
mereka hanya sayang namaMU
mereka hanya mempertahan namaMu
hanya namaMU
hanya nama
hanya nama,,,,,,

aku masih rindu

aku masih rindu Fiza.semasa posting ini ditulis aku masih lagi menitiskan air mata.sejak sebelum solat.
Kebelakangan ini aku sering teringatkan Fiza,walau aku cuba melupakannya ianya masih lagi berlegar difikiranku.

biasanya sebelah petang , sebelum azan maghrib Fiza akan mengangkat pakaian di jemuran,aku akan membantunya,ketika ini ia akan bercerita tentang peristiwa di tempat kerjanya,dan ada kalanya kami hanya bergosip sahaja.

Setelah itu kami akan bersama menyiram bunga,kami memang minat dengan bungaan,malah fiza yang paling rajin sejak aku tidak berapa berupaya mengangkat pasu-pasu bunga.dialah yang menyusunnya.seperti drama drama melayu ,ketika inilah kami bersenda gurau,walau pun basah,aku suka mengusiknya .Sesekali kami akan masak untuk makan malam bersama,kalau dia masak aku suka tolong,tetapi kalau aku yang masak aku tak bagi dia tolong.Dia akan kacau juga aku , jika aku berpaling dia akan masukkan garam dan berkata garam dah masuk....lalu dia lari ke ruang tamu.

ya Allah,ingatan aku pada Fiza masih tebal.
Tolong aku ya Allah.

Saat akhir Fiza kami solat berjamaah bersama dalam keadaan duduk di atas kerusi lantaran kaki aku sakit dan kaki dia juga sakit.
selepas solat aku akan berdoa,dan dia akan bangun mencekup dalam genggaman aku,seolah-olah mengambil sesuatu.Ya allah aku bahagia dengan tingkah lakunya.

Ketika sihat , selepas solat dia akan baring di ribaan aku sehinggalah habis wirid dan dia tertidur.Walau aku kebas aku tidak akan anjakkan kakiku.

aku masih ingat Fiza.

Ya Allah bantulah aku.

Monday, January 4, 2010

penggunaan kalimah Allah

Saya pernah bertanya kepada seorang Dr. tentang fatwa jihad ekonomi.katanya dalam Islam tiada istilah jihad ekonomi dan jika fatwa tersebut dibuat di Malaysia ia juga terpakai di seluruh dunia.

Begitu mudah mengeluarkan fatwa tergelincir aqidah jika menyokong keputusan mahkamah,begitu mudah mengambil keputusan dan lari dari kefahaman yang diajar ditarbiah sebelum ini oleh sahabat-sahabat yang berfatwa.

Ceramah perdana sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh pihak DUN Paroi ( Pas ) juga menyebut bahawa penggunaan kalimah tersebut tidak menjadi masalah dan mereka yakin ini ada tujuan politik.Bagaimana orang awam yang sudah hampir percaya dengan kehebatan Islam dan sikafir yang mulai yakin dengan sistem Islam mulai terkeliru dengan isu ini.

Ustaz-ustaz,cikgu-cikgu berusaha bersungguh-sungguh menerangkan bahawa penggunaan kalimah Allah ini pernah dilakukan sejak dahulu.

Jangan bagi hujah perlembagaan sahaja,jangan berhujah dengan emosi kemelayuan sahaja,berhujahlah dengan fakta dan dalil yang sahih.Rakyat semakin cerdik.

Hari raya aidil fitri dan aidil adha bukan orang melayu punya.Jangan ajak orang lain kongsi.

Saturday, January 2, 2010

monolog

susah
tak pe
aku tak susahkan orang
senang
ok
aku boleh menyenangkan orang
sedih
aku sorang
tak minta simpati orang
gembira
senyum
pasti dapat balasan
kecewa
jangan
walau hampir terjebak
duka
belum lara
sedang melaluinya
kawan
masa susah senang
keliling pinggang
kasih
mekar
tapi belum muncul
harta
ada
tapi tak seberapa
saudara
masih ada
walau tiada siapa
walau ujian menimpa
seorang atau berdua
aku tetap aku
aku masih ada Yang Satu