Wednesday, May 28, 2008

Hati-hati dengan Ezam

Ezam kata dia nak bawa perubahan macam para Nabi.Sedap mulut nak cakap. Kalau awak nak masuk Umno , masuklah orang Malaya tak kisah . Awaktu bukannya ulamak yang hebat atau pejuang yang hebat. Awak hanyalah golongan yang kecewa. Awak ahli kecewa.

Keluar Umno sebab kecewa.Masuk Umno pun Sebab kecewa.

Saya malas nak komen sebab awak sebelum masuk umno bukan mana-mana parti. Lainlah kalau awak tu parti pas. Cuma saya kesian pada orang yang jadi peminat awak.Masa sumpah pemuda macam nak terangkat bumi Malaya. Mana fail-fail yang bertimbun tentang rasuah dan penyelewengan yang Anwar bagi? Samada awak menipu atau awak ditipu aku tak tau. Tapi Yang pasti awak menipu satu Malaya dan satu Malaya dah tertipu dengan perjuangan awak.

Ezam , Anwar dulu masuk Umno pun sebab nak bawa perubahan.Dia melepasi ujian untuk sampai hingga ke Timbalan Perdana Menteri. Dia masuk Umno masa pembangkang belum kuat dan peribadinya menonjol mas itu. Akhirnya perjuangannya dari dalam pun musnah.Jika Ezam impikan tempat seperti Anwar maka dia masuk umno , maka orang umno harus sedar.

Sapa lagi yang nak masuk Umno dari NGO dan Parti Pembangkang? Saya rasa ada. Ada juga pemimpin pembangkang nak runding dengan BN.

Monday, May 26, 2008

Ezam masuk UMNO? Saya kurang percaya dan harap-harap jangan berlaku.

Sebelum berita tersebut keluar kawan saya ( Man Fitnah - penjual harakah ) bagitau Ezam akan masuk Umno. Saya Beritahu padanya " kalau kau kata Azmin atau Anwar masuk Umno aku percaya . Tapi Kalau Ezam aku kurang percaya, sebab Ust Jaafar ( bekas calon PKR tahun 1999 di Jelebu ) bagitau Ezam adalah orang yang baik akhlak dan ahli zikir. Kalau travel dengan Ezam dia tak henti zikir dan tak suka dengan kawan-kawan yang cakap mengarut."

Atas sebab kebaikan beliau yang baik tu saya berdoa agar beliau janganlah dikotorkan hatinya untuk masuk Umno.

Ada cerita dua beradik , seorang jahat seorang lagi baik. Dua-dua dah boring . Yang jahat boring dengan kejahatan yang baik boring dengan kebaikan. Suatu masa yang jahat nak jadi baik dan yang baik nak jadi jahat . Akhirnya bertembung. Yang jahat masuk syurga yang baik masuk neraka sebab akhirnya hidupnya berubah.

Yang nak masuk umnotu batalkanlah niat dan yang ada dalam umnotu bertaubatlah cepat-cepat.

Wednesday, May 21, 2008

Mahathir nak tebus dosa ke?

Dulu Anwar dipecat . Dia berada di luar UMNO selagi Mahathir ada di sana. Dia yakin Mahathir memfitnahnya. Sekarang dia telah berada di luar UMNO dan strateginya menjadi dan berkebetulan UMNO bermasalah , BN kucar kacir maka parti yang mendapat nasihatnya atau parti yang masih meminati Anwar telah menang besar.

UMNO nak buat peralihan kuasa kerana kegagalan pemimpinnya mengekalkan majoriti besar.Anwar pula memberi keyakinan , peralihan kuasa adalah kepada beliau.

Untuk menaikkan Anwar Abdullah mesti diundurkan. Caranaya adalah dengan desakan semua.Kalaulah dengan fitnah Anwar boleh jatuh maka dengan hujah-hujah bernas tentang kepincangan Abdullah , penyelewengan dan isu ketuanan melayu ,tidak mustahil Abdullah akan terjun juga.

Tidak Mustahil Mahathir akan boleh menawarkan Anwar menyertai UMNO atau mengajak PKR menyertai BN untuk membina satu peralihan kuasa dan Malaysia Baru.Anwar pula boleh berhujah dengan baik bahawa kita hendaklah sama-sama membina Negara yang tercinta ini dan inilah hasil perjuangan kita.

PKR boleh masuk BN , PAS macammana pulak?

Monday, May 19, 2008

Mahathir keluar UMNO

Gembira juga kalau dia (Mahathir) keluar sebab nak bertaubat.Tapi marah kalau dia keluar sebab nak gugat Islam.Kalau marah UMNO sebab UMNO jahat sokonglah PAS sebab PAS lebih baik.

Dalam keadaan dia diserang habis habisan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Diserang pula dengan kes pita video Linggam ditambah dengan kebencian orang umno , belliau sepatutnya semakin berpaut pada parti UMNO untuk mendapat sokongan, tetapi sebaloknya memilih untuk keluar parti dan bersendirian.

Saya harap Mahathir dapat bawa lebih ramai ahli UMNO keluar parti dan berjaya menghancurkan UMNO.

Teringat saya pada Allahyarham Pak DIN Hancur yang selalu melaungkan "Hanchook UMNO ". Nak hancok dah.

pesan pak andak

" Ayah yang baik akan memberi tanpa dipinta,menasihati sebelumsilap,meraikan sebelum berjaya,berjimat sebelum habis"

Tuesday, May 13, 2008

Sedarlah

Kalau kalah kita kata "itu takdir Allah " , "Allah belum izinkan lagi"," Sabar dengan ujian Allah" ."Belum layak menang" dan banyak lagi kata yang disandarkan kepada Allah, malah dalam banyak ceramah YB Gobala pun selalu sebut ayat al Quran " Kita merancang , Allah merancang dan perancangan Allah lebih baik".

Sekarang banyak dah menang , saya nak nasihat bahawa itu bukan kemenangan awak, sedar diri sikit, jangan sangka itu kerana strategis .Kalau kalah kerana Allah mengapa bila menang lupa Allah. Mengapa soal negara Islam semakin tenggelam.Kalau nak kuasa dan melupakan soal kekuasaan Islam aku pun menyampah dengan PAS dengan PKR lagilah apatah lagi dengan DAP.Sekarangseperti pemerintahan individu sahaja, tak sepakat , Kelantan cara Kelantan TN Gurulah , Kedah cara Kedah Ust. Azizanlah, Perak cara Perak IR Nizarlah.

Parlimen pun main belasah je.

Tempat aku bendera lambang bulan hanya di dalam pusat khidmat wakil rakyat. Dulu itu markas PAS sekarang pusat khidmat , di luar tak de lambang bulan dah. Masa belum menang ada markas , sepatutnya masa dah menang lagi banyaklah markas pas tapi yang berlaku sebaliknya.

Dari segi cari duit . aku pun confius . kalau untuk orang yang bukan orang PAS beria-ia kita tolong sedangkan dalam masa yang sama sahabat kita ramai susah. Untuk PASTI susah nak tolong , tapi bab nak tolong yang lain berlumba-lumba minta derma. Berjuang untuk beri pendidikan percuma tapi buku pasti ibu bapa kena beli , tak de ke peruntukan pusat atau tak pernah ke ahli strategis fikir benda ini. Selangor nak beri RM 1000 sorang pada pelajar IPT kalau 20,000 orang 20 juta. alamak , tolonglah beri budak pasti duit dan pengurus pasti takdelah pening sangat.

Monday, May 12, 2008

Senangnya nak berhukum

Petang tadi saya minum teh tarik bersama rakan .Mereka ini adalah rakan saya tapi umur mereka melebihi 50 tahun malah paling tua 83 tahun. Adalah seorang pak cik tu bagitau kalau nak gulai ikan sembilang kenalah siang dahulu , tetapi tak boleh terus belah perutnya sebab berdosa besar kerana menyeksa ikan.Nak belah perut kena potong leher dahulu , macam kena sembelihlah.kELAKAR SUNGGUH.lEPAS TU KAWAN DIA KATA ADA PULAK KAWAN DIA DI GELAR "yAHUDI" KERANA MASAK KETAM SEMASA HAIWAN ITU MASIH BERNYAWA. Saya dah tak tahan saya tanya dia " Abang pernah masak kerang tak? dia kata "pernah" saya sambung soalan" Abang masak kerang abang bunuh dahulu ke?.Abang tu terdiam dan menjawab "kerang tu lain" nAK SEMBELIH KAT MANA ....lu pikirlah sendiri.

Thursday, May 8, 2008

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan


Sebelum anda tersasar jauh kerana kekecewaan anda akibat dari masalah perhubungan , percintaan,pelajaran,keluarga,kemiskinan,penyakit atau masalah anak-anak eloklah anda mencari buku ini di kedai-kedai buku berhampiran.

Tajuk : Jangan Kecewa
Penerbit: Karisma Publications Sdn.Bhd
Harga: RM 12.00 sahaja

Dapatkan buku tersebut anda pasti puas.

jangan kecewa

"Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia ini boleh diringkaskan kepada lima ,
  • sakit ketika mengembara
  • miskin ketika tua
  • maut pada usia muda
  • buta setelah melihat
  • dilupakan orang setelah disanjung tinggi "