Monday, December 28, 2009

iqra' haus

Saya akan buka kedai buku di Taman Ampangan seremban dengan nama IQRA' HAUS. nama ini arwah isteri saya yang beri.
Jika tiada halangan kedai ini akan di buka secara rasminya pada 15 januari 2009.sekarang sedang berkemas dan cari rak serta cari pembekal.
harap-harap semuanya bejalan lancar.

Thursday, December 24, 2009

tahniah tahniah tahniah

tahniah tahniah tahniah
walau 8 walau 5
tahniah tahniah tahniah
walau 4 walau 3
tahniah tahniah tahniah
walau tiada apa apa
tahniah tahniah tahniah
kerana anda telah berjaya
berjaya bersekolah
berjaya menulis dan mengira
berjaya sampai ke tahap ini
tahniah tahniah tahniah
anda berjaya mengekalkan sahsiah
istiqamah dengan amalan
tahniah tahniah tahniah
kerana anda masih seorang pelajar
anda masih ingin belajar
anda sentiasa berjaya
takkan gagal
kerana kejayaan itu
bukan destinasi
tapi perjalanan
tanpa henti
ain dan amri , tahniah..andak bangga ngan kau orang

Tuesday, December 22, 2009

langkah ini

langlah ini
ku hayun tenang
walau dipukul angin kencang
walau dipanah terik mentari
walau dibasahi hujan petang
kuhayun
perlahan
ketika angin kencang
aku hampir tumbang
ketika hadirnya panas mentari
aku hampir hangus
ketika tiba hujan petang
aku hampir lemas
ku gagahi jua
kerna
aku melihat dihadapan perjalanan aku
ada destinasi bahagia
ada taman
dari taman-taman syurga
dan aku lebih bahagia
apabila aku tahu
ada yang menanti aku di sana

Friday, December 18, 2009

kenduri india

Beberapa malam lalu aku dan beberapa kawan ke rumah en raja.kenduri kahwin anaknya.
Masa aku dapat sms mengatakan anak en Raja kawin.aku ingat anak en raje( slang melayu) bukan raja.Aku boleh marah kawan aku sebab tak jemput sama.
Bila nak pergi baru mereka kata en raja...gopal. Cis.
Sebab dah janji aku ikut saja.kendurinya simple,tak de tepung tawar,mereka cuma duduk atas pentas,sapa nak ambil gambar naik terus ke atas.

makanan pun simple,nasi briyani,kari kambing ,kari ayam,acar mentah.kalau kenduri melayu....puh sekurang-kurangnya 6 macam lauk.

Yang peliknya tak de pulak bau india,dah moden agaknya.Tahniah en raja

Monday, December 14, 2009

alahai....

Nampaknya JAIS berjaya menaikkan namanya semula dan mengalihkan isu tangkapan Asri ,hanya dengan cara menaikkan mas kahwin untuk si dara dan janda di Selangor.Katanya untuk menaikkan martabat perempuan di Selangor.

Kalau dengan mahalnya mas kahwin martabat wanita pun naik,senanglah kerja kita,agak-agak merosot je martabat kita naikkan mas kahwin lagi.

Nak naikkan tak salah,nak turunpun tak salah,tapi apa program nak naikkan martabat wanita,kalau kuliah pun tak boleh,konsert pulak melambak.

Apabila seseorang perempuan itu dipinang lelaki yang baik,maka martabatnya terjamin dan itulah peningkatan martabatnya.Selepas bergelar isteri ,ia semakin baik dan baik.iaitu menjadi isteri yang solehah.

Thursday, December 10, 2009

teringat lagi....

semasa isteriku masih bersama,apabila kami ke rumah kenduri kahwin dia akan berbisik."mulalah kan,bila tengok pengantin rasa macam kita baru kawin pulak."
"Ya betul" sokong aku
kali terakhir dia berkata begitu ialah ketika majlis pernikahan anak buah aku.aku masih rasa begitu.

Honey moon pertama kami ialah di Pulau Pangkor ( Dis 1995 ) dan honey moon terakhir kami juga di Pulau Pangkor.( Jan 2009 ).

Lagu nasyid yang kami nyanyikan bersama ialah nasyid dendangan Asri ( Pancawarna ), lagu ini juga adalah lagu terakhir saya nyanyikan semasa dia memotong kuku saya , penghujung julai 2009.

Isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
dirumah dia isteri
di jalanan kawan
ketika kita buntu
dia penunjuk jalan

ketika sampai pada lirik

.....dia ibarat tongkat sibuta
jika tiada suatu kehilangan

"ha tulah , nyanyi lagi kan dah buta mata ...
nanti kalau fiza tak de macam mana ni....."

"fiza jangan cakap macam tu...."

hehe ... dia ketawakan aku.dia memang suka menyakat aku ,sebab aku suka nangis.

aku masih belum boleh melupaimu.........

Tuesday, December 8, 2009

letak ( potong )

"abang,nak tanya sikit boleh"
"apa dia"
"abang dah letak"
"ishhh bebudak zaman sekarang , kalau dah letak tu,letaklah"
"ish tak letak-letak lagi.... karut betul"
"oiii....letaklah..."

letak,
letak letak letak.
letak letak letak
letak letak letak

letaklah jawatannn....

Sunday, December 6, 2009

entahlah...

aku kesian pada tuan guru nik aziz dalam mendepani masalah yang dihadapinya.dalam keadaan yang begitu ia memerlukan sokongan .malangnya dalam pejuangan beliau ,tanda sokongan menjadi alat political will pada segolongan yang lain.

ketika ceramah beliau di taman melewar malam tadi,aku tidak berapa selesa ,malah aku dapati yang lain juga agak keliru dengan apa yang dilaksanakan.

perlukah laungan laungan sokongan begitu .inikah yang diperlukan oleh tuan guru.

kami!kami!
sokong!sokong!
tok guru!tok guru!

jika suara bergmpita aku yakin ramai yang setuju begitu,tetapi laungan itu tenggelam timbul.mungkin ramai yang keliru...terkedu...dan berfikiran.. macam ni ke tanda sokongan.

tok guru memang hebat.ulasan perjuangan adalah menuju kemantapan iman dan penyatuan umat atas dasar iman.takbir!

Friday, December 4, 2009

aku dan tok guru

aku amat menyangi tok guru dan tok tok guru
aku sayang tok guru yang menjadi pemimpin yang baik

aku marah orang yang membenci tok guru dan tok tok guru
aku benci orang yang mendokong menbenci tok guru dan tok tok guru

aku sokong perjuangan tok guru dan tok tok guru
aku akur ilmu yang dimiliki dan diajar mereka

aku mengaminkan doa tok guru
walau ada membangkang
isi doaku tiru doa tok guru dan tok tok guru

tapi aku belum lagi rela nak berdemonstrasi
mempertahankan tok guru

aku tak pandai begitu
mempertahankan tok guru sebagai Menteri Besar

sebab.......
aku mempertahankan tok guru sebagai tok guru

,,,,,,,,

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…
Dia datangkan petir dan kilat…
Kita menangis dan tertanya-tanya,Ke mana hilangnya sinar…
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Thursday, December 3, 2009

hairan aku

Sembang kat kedai kopi tadi pasal calon isteri.Aku hairan apasal orang muda suka pilih janda ,pak cik yang berumur 60 tahun ke atas mempertahankan pilih anak dara lebih baik.hairan..hairan
Hujah orang tua lebih kepada 18 sx tapi hujah orang muda lebih kepada sikap ihsan dan simpati.

alahai dunia-dunia



Monday, November 30, 2009

makbul

nampaknya doa nik aziz macam nak makbul je.kelam kabut dibuatnya.

dulu masa kat felda , kalau ayam kena curi,kita orang ramai-ramai sembang kat warung,kata nak baca yasin biar buncit perut... pencuri tu datang minta maaf.hehehe tapi tak baca pun.

Thursday, November 26, 2009

politik malaysia

serupa tapi tak sama.
semua parti sudah sampai satu peringkat tepu.produk yang telah lama dipasaran perlu di kemaskini di perbaiki dan diberi penjenamaan semula.jika tidak graf yang mendatar akan terus merudum.jatuh dan akan bermula dari bawah semula.jika penjenamaan semula berjaya , satu lonjakan akan dapat dicapai dan mampu mengatasi pesaing-pesaing yang lain.

Wednesday, November 25, 2009

selamat hari raya aidil adha

selamat hari raya.aku raya sorang lagi .

Friday, November 20, 2009

entahlah...tak sangka aku

Tadi berbual dengan seorang saudara baru tentang kes asri zanal abidin.mulanya agak simpati dengan beliau,tetapi apabila dilihat wajah - wajah di sebalik beliau jadi menyampah pulak.Nak bela agama ke nak bela tokoh?kalau wahabi adalah juga hujah,tapi kalau dilihat wajah belakang tu macam Islam liberal je...entahlah...

Monday, November 16, 2009

jom korban

jomlah korban.Tapi jangan bergaduh,jangan tamak,jangan ada rasa tak puas hati,jangan iri,Jangan ngumpat,jangan perli,jangan cemburu kalau lembu orang harga 2100 lebih besar dari kita.Jangan iri kalau kawan kita sebahagian RM 350 dapat daging 5 kilo tapi kita sebahagian RM 350 dapat daging sekilo je.

kalau nak daging banyak beli je kat pasar tani tawarlah sampai 14 ringgit sekilo , 20 kilo baru 280 ringgit.

lillaahi taala.

Thursday, November 12, 2009

mudah mudahan murah rezeki

64 ribu ringgit boleh bagi modal kat 10 orang buka gerai burger atau 20 orang buka gerai sata atau 2 orang buka restoran sup gear box.

mudah-mudahan murah rezeki

Tuesday, November 10, 2009

berwasiatlah

sahabat,berwasiatlah sementara masih benyawa,sementara masih sihat,sementara masih waras.berwasiatlah atas wasiat iman,begitu pun dengan harta yang berhak dipusakai oleh yang berhak.ingatkanlah tentang hutang yang belum terlunas,hutang yang belum tertuntut,ingatkan tentang amal yang boleh diganti dan amal yang boleh diwakili,agar yanbg pergi sejahtera yang ditinggalkan bahagia.

Monday, October 19, 2009

satu malaysia

sejak sebelum merdeka hingga kini pemimpin negara melaungkan perpaduan,agaknya semua dasar kerajaan menyatupadukan rakyat negara ini sejak dahulu hingga kini gagal.

Pemimpin negara nak lihat perpaduan macam mana ? Nak suruh bergilir-gilir menyembah tuhan ? Hari jumasat sama-sama pergi msasjid,hari ahad pergi gereja,hari sabtu pergi kuil? atau nak melihat kahwin campur agama?atau nak melihat adanya mak angkat berlainan agama?

Nak ubah minda suruh bersatu? Minda aku dan kawan aku dah faham,malah minda tok-tok guru pun dah jelas.apa lagi.

Aku lebih risau kalau-kalau minda remaja jadi sesat.bagi mereka bangsanya malaysia agamanya juga malaysia,budayanya malaysia. atas nama malaysia semuanya boleh.Kalaulah remaja disesatkan dengan mengatakan semua agama adalah sama,maka bagaimana kita yang beragama islam hendak menghalang mereka menukar agama?

bukan kita punya

Minggu ini salah sebuah kereta kami akan bertukar milik ,kereta ini idaman isteri aku.Toyota Altis.aku pasrah.Abang dan kawan aku kata , sayang kalau aku lepaskan.

Aku kata , pemilik kereta yang aku sayangi itu pun aku tak dapat tahan dia pergi,apatah lagi kereta miliknya.

jiran baru

Rasul s.a.w kata ,bahagialah kita kalau dapat jiran yang baik.Tentulah sebaliknya jika mendapat jiran yang tak berapa baik.Aku baru dapat jiran,belakang rumah.

Semalam sewaktu balik dari dialisis aku lihat ada yang tak kena pada persekitaran rumah aku.Apa benda yang tak kena belum perasan lagi.Aku ke belakang rumah,selalunya semasa aku menjemur pakaian ada yang mrenghalang penglihatan,tetapi kini terang benderang.

Rupanya ,salam perkenalan dari jiran aku,dia tebang pokok pisang kapas aku,tiga batang,rumpun pandan dicabutnya,rumpun serai juga di tarahnya.malah pokok betik yang baru nak hidup juga ditebangnya.

Isteri aku memang rajin menanam tanaman untuk kegunaan,dia rajin masak,dia urus belakang rumah dengan baik,kami bersihkan selalu,tiada semak samun dibelakang rumah.tapi jiran baru aku tanpa salam terus menebang pokok kepunyaan kami.

Pekerja yang menerima upah membersihkan kawasan itu berjumpa dengan aku,setelah aku meluahkan rasa marah aku kepada kawannya.Mohon maaf kerana dia hanya menurut perintah tuan rumah.

nak buat macam mana,tanaman dah habis dicabut,ditebang dan dibakar?Lobai kampung ,tolong jawab sikit.

Friday, October 16, 2009

.............

semakin kuat aku cuba menghilangkan kenangan bersama , semakin kuat pula kenangan-kenangan bersama datang. satu persatu,bersilih ganti...

Monday, October 12, 2009

suatu lintasan

pilihanraya bagan pinang pilihanraya 999.memang betul.memang 999 sepanjang tempoh,cemas selalu.polis,bomba,ambulan kelam kabut.

Sunday, October 11, 2009

sabar....

buat saudara dan sahabatku dari dekat dan jauh yang bertungkus lumus bekerja bagi mendaapatkan satu kemenangan untuk pembangkang aku ingin ucapkan syabas dan sabarlah.....

apak,akob,mokhtar,amran,abu,ayat,hassan,husaini dan beribu-ribu lagi .kau orang memang hebat.sabarlah.

Tuesday, October 6, 2009

montori bosa bagan pinang

orang mat asan kato ,mat asan akan totap mb walau isa monang.

orang isa kato , isa akan jadi mb kalau dio monang.

zul pulak kato , dio akan jadi mb kalau dio monang.

hehe,nampak gayo pilihanrayo kali ni pemilihan montori bosa.

Monday, October 5, 2009

zul pejuang tanpa sempadan

ya betul,betul-betul-betul.hehe jangan marah

dengarlah nasihat murugiah

jangan gaduh-gaduh,jangan bangkit isu sensitif,pemimpin parti boleh minum sama ,orang bawahan jangan buat kecoh....

hahahaha pi minum dengan kayveas la kalau berani,mesyuarat pun asing.hahaha

Sunday, October 4, 2009

bagan pinang

aku baru balik dari bagan pinang,ada dikir barat,ada ceramah.

semasa dalam kereta haji salim bertanya"ustaz rasa ada harapan tak? aku kata "kalau tengok muka zul macam ada harapan nak jadi yb" Nampaknya dialah bakal mb " hahaha kami ketawa.

pada seorang sahabat , saudara baru,aku kata adsnya " pak andak risau juga ,kalaulah pas memerintah silap haribulan pak andak dan kekawan yang banyak komen pimpinan duduk kemunting" hahaha

Saturday, October 3, 2009

bagan pinang

tadi aku ke bagan pinang,melihat penamaan calon.hujan lebat pulak.parking kat masjid jamek.Sambil tu sembang dengan orang atas pagar,orang pas dan orang md isa(bukan orang BN).
orang atas pagar menjangkakan orang umno akan berasap menangkis segala tuduhan dari pembangkang dan dia yakin yang mengundi pas atau bn sebelum ini tidak akan berubah,orang pas pulak mengatakan dia yakin pas akan menang malah khutbah jumaat semalam menghentam pemakan rasuah.Tapi ada orng md isa datang pulak dia kata dia bukan pangkah bn tapi pangkah md isa.kalau nmd isa masuk pas dia pun akan pangkah pas.hahahah.dia kata md isa ibarat sebutir permata baginya,
aduyai,parah macam ni.tapi aku rasa ramai yang macam ni sebab dah termakan duit md isa.

ada pulak surat dari tengku adnan,mengatakasn dengan dukacitanya menolak calon pilihan mohamad hasan kerana terpaksa memilih calon pilihan najib.hahaha setiausaha kata dukacita.alamat dukacitalah keputusannya nanti.

Wednesday, September 30, 2009

doaku

Ya Allah ampuni daku andainya aku berdosa kerana mendoakan isteriku melebihi doaku kepada ibu bapaku,mereka semua telah meninggalkan ku.

entahlah

aku pernah mendail no handphone isteriku walaupun aku sedar dia sudah tiada,entahlah
aku menulis namanya dalam internet ini dan aku temui suatu artikel dari sahabat isteriku.aku menangis sepanjang hari.
waktu minum pagi diwarong tempat aku biasa bersama isteriku,kakak warung bertanyakan isteriku dan dia terkejut bila ku katakan aisteriku dah tiada.
pagi tadi sewaktu bersarapan pagi,aku juga ditegur oleh pekerja kedai,minah indon."bang kakak mana? tanyanya.aku kata dia dah tiada. Biasqanya kami akan berdua ke mana sahaja,ketiadaan teman disampingku menarik perhatian,mereka melihat kehilangan tetapi aku merasai kehilangan.

di sini aku paparkan artikel oleh sahabat isteriku.

Sunday, August 30, 2009
Tribut buat Dr.Noorfiza Isa
Saya mengenalinya sejak usia saya 13 tahun. Mula bermukim bersama di MRSM Muar, saya akhirnya berkenalan dengan kebaikan Islam yang syumul di atas usaha beliau dan sahabat2nya di MRSM ketika itu.Masih terdengar2 suaranya membacakan doa mathurat setiap akhir solat di surau asrama pada masa itu.

Hubungan baik kami berterusan sehinggalah kami sama-sa ma melanjutkan pelajaran ke UKM.Saban berutus surat, dialah juga yang menghadiahkan beberapa buku mengenai da'wah Islam seawal usia saya 15 tahun. Kami banyak bertukar2 fikiran sepanjang perjalanan di universiti dahulu sehinggalah kami mula membuat posting selepas bergraduat.

Saya melakukan sedikit kesilapan semasa beliau begitu bersungguh-sungguh menghantar saya bertugas di Kuala Lipis pada tahun 1995 dahulu. Terasa benar akan kesilapan itu, saya cuba menebusnya beberapa kali dalam siri ziarah saya ke atasnya. Namun, dengan rutin kesibukan, saya sukar menterjemahkan kembali saat2 yang saya rindukan itu menjadi kenyataan.

Kali terakhir saya menemuinya ialah pada tahun lepas selepas saya mendapat khabar klinik yang diusahakannya terbakar dan suaminya pula di timpa musibah mendapat sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis sepanjang hayat. Beliau pada masa yang sama mendapat masalah sakit sendi yang serius dan memerlukan rawatan kemoterapi.Perwatakannya ketika itu sama seperti yang pernah saya kenalinya sebelum itu...bagai tiada apa-apa yang berlaku, cekal dan begitu sabar.

Takdir dan penyusunan Allah menjemput beliau pulang ke sisiNya. Moga Allah merahmati dan mengampunkannya.

aku sungguh terharu

Tuesday, September 22, 2009

BULAN PONOH KEK BAGAN PINANG

Bagan Pinang kek Tolok komang
dulu Tolok Komang tompek ninjau anak bulan
sekarang bukan setakat anak bulan laie
tapi bulan ponoh,bulan limo boleh
akan menyinari Bagan Pinang,Tolok Komang,Pot Deksen,Nogori Semilan dan Malaysia.

APO ? TAK CAYO KO?KOK TAK CAYO CUBO PANDANG KEK LANGIT.TUNGGU SAMPAI BULAN PONOH

Thursday, September 17, 2009

aku kehilangan orang tersayang

tahun ini Allah menguji aku lebih hebat lagi.
aku kehilangan dua orang yang paling aku sayang
ibuku dan isteriku
kehilangan ibu dapat diredakan oleh isteriku
kehilangan isteriku
aku tanggung sendiri

takdir

Isteriku selalu menasihatiku
Sesungguhnya kematian itu terlalu hampir dengan kita.

nasihat untuk diriku yang lupa

alwi
ingatlah
semuanya hanya pinjaman
ianya hanya hadiah sementara dari pemiliknya dan pemilikmu
alwi
ingatlah
selama 14 tahun bersamamu
ia sentiasa menyokongmu
menyayangimu
memujimu
membantumu
merawatmu
menasihatimu
selalu kau katakan
ia seperti tongkat si buta
bila tiada suatu kehilangan
alwi
ingatlah
takdir mengatasi segala
alwi
isteri yang solehah itu sentiasa taatkan agamanya
dan taatkan suaminya
alwi
sedarlah
bahawa isterimu itu solehah
ia bahagia di sana
bertemu penciptanya
bertemu pemiliknya
yang lebih hebat
Maha Hebat
alwi
ingatlah
pemberi isteri adalah
lebih utama
alwi
berdoalah untuknya
bersedekahlah
atas namanya
dengan nama Penciptanya
Ya Allah
sayangilah isteriku sebagaimana aku menyayanginya.
sahabat doakan isteriku bahagia di alam barunya
semoga ruhnya fdicucuri rahmat

Sunday, August 2, 2009

tribute

Petang .sabtu,selepas demonstrasi.Aku hanya berjaya "berarak" dengan isteri aku dari Kg Baru sampai ke Jalan Pahang aje. Tak terdaya beb,aku bawak tongkat,lemah,kaki berdarah pulak.

Sesampai di sana Ali Maidin mengajak kami minum,katanya ada sahabat dari Pahang nak datang.dia orang pun baru balik dari perang. Aku agak terperanjat sebab sahabat ini pengidap sakit jantung,jantungnya pakai bateri,sehinggakan Mat Sabu menggelarkannya Aziz Bateri dan lekat sehingga sekarang.

Dia bpleh ketawa besar,bercerita dengan seronok dan buat lawak.selepas solat Maghrib kami sembang lagi dan masih lagi bersuka.Dalam masa yang sama telefon Aziz Bateri asyik berdering dia menjawab panggilan dan sambung semula sembang.

Pada penghujung pertemuan barulah aku diberitahu bahawa masa demonstrasi anaknya,student IPT kena tangkap.Ada kat Balai Brickfield.Hebat.Tiada kerisauan diwajahnya.

aku teringat semasa melawat Iran ada seorang imam , anaknya syahid dua orang semasa perang,tetapi dia tetap berbangga dan jika berlaku peperangan lagi beliau sedia menghantar anaknya yang lain pula.

Anak buah aku pulak telefon, ketawa berdekah,sebab dapat merasa bom asap.pedih katanya tapi best.Nasib baik ada orang bagi garam . Masa dia pedih mata orang lain kena pulak water canon.dia tak merasa pulak.Aku kata lain kali rasa pulak air tu , lagi best pak andak dah rasa.

Tahniah pada yang suka , sabar pada yang duka,jangan kecewa pada yang tak merasa.

Demonstrasi 1 Ogos Berjaya

Kejayaan Demonstrasi
  1. berjaya menyatukan polis,fru,sb dan samseng
  2. 549 berjaya ditangkap
  3. umno berjaya mengarahkan pihak berkuasa
  4. water canon berjaya berfungsi , berjaya juga melemaskan orang ramai
  5. bom asap berjaya dilepaskan,berjaya juga memedihkan mata
  6. caterer berjaya menambah bekalan makanan pada lokap
  7. umno berjaya menambah isu

kalau semua berjaya , apasal pemerintah marah demonstrasi?tak faham aku.hehe

Thursday, July 30, 2009

Tanbihul Ghafilin

Biarlah keluar masuk mahkamah sebab lawan umno daripada keluar masuk mahkamah lawan bekas bini.

Lawan umno denda ribu-ribu je tuntutan mutah juta-juta beb.Nau'zubillah.

Tuan Guru Nik Aziz

Pergh.cayalah..........
wa caya lu.

Wednesday, July 29, 2009

suatu lintasan

Gerakan Mansuhkan ISA secara besar-besaran,Bagus sebab akta ini zalim.Perhimpunan 1 Ogos bagus juga sebab menentang kezaliman.

Kalaulah gerakan mansuhkan ISA ini berjaya alangkan bagusnya diadakan gerakan secara besar-besaran Gerakan Tegakkan Hudud dan Hukum Islam.Berdemonstrasilah.Kalaulah gerakan sebegini dimulakan saya percaya,saya puas hati kalau ditembak water canon,saya tak kesah kalau pedih mata kena bom asap atau berdarah dahi dibaling cotA.

Hapuskan ISA.

Sunday, July 26, 2009

anekdot

Hari ini , sepetang aku bersama kawan lama.Dulu sama mengajar.kemudian tinggal serumah.Lepas tu bernaung dalam satu pejabat.

Banyak ilmu dia dalam bidang pemasaran,banyak cerita lama dibongkar semula.Banyak falsafah hidup.

Dari cerita statistik hingga cerita politik.Dari cerita seni hingga cerita tasawwuf.Dari cerita kawan yang masih menmganggur hingga kawan yang dah jutawan.Cerita syiah,wahabi,salafi,sunni semua jadi.Belajar bahasa inggeris pun jadi, apatah lagi berbincang berkenaan harfiah,lagilah menjadi-jadi.

Cerita orang hidup hingga cerita kawan yang dah tiada lagi.dari Nik Aziz hingga Cik Ali.hahaha.

Aku kata mengenang masa susah ketika senang amat menyeronokan tetapi mengenang masa senang ketika susah amat menyeksakan.

Ajis...kau jangan betapo lagi.

Thursday, July 23, 2009

perjuangan

Berjuang untuk kemenangan memang seronok.Perjuangan mengekalkan kemenangan amat menyakitkan.

Apabila pedih mata akibat semburan fru , berdarah kepala kena lontaran cota polis atau dibaling telur tembelang semasa ceramah di kampung masa dulu menjadi kenangan manis untuk diceritakan bersama kawan dan generasi baru.

Apabila tindakan sesetengan ahli dan pimpinan merosakkan parti dan menggugat kemenangan,menjadikan kita menyembunyikan diri,menutup mulut dan malu bersembang secara terbuka.

lilin

Aku dah cakap.Jangan terperangkap.Jangan atas sebab politik semua boleh.Kita kena berbeza.

hadiah dari pm

Apahal kata hadiah dari pm.Negara ini dia punya ke?

subsidi gas

TNB dapat subsidi gas.Dia untungla.Dapat murah jual mahal.Apasal kata aku pulak yang dapat?

Friday, July 17, 2009

sprm

kita tengok sapa yang kena.......

fesyen bertopeng mungkin popular semula.

alahai polis

kes altantuya lom settle.
helmi lom jumpa,raja petra pun tak dapat cari ,along lagi , ni tambah lagi satu,dapat cari ke sebab sebenar teo mati?

entah-entah ( agaknya ) nanti post mortem menunjukkan ia mati mengejut kerana tekanan darah rendah.Bila tidur lambat metabolisma terganggu,tekanan darah jadi rendah.dia berjalan tepi tingkap nak tengok-tengok kat luar tiba tiba pening.terus terjatuh.

masa rumah aku dimasuki pencuri,sampai pukul dua pagi aku kena soal siasat.aku cakap kat bini aku siapa yang salah aku atau pencuri?kami ketawa.

dia tanya aku kerja apa,mengajar apa,ayah aku kat mana,bila mati,aku lahir katmana dan macam-macam lagi?aku jawab je bila aku tinggikan suara bini aku nasihatkan jangan marah. dia (polis)kata ini prosidur.
dia tak benarkan aku dan isteri memegang tombol pintu,kotak barang kemas dan lain-lain.aku tak pegang.Tapi dia orang pegang semua tu tanpa sarung tangan.alahai.

dia angkat kotak dan tabung tin aku,bawa ke meja dapur dan mulakan menyapu karbon mencari cap jari.Tapi dia tak pakai glove.haha.nak marah tak boleh . habis meja aku hitam.

pegawai penyiasat panggil aku tanya pulak income berapa.sekali ceramah dapat berapa.Paling best bila last sekali dia tanya,agak-agak siapa yang curi.?aduyai,tension.

Pagi itu jiran aku datang dia tanya , buat repot ke malam tadi.?aku jawab , ya. Dia akata lagi,lain kali tak payahlah,sebab rumah dia dah empat kali kena pecah dan empat kali buat repot tapi habuk pun tak da.

lepas sebulan rumah dia kena lagi dan dia tak buat repot.mengabih boreh.katanya.salinan repot pun kena bayar.kalau tak buat repot jimat minyak,duit telefon,duit letrik dan fee repot.

hahaha nak buek camno?

takziah

saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarha teo di atas kematiannya.Itulah harga sebuah perjuangan.

Aku hairan macam mana dia orang boleh tahu dia terjatuh dari tingkat 14.

Monday, July 13, 2009

songkok

tak pakai songkok pun bukan main marah umno.yang tak pakai tu bukan melayu.Lebih menakutkan dia orang marah pulak orang pas sebab tak marah orang yang tak pakai songkok tu.

alahai jang,kalau pakai songkok tu termasuk dalam peraturan dewan,speaker tegur dah lah.nak bising pasal apo.

Jom marahkan orang islam yang tak pakai tudung ,orang yang tak tutup aurat,yang rasuah,yang tak sembahyang,dan yang sah melawan agama.Apasal kau sonyap yo.

orang islam minum arak pun ramai,berzina pun ramai,dan puluh ribu anak luar nikah,dah beratus baby kena bunuh.

songkok,apala sangat songkok tu.

Isu bumiputra lagi besar.Kalau dia tak layak cakap je tak layak.Biarlah dia berjuang.

Aku ni bumiputra tapi tak de rasa apa pun,nak minta bantuan kerajaan,payah.Nak minta tekun dia minta sijil umno,nak tanah lagi susah.aku tengok bukan bumiputra lagi senang.Dulu aku dapat zakat RM15.00 masa nak raya.nak beli apa?yang dapat baju secondhand RM 5 dan seluar RM10. Itu je tahap bumiputra Islam.

Ada seorang babu kat tempat aku,dia main pacak je gerai,tak kena roboh pun,dia bukan bumiputra,bukan warga malaysia.Malah untuk besarkan sungai kontraktor terpaksa elakkan kedai beliau , walaupun sepatutnya dirobohkan.

Tapi kawan aku nak pacak gerai tak boleh,mohon tanah reject,kedai nak kena roboh,dia bukan setakat bumiputra malah bekas perajurit dan berpencen.

apa dia aku dan kau dapat sebagai seorang bumiputra?

Saturday, July 11, 2009

wahai sahabat

Wahai sahabat. Bacalah surat khabar,dengarlah berita ,bacalah blog,dengarlah ceramah,pergilah kuliah agar anda bermaklumat dan boleh memahami sesuatu isu.

Belajarlah menganalisa berita,memahami maksud ucapan seseorang,tahu membezakan dalih dan dalil.

Berfikirlah seperti pemimpin.Pandanglah dari atas.lihatlah dan fahami maksud dan nilai.

Wednesday, July 8, 2009

hutang rumah

kalau hutang rumah RM100,000 kena bayar RM 1,000 sebulan.Kalau RM 1,000,000 kena baiar RM 10,000 sebulan,kalau RM 3,400,000 kena bayar RM 34,000 sebulan.Uiii banyaknya duit,gaji YB banyak ke?Kalau MB oklah.

macam cerita hindustan

Bagi aku debat Pas UMNO sentiasa berlaku,tahun demi tahun,bulan demi bulan,hari demi hari setiap saat dan ketika,Debat secara live kat kedai kopi , kat surau,kat kampung,kat ofis,kat felda,kat rumah pun ada.Adik beradik,sepupu,atuk dan cucu,mak dan abah,anak dan mak,anak buah ngan pak sedara,mertua ngan menantu,pensyarah ngan murid.Sentiasa berdebat,Ini orang berani.Dalam parlimen dan DUN.Hebat.

Tapi ada juga yang debat dari jauh. macam cerita hindustan atau tamil.seorang kat gunung seorang kat laut.moderatornya adalah wartawan.

Tapi yang bercinta antara PAS UMNO pun hebat jugak, macam hindustan,bantal lain-lain mimpi sama.kena marahpun senyum Lagu yang dinyanyikan pun sama.Sorang kat putrajaya sorang kat mana entah,bernyanyi dalam nada yang sama menari tempo serupa.Bila kena sergah keduanya tersipu malu,dilarang kahwin,ibu bapa pulak yang dilihat bersalah.

assalamualaikum

Assalamualaikum orang Lunas,apa khabar,nak adakan pilihanraya kecil ka?.macam ada deal bagus je. YB apa khabar dah masyukk ka? Alahai orang pos ofis lagi.......

Thursday, July 2, 2009

tahniah

Nak ucap tahniah pada Zakaria Khalim sebab dah jadi Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan dan Mohd Nor Abdul Rahman sebab jadi Bendahari Perhubungan.

entahlah

aku nampak semacam balas dendam apabila presiden mengatakan bahawa mursyidul am tidak bawa dalam meeting agenda debat dengan umno.

entahlah tak faham aku,lawan pemerintah yang tak betul memang dah jadi trade mark pas,sesiapa pun masuk pas mesti nampak dengan siapa dia patut berlawan,tak perlu minta izin.
apabila berlawanan dengan perjuangan atau dasar barulah ianya perlu dimesyuaratkan.

boleh dikatakan ramai yang saling mencabar tanpa izin,ust fadhil,husam,salahudin,ust idris dan ramai lagi ajak umno debat.tiba-tiba bila nik aziz ajak seolah-olah perbuatan itu salah.sekarang ini semacam mursyidul am solo je.

tetiba , dikhabarkan pula malah telah diwar-warkan bahawa dialog ilmiah bakal diadakan antara pemuda pas dan umno dengan intipati tajuk adakah umno tidak islamik.

bagi saya kalau pas yang ajak tajuk yang sepatutnya adalah umno tidak islamik tetapi kalau umno yang ajak memang sesuai tajuk adakah umno tidak islamik.

menurut khairy pemuda umno akan menubuhkan pula sekretariat dialog ilmiah ini dan satu perjumpaan tertutup akan diadakan dengan pemuda pas bagi membuat pra perbincangan.

saya melihat ini perancangan rapi , sebagai titik permulaan melembutkan ahli pas , melunakan lagi cadangan kerajaan perpaduan sehingga ia tidak lagi terasa sebagai suatu cadangan yang merosakkan perjuangan pas itu sendiri.

walaubagaimanapun saya yakin ketua pemuda pas dapat memberi penjelasan dengan baik sehinggalah semua orang umno akan menangis dan masuk pas dan menyesali perbuatan mereka menyokong umno sia-sia dan tak islamik.kalau tak.....................

Sunday, June 28, 2009

mantik dan balaghah

Baca prosa di bawah,kemudian jawab soalan dengan betul.

Lembu makan rumput,kalau orang makan rumput,orang itu macam lembu.

Isi tempat kosong di bawah.

Komunis lawan agama.Kalau ..............lawan agama,sama macam..........................
Yahudi rampas tanah,kalau...................rampas tanah sama macam......................
Yahudi robohkan masjid,kalau.....................robohkan masjid sama macam......................

hahahaha

Muhyiddin suruh Nik Aziz minta ampun sebab kata UMNO sesat.
Nampak gayanya satu Malaysia kena minta ampun. Termasuk aku.Astaghfirullah.

Zambry pulak kata Tok Guru pun buat silap.hahaha.Raja tak buat silap ke? Kau tak buat silap ke?Najib tak buat silap ke?

oiii jang dalam PAS kalau Presiden silap pun kena balun.Dalam UMNO kalau balun presiden alamat nak terjunla.Itula pasal sesat.

Saturday, June 27, 2009

alahai

Masa selsema burung habis ayam - itik orang kampung kena bunuh.Selsema babi ni tak pulak babi kena bunuh.relak je.pasang badan lagi.Untunglah kau babi,tak lama lagi agaknya dapat kandang aircond lak kau.

Friday, June 26, 2009

mencarut

Aku dah tak dengar lagi orang mencarut pasal kerajaan perpaduan.Yang mencarut kat Hj Hadi dan Nasha pun tak de.Kedai kopi tok bador dan mamak burn senyap.semua happy.semua seronok.
Malam tadi mazlan aliman dan chegu bard ceramah.semua puas hati. Baru betul,kata dia orang.Pengerusi majlis pun bersemangat.
Pak cik-pak cik yang baru taubat tu kalau mencarut,kambing pun lari.

Monday, June 22, 2009

kerajaan perpaduan

Batal atau tangguh?

kerajaan perpaduan

Jangan cakap lain lepas menang manek urai nanti.

suatu lintasan

kesian pulak aku kat umno dan anwar.

apa tidaknya tak pasal-pasal kena tuduh buat fitnah pasal kerajaan perpaduan,walhal semua maklum ia datang dari orang kuat pas.

Anwar pulak yang terpaksa isytiharkan tiada lagi rundingan kerajaan perpaduan ,nanti umno kata anwar memang jahat,padahal semua maklum ia cadangan orang kuat pas.

akhirnya nasharudin akan disanjung kerana berjaya memalukan umno.alahai

Saturday, June 20, 2009

harapan

aku melambung harapanku
setinggi langit
sehingga langit ke 7
aku
lihat
harapanku jatuh
mula-mula perlahan
kemudian semakin laju
laju dan hampir ke bumi
aku mungkin melihat
harapanku itu
hancur
terhempas
berkecai
dihadapanku

KATA ORANG KUAT PAS SEREMBAN

Hj Rahim bekas Setiausaha PAS Seremban bagitau, sejak 7 tahun dahulu jawatan kuasa PAS Seremban dah bagitau kepada Tuan Guru Nik Aziz bahawa Ust.Nasharudin jahat.Surat menyurat masih lagi disimpan oleh beliau.
Kes tersebut menyebabkan beliau(hj rahim),ydp seremban MK Ibrahim dan Dauskeply dipanggil oleh jawatankuasa tatatertib.
Akibatnya dauskefly dipecat dan pas seremban digantung hingga sekarang.tak percaya telefon hj rahim 013-3943329

Friday, June 19, 2009

untuk abah

anak beranak berkelahi kat sini,rumah dah nak dibakar orang,angah bergaduh dengan along,ateh ngan acik.mak dah kena ngurat dek jiran.dah kelam kabut ni.abah bolrh pi london.buat apa?ada perancangan nak serang washington ke.ada hal nak serang indon ke?kalau tak de buat apa pegi.ni mesti sebab abah nak kawin lain,abah nak tinggalkan kami kan,? mak baru tu memang banyak duit tapi jahat bah.dia dah tua.orang kampung benci.dia bela hantu.dia ada toyol.dia ada puaka.abah tak nampak ke?
aduhhhh.
tapi bah,kalau nak mak baru jugak,jangan balik rumah ni,mungkin tanpa abah kami boleh bersatu,selamat jalan.

kalau dah jatuh cinta

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang mak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan

dah jatuh cinta susah nak dipisahkan,.semua nampak baik.walau kita kata perempuan tu pelacur,dia akan kata,tak pe nanti boleh didakwah,kita kata dia tak pakai tudung,dia kaya tak pe nanti aku tarbiyyah lah,kita kata susah.dia kata kalau kita tak tolong dia siapa lagi nak tolong ubah dia.

dia ada penyakit aids,nanti menjangkit,dia kata tak pe itulah pengorbanan demi anakyang dikandungnya,tak berbapa.

aduhhhhh.susahni.lantak kaulah.

dulu kau ajar aku bagaimana nak pilih bini yang baik .tapi kau sekarang pilih bini yang langsung tak de ciri yang kau kata dulu.apasal.

aku agak kau dah cabul dia,dia takut kau pecah rahsia,kau jahat.

ubat hati

lee kuan yew jumpa nik aziz.dia dah bagi tau rahsia macam mana nak keluar malaysia.buat je negara sendiri.kata beliau pada nik aziz

lee kuan yew jumpa haji hadi , dia kutuk kaw-kaw punya.dia kata kau ni tak reti ke,umno ngan bn tu bukan boleh caya.

hihi

Monday, June 15, 2009

PJ NS

Ana ingin mencadangkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dilantik dikalangan ulamak.Ini kerana ulamak sahaja yang layak memimpin,jangan dilantik profesional atau korporat.Ana ingin berwalak tanpa berbelah bagi.

alahai

alahai jang.Kau jangan harap nak jadi pemimpin kok setakat spm atau srp bukan airan agamo pulak tu.orang macam kau layak jadi tukang tampa poster yo lah.Tukang gaduh ngan umno.tukang pacak sign board.tukang eskot pemimpin kok dio databg.tukang masak lauk kambing.tukang buek pagar maso demontrasi.

ujian

Benar,ujian kesenangan lebih susah menghadapinya daripada ujian kesusahan.

puhh lega

tak kuasa aku nak bersusah payah dan berabih untuk mencapai matlamat peribadi seseorang.

Tuesday, June 9, 2009

suatu lintasan

Dicadangkan Nakaei dipanggil untuk buat silibus baru usrah dalam PAS memandangkan dia ada pengalaman yang banyak berhubung dengan perpaduan dengan kerajaan BN.

Skuad sukarelawan Al Falah boleh digunakan untuk mengkaji ayat-ayat Al-Qura,Hadis,kata-kata ulamak yang monyokong usaha perpaduan ini.

Kitab Usrah yang ditulis oleh Ustaz Idris tak payah pakai lagilah , kita tunggu kitab baru.

Ye lah,nak buat macam mana ,lawan nanti berdosa pulak.

Monday, June 8, 2009

mulakan di sini

Aku cadangkan Manik Urai bagi je kat UMNO atau UMNO bagi je kerusi kat PAS.Runding je,selesai.

suatu lintasan

Aku agak ramai perwakilan dan pimpinan PAS tak sanggup membayangkan Mat sabu jadi Timbalan Perdana Menteri.Hahahahahah

Amanat Tuan Guru Vs Amanat Dato' Seri Tuan Guru

Aku dulu hampir dibuang ITM kerana membawa beg plastik tertulis amanat Tuan Guru Haji Hadi semasa kempen pilihanraya kampus Majlis Perwakilan Pelajar.Aku menang dalam pilihanraya ini.

Tapi kini amanat tersebut seperti ditarik balik oleh yang empunyanya.Mungkin sekarang ini tidak sesuai begitu atau mungkin sekarang ini musuh terdahulu kelihatan baik. Malah sekarang ini yang tidak menerima perundingan pula yang berdosa.

Entahlah,tapi aku dah buat keputusan..........

Sunday, June 7, 2009

suatu lintasan

lawan musuh,hilang musuh ramai kawan
lawan kawan,hilang kawan ramai musuh

suatu lintasan

Nak buek macam mano?

Wednesday, June 3, 2009

Selamat bermuktamar

kepada
  • TG Mursyidul Am dan Jawatankuasa
  • TG Presiden
  • Timbalan Presiden
  • Naib-naib Presiden
  • Semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
  • Ketua - Ketua Dewan
  • Ulamak
  • Pemuda
  • Muslimat
  • Semua Pesuruhjaya
  • Para perwakilan
  • Para pemerhati
  • Unit amal yang bertungkus lumus menjayakan muktamar
  • Para urusetia , petugas dan pekerja pusat tarbiyyah dan Pejabat agung
  • Peniaga buku dan kitab
  • Peniaga baju,jubah,t-shirt dan kurta
  • Peniaga cenderahati dan topeng altantuya
  • Peniaga makanan,sup 88,laksa,dan minuman
  • Peniaga CD original dan cetak rompak
  • Peniaga pistol mainan dan lastik
  • Penjual ubat kuat dan tonik untuk lelaki
  • bebudak Kohilal dan kosis ( bukak kaunter ke ?)
  • Adik-adik student IPT lelaki dan perempuan ( boleh cari jodoh kat sini )
  • Wartawan-wartawan harakah,keadilan,siasah,detik daily,malaysiakini dan lain-lain
  • Blogger-bloger
  • penyokong dan bukan penyokong
  • ahli dan bukan ahli
  • jurukamera
  • indie
  • artis-artis dan seniman
  • ibu-ibu , bapak-bapak dan semua yang terlibat menjayakan MUKTAMAR

Nasihat

  • jaga tingkahlaku dan jangan malukan PAS,ingat kita semua adalah pejuang Islam.

selamat bermuktamar

Tuesday, June 2, 2009

soalan untuk ustaz

Ustaz,sila jawab ya atau tidak.

Saya mengatakan anda sudah tidak lagi bersekongkol dengan UMNO dan BN.

ada berani jawab?

haha

Jahatnya pemimpin PAS bila bebaik dengan pemimpin umno dan BN.
Baiknya pemimpin UMNO dan BN bila bebaik dengan pemimpin PAS

Monday, June 1, 2009

Tips memilih pemimpin

selain dari ciri-ciri asas yang perlu ada seperti Islam,berakhlak,beramal beberapa ciri lain adalah perlu
  • mesra,mudah didekati,disukai,senang didekati
  • mempertahankan visi,misi dan matlamat sesuatu organisasi
  • tidak berbaik dengan musuh
  • tidak bermusuh dengan ahli
  • telah teruji
  • tidak terlalu ambitious
  • sedia berkorban apa sahaja
  • kepentingan organisasi dan ummah didahului berbanding kepentingan peribadi

Tuesday, May 26, 2009

Suatu lintasan

Jangan dilawan orang gila,nanti kamu akan gila sama
Jangan dilawan sibodoh dungu , nanti awak yang bodoh dungu
Perempuan jahat jangan dilayan nanti awak yang dituduh jahat
lawanlah orang jahat tetapi jangan kita dilihat jahat

Perjuangan menegakkan semula kerajaan di Perak harus direncanakan sebaik mungkin agar kita tidak dilihat gila,bodoh,dungu atau jahat.

Perhalusilah setiap langkah,rujukilah ulamak,mintalah pandangan,dan ajarkan diri dan penyokong kepada pengharapan hanya pada Allah. apabila kita betul,masyarakat melihat kita betul,itulah kemenangan kita.

komunis

komunis betul.
ni sapa yang suka-suka bangkitkan isu komunis ni.Askar pun dan lama cuti dan senapang tak meletup lagi nak tembak komunis.Tetiba diwartakan ada geng nak bawak komunis.

Kerajaan terus beri amaran.Beri arahan teruslah sesiapa bawak masuk komunis kami akan tembak.Baru betul.

Tapi nak amaran apa ke namanya,sejarah menunjukkan anggota PKM pernah diampunkan,malah kini mereka antara yang berjaya jadi usahawan,ada jadi pengerusi syarikat ada jadi pengarah,kerajaan bagi tanah beratus ekar,ada dapat projek supply rumput,ada jadi toke tayar celup,ada jadi toke kuari, dan banyak lagi.

Kalau takat saja nak alih pandangan rakyat daripada kepincangan pentadbiran,orup,rasuah dan jenayah,tak payahlah korbankan orang lain lagi.Rakyat dah tau mana isu sebenar dan mana yang saja dibuat-buat.

balik-balik amaran,boringlah,dari dulu cerita pahlawan melayu ni kejanya warning je,tak begaduh.sebabtu banyak pantun warning

kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga

kalau berani melangkahlah setapak lagi.

aaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh.Suara je tu

Friday, May 22, 2009

Antara dua

Satu Malaysia dua Perdana Menteri
Satu Malaysia dua Perak
Satu Perak Dua Menteri Besar
Satu Undang-undang dua tafsiran
Satu Mahkamah dua keputusan

apa punya gila.

Wednesday, May 20, 2009

Rasuah politik dalam Pas

Rasuah politik dalam pas.Ada ke?
Entah.Setahu aku dalam PAS main pancung aje.Kalau tak berkenan ,pancung aje.Bila dah kena pancung , ok juga,kerja poltik masa pilihanraya je,Mesyuarat agung , lepas tandatangan kedatangan balik le.Nak buat macam mana orang tak suka.Muktamar Dewan pun tak dapat surat, so tak payah datang.Janji berjuang dan tetap lawan kerajaan pemerintah.

Aku tak dapat rasuah ,mungkin sebab aku bukan perwakilan,tapi akau tanya orang lain pun sama jugak.Kekawan yang lain,kat Kelantan ke atau Terengganu dapat ke?Kalau dapat sapa bagi?

Kat Negeri Sembilan , kalau pimpinan datang ahli keluar duit,lom menrasa duit poket pimpinan lagi.Ali Maidin selalulah belanja minum,kok dia rasuah buat rugi je,aku bukan perwakilan.Nak harap Mat Sabu bagi tak de la,makan meggi kat kedai Mamak Kadir , jalan Pahang pun aku bayar.hahaha

Kalau takat belanja teh ngan roti canai kira rasuah,susahlah camni.Takkan tak boleh masak bubur kacang atau kari kambing.

Tapi yang cakap tu ulamak jang,takkan tipu lak.Tapi kita anggap , dia beri peringatan aje lah,ingat sebelum kena.

Oh iyo koh?

Friday, May 15, 2009

suatu lintasan

JANGANLAH JANGAN
Membasuh muka dengan air ludah
melebarkan kandang musang , menyempitkan kandang ayam
mempertinggi semangat anjing
mengikat tidak bertali
mengusir asap ,meninggalkan api
menimbun tanah yang tinggi. menggali tanah yang lekuk
meniup api di atas air
menjaring angin di tengah padang
menumbuk di periuk . bertanak di lesung

Tuesday, May 12, 2009

Paneh

Petang tadi sewaktu minum teh,cuaca memang panas.Sehingga jam 6.15 petang , bahang masih terasa.

Pak Ali,kaki pukul kampung sentosa,usianya sebaya UMNO lama , dengan bengis berkata.

"hampeh, sojak Najib jadi Perdano Montori,cuaco paneh memanjang,langsung tak hujan,Dollah dulu ,hujan memanjang langsung tak paneh,ontah apo sial agak eh"

Begitulah orang tua,cuaca dikaitkan dengan pemimpin.Kalau baik pemimpin baiklah cuaca negara,kalau buruk maka buruklah cuaca negara.

Begitu juga dengan buah-buahan,jika pemimpin negeri baik,terutama rajanya,maka negeri itu akan mewah dengan buah-buahan,jika tidak,maka pokok akan tinggal ranting,bunga akan gugur.
Bau durian pun tak dapek.

Hadiah harijadi UMNO

Mahkamah telah memberi hadiah seorang Menteri Besar yang sah dan cerdik kepada kerajaan Negeri Perak sempena sambutan 63 tahun UMNO,malangnya hadiah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat,telah ditolak dan mungkin dipulangkan semula oleh sebahagian ahli UMNO yang bangang.

Tom and Jerry


Tom and Jerry
Sekarang ini Jerry dah kena katok pulak,sebelum ni Tom dah kena tumpah cat , habis berbelang badan dia . Tuan rumah tak kesah dengan kehadiran jerry, tapi tom rasa tercabar dan tak de kerja,tuan rumah bagi makanan pulak kat jerry, tom tak dapat,maka apa lagi berlakulah kejar mengejar ,katok mengatok , untuk menarik perhatian tuan rumah.Biasanya yang pecahkan pinggan mangkuk ni tom, yang kenakan ialah jerry,Tom di bela oleh tuan.tom bangang,jerry cerdik.Mahkamah kata jerry boleh masuk rumah semula,tapi tom mintak tangguh dulu keputusan tu.sebab apa keputusan macam tu? sebab kartun.

Friday, May 8, 2009

Mat sabu,mohd sabu ,tn hj mohd sabu

mat sabu lagi, lagi-lagi mat sabu yang kena cekup.Aduh apasal dia selalu kena,macam-macam kes,kena tahan isa,kena tahan dalam kereta ,cermin kereta kena pecah.
Dia sorang ke yang menentang pemerintah,pemimpin lain tak menentang ke?pemimpin lain tak menghasut ke?pemimpin lain tak gedebe ke?tapi apasal mat sabu selalu kena,dan yang lain masih ok.
Aku agak mat sabu kena atas beberapa sebab.
  • mat sabu bukan ulamak
  • mat sabu bukan professional
  • mat sabu bukan presiden
  • mat sabu bukan timbalan presiden

tetapi

  • mat sabu pejuang
  • mat sabu jelaskan perjuangan
  • mat sabu minta semua berjuang
  • mat sabu boleh bangkitkan pejuang
  • mat sabu kenal siapa musuh dan lawan

tak pe cik mat, doa kami semua untuk cik mat.

Tuesday, May 5, 2009

maksud kepimpinan ulamak

Kepimpinan ulamak memang dialu-alukan.Maksud kepimpinan ulamak di sini ialah pemimpin yang mendengar nasihat ulamak,bukan pemimpin dari kalangan ulamak.

Ada ulamak yang tidak mahu mendengar nasihat ulamak lain kerana merasakan diri mereka ulamak dan layak berfatwa,maka keputusan -keputusan yang dibuat adalah keputusan peribadi dan bukan kepitusan jamaei.

Apalah ertinya kepimpinan ulamak jika keputusan - keputusan yang dibuat tidak melambangkan keputusan yang islamik,keputusan yang tidak terjangka sebagai keputusan seorang ulamak.

Adalah lebih baik pemimpin yang memimpin membuat keputusan mengikut nasihat ulamak,walaupun beliau bukan ulamak.Pemimpin yang hidup dengan didikan ulamak lebih baik dari pemimpin yang mempunyai gaya hidup ulamak.

Pimpinan yang menghormati ulamak lebih baik dari ulamak yang tidak menghormati ulamak.

Janganlah diletakkan syarat ulamak itu sebagai seseorang yang berjawatan ulamak,cukuplah difahami bahawa ulamak ini maksudnya adalah seseorang yang memahami agama,memperjuangkan Islam ,hukum Islam , Aqidah Islam dan hidup dalam Islam.

Ramai dikalangan ahli Dewan Ulamak peringkat negeri membawa sijil atau diploma ILHAM sahaja untuk diiktiraf sebagai ulamak . agar mereka dilantik memegang jawatan dalam Dewan ulamak.layak?Malah saya sendiri pun adalah ahli Dewan Ulamak.

Tuesday, April 28, 2009

Senikata lagu satu malaysia

irama muzik dan tempo ikut lagu pandanglah lihatlah...tiru macam saya oleh saloma agaknya.
satu,dua,mula

pandanglah lihatlah
negaraku yang punah
digasak oleh pemimpin yang gila kuasa

bahasa
jadi tak tentu hala
jadi huru hara dan cacamerba

harta negara
jadi harta bendanya
malah dia lebih kaya dari sebuah negara
sana dia sini pun dia punya
abih rakyat nak makan apa

pandanglah lihatlah
negaraku yang punah
digasak oleh pemimpin yang gila kuasa

bahasanya jadi tak tentu hala
jadi cacamerba dan huru hara

kalau tuan taknak
jadi malaysia ranap
mari kita sama-sama jadi pembangkang
bangkang umno dan juga bangkang kerajaan
agar malaysia pulih dan cemerlang

Ayuhlah sama-sama
tiru macam saya

satu malaysia!!!!!! ( jerit ramai-ramai)

Sunday, April 26, 2009

Suatu lintasan

Saya ingin mengulangi nasihat untuk diri ini.

Antara nikmat yang paling besar yang wajib disyukuri adalah nikmat disembunyikan keburukan kita oleh Allah.Andai kata Allah membukakan keburukan kita dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya,mungkin kita tak keluar rumah atau mungkin kita menjadi penderhaka kepada Allah bagi melindungi keburukan tersebut.

Semua orang tahu

Tiga sifat tercela yang wajib dijauhi kerana amat berbahaya kepada masyarakat dan merosakkan keimanan . 3 sifat tersebut adalah sombong,riak dan hasad.

Sombong adalah penyakit orang-orang kaya , riak penyakit para ahli ibadah dan hasad adalah penyakit para ulamak.

Thursday, April 23, 2009

2 kali bangang

Siapa 2 kali bangang?
Zambry

Kalaulah hj hadi serah kuasa pada nasharudin

Andai kata Tuan Guru Presiden PAS , Ust Hj Hadi membuat kenyataan , bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya Ust Nasharudin pada Muktamar tahun ini , aku agak ramai yang pengsan dan ada yang gila.Ada yang meraung-raung dan cakap sorang-sorang.hahaha

Ali Maidin mungkin telefon aku mengatakan nak ikut tarikat atau ikut tabligh.hahaha

Friday, April 17, 2009

Aku pun rakyat Malaysia

Pilihan raya kecil menghabiskan wang rakyat.

Apa salahnya kalau itulah pengorbanan rakyat untuk menjatuhkan pemerintah negara yang korup dan rasuah serta zalim.

Aku tunggu dan sentiasa berdoa agar ada wakil rakyat yang bersalah akan letak jawatan.

Ada pun tak berguna , tak de pun tak tercari-cari , hidup menyusahkan rakyat ,ternampak menyakitkan mata,sebut busukkan mulut.

Tuesday, April 14, 2009

Niat

Niat yang baik adalah ibadah tanpa rukun.amalkan.

Bahasa nak lepas diri

"Kalau tak puas hati jumpa PM."

Thailand

kalaulah perusuh itu puak pemisah Islam tentu dah lama dibunuh.

Friday, April 10, 2009

berulangkah sejarah hang tuah

Pak andak teringat hikayat Hang Tuah,seperti yang diceritakan oleh cikgu pak andak dan seperti yang dilakonkan oleh P Ramle.

Hang Tuah dihukum oleh sultan kes skandal dengan dayang,akhirnya dia kena hukum bunuh.Bendahara yang ditugaskan membunuh Hang Tuah yelah menyembunyikan Hang Tuah di sebuah pondok di pendalaman.Maka sultan pun di tipu oleh bendahara dengan mengatakan Hang Tuah telah mati.

Tidak berapa lama maka Hang Jebat mengamuk,membela Hang Tuah.

Titah Sultan "kalaulah Tuah ada alangkah baiknya tentu amukan Jebat ini dapat dihalang"

Bendahara " Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun,sebenarnya Tuah masih hidup.patik sorokkan dia".

Sultan."Bagus bagus bagus , panggil Tuah , perintahkan dia bunuh Jebat"

Bila Siirul dan Azilah dihukum bunuh, mereka pula betopeng sepanjang kes, tidak mustahil sejarah berulang.Bendahara memang suka tipu Sultan.

Nanti apabila muncul pula seorang gadis dari negara ontahmano, yang menuntut sesuatu dari pembesar negara,maka pembesar pun menepuk dahi di hadapan penasihat atau penganalisa politik beliau sambil berkata

"kalaulah Sirul dengan Azilah masih hidup,settle masalah ini."
Celah penasihat " ada bos, dia orang tak bunuh pun,,bos lupa ke?"hehe.
Jawab bos"hahaha , bagus,bagus bagus,panggil mereka.Kita hidupkan semangat Hang Tuah.

hehehehehe

Wednesday, April 8, 2009

Arus itu

dan arus yang hak itu
disekat
diempang
dihalang
tembok
kerikil-kerikil fitnah
batan merah kedengkian
konkrit berbatuan rasuah wang
dan arus itu
lembut asalnya
menjadi butiran peluru
memecah tembok
menjadi bah
mengubah pepasir
membentuk arah alir
sekarang
arus itu
tak terhalang
alirnya melintang
mengikut ukuran
kehendak
bukan arahan
tembok kerikil dan batuan

Penghargaan..

  • Alhamdulillah syukur pada Allah.PAS menang di Bukit Gantang BN kalah di Bukit Selambau.
  • Terima kasih Najib, membantu kemenangan pembangkang.
  • Thank you Mahathir , membantu mengalahkan BN.
  • Tahniah Zambry,mempromosi Nizar.
  • Rumbe Nandre Jamaludin,Osman dan cina lagi sorang tu , kalai,dan yang keluar PKR kerana membantu menambah kebencian orang pada BN
  • Syukran Khairy,khir dan Mukris tolong pecah belahkan UMNO
  • Pengundi yang tidak mengundi BN,petugas , bloggers dan semua yang terlibat membantu memenangkan PAS dan mengalahkan BN tahniah dan semoga Allah membalas jasa anda.

Monday, April 6, 2009

Nak menghasut lagi

Mana - mana sahabat yang masih bujang,silalah berumahtangga.Tambahkan kekuatan dalam berjemaah.Hari ini tetapkan bila anda akan bernikah.Apabila bila dah terjawab pilihlah siapa.

Ini Suatu Hasutan

Kekawan dan sahabat yang masih belum masuk Islam , silalah buka puintu hati untuk memeluk Islam.

Nak menghasut

Pak Andak nak menghasut semua kekawan samada Islam atau kafir samada Melayu atau cina,india,iban,kadazan dan sebagainya, rujuklah al-quran.Mulai hari ini kalau belum ada Al-Quran terjemahan , silalah beli.

Cat Steven akhirnya jadi Yusof Islam .

Saturday, April 4, 2009

MACAM MAIN DAM AJI

Bila banduan ISA dibebaskan dan larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik, aku rasa strategi atau penipuan ini macam main dam aji.

Kalau aku main dengan anak buah yang baru sekolah rendah memang aku umpan,bagi dia makan,bagi dia syok.Lepas tu aku balun sampai tujuh lapan , sehingga naik haji.Bila naik haji lesen lagi besar,boleh mengganas.Kiri kanan depan belakang semua sapu.

Kalau ada dua haji lagi syok , boleh perangkap malah ada buah yang sejuk,tak dapat bergerak.

Friday, April 3, 2009

hari ini yang bersejarah

Sejarah yang terancang.
Hari ini 3 April 2009 Najib Timbalan Perdana Menteri ,anak kepada bekas Perdana Menteri ke 2 Tun Abdul Razak sah Jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.Pak Lah turun tahta.

Sejarah juga apabila tak sampai 24 jam jadi PM,Najib telah membebaskan tahanan ISA dan membenarkan semula penerbitan harakah dan suara keadilan seperti biasa.

Tuesday, March 31, 2009

Tafsiran

Cuba tafsir kenyataan berikut.

"kita nak solat hajat sikit,nak baca yasin sikit,nak berdoa sikit. "

Tafsir bil ra'yi .
Solat hajat hendak dilaksanakan kurang dari dua rakaat,ini dilarang dalam Islam kerana solat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat.Solat sunat yang boleh dilakukan kurang dari dua rakaat adalah solat sunat witir.Tetapi tiada solat sunat satu rakaat setengah.

Yasin boleh dibaca sedikit,dan boleh disambung pada masa-masa yang lain,tetapi Yaa sin,tak boleh dibaca untuk hari ini yaa sahaja dan disambung siin pada esok hari.Tetapi kalau nak belajar bolehlah,hari ini sebut yaa dengan betul , esoknya sebut siin pula.

Minta doa sikit ini tanda orang malu dengan tuhan,sebab buat kerja sikit takkan nak minta banyak,tetapi ada juga ulamak mengatakan bahawa orang yang minta doa sikit ini dia sombong dengan tuhan sebab dia dah dapat terlalu banyak,maka dia rasa minta sikit sudahlah yang lain boleh dapat dengan petik jari je.

hehe.

Nak tanya sikit

  1. Khairy mana? Tak keluar TV pun
  2. Puteri yang gotong royong bersihkan masjid tu,semuanya tak haid ke,takkan muda-muda dah putus haid.
  3. Menteri jaga orang kampung pi mana?

Cadangan

Hari Jumaat ini bagi Zamry jadi imam subuh , lepastu buat kuliah subuh, kalau boleh buatlah kuliah tafsir.

Tengahari bagilah can kat Mail Pian baca khutbah dan imamkan solat Jumaat.Kesian mereka,mereka pun nak jugak jadi imam.

Kalau Najib datang suruh dia imamkan solat Maghrib pulak.Dolah dulu jadi imam.dia terer.

Monday, March 30, 2009

Alamat nak kalah

Apabila UMNO memainkan isu solat maghrib yang diimamkan oleh Nizar sebagai kononnya Nizar merampas mikrofon dan menjadi imam dengan riaknya. Lantas Zamry dan Muhyiddin pun pun mengutuk perbuatan itu dan menyatakan kebenaran pada pihaknya, maka aku melihat ini petanda UMNO akan kalah dengan teruknya.

Aku taulah mereka bertaubat dari memberi rasuah , tetapi menipu tetap jadi darah daging mereka.

Saturday, March 28, 2009

alahai ... kesian dia

Kesian kat perwakilan yang dah tempah baju baru dan ada juga yang pakai baju yang sama 4 hari , siap dengan teks ,pantun dan lawak jenaka.Kot-kot keluar kat tv , boleh timing dengan orang kampung,tetapi tak keluar pun.kesian,umno takut pekung terbukak.

macam makbul je doa umno

Apabila Shahril umumkan nak letak jawatan bila kalah,dan mungkin akan diikuti oleh Azalina,aku rasa macam doa orang umno makbul.

Kalau lepas ni Ali Rustam pulak letak jawatan , lepas tu Nizar pulak menang , puhh memang best.
Kemuncak tanda doa sereka makbul adalah umno dibubarkan atau diharamkan.

Thursday, March 26, 2009

Kalaulah doa orang umno makbul

kalaulah doa orang umno dimakbulkan oleh Allah sebagaiman yang mereka minta dalam doa pembukaan perhimpunan ,tentulah tanda-tanda berikut akan berlaku.

  1. Ada usrah dalam umno
  2. ahli umno cakap ana enta
  3. wanita umno jadi muslimat umno
  4. pemuda jadi syabab
  5. masa perhimpunan mereka tidur di rumah pimpinan,seperti rumah najib,muhyiddin,khairy.
  6. surat khabat tunjuk najib pakai baju pagoda ngan kain pelikat
  7. hj hadi jadi naqib
  8. khairy baca khutbah
  9. kuliah nik aziz keluar dalam rtm setiap hari.
  10. khutbah hj hadi keluar dalam tv3
  11. pesuruhjaya sprm orang pas
  12. pengerusi spr orang keadilan
  13. ketua polis orang dap
  14. muslimat umno semua pakai tudung
  15. yang makan rasuah atau membunuh atau berzina,dengan sukarela letak jawatan.
  16. mereka membuat pengakuan atas kesalahan mereka seperti menipu atau menzalimi pembangkang dan menangis meminta ampun dan maaf atas kesalahan mereka

itu antara peristiwa besar mungkin berlaku kalau doa umno makbul.kalau tak berlaku maknanya belum makbullah.maka kena muhasabah lagi.nak buek macam mano.

Monday, March 23, 2009

suatu lintasan

Tuan guru,kalau kerjasama dengan UMNO,dapat jadi TPM je.Kalau kerjasama dengan Keadilan pun TPM juga.Eloklah kerjasama dengan DAP.mesti dapat jadi PM.Sultan mesti lantik orang melayu jadi PM.

Amacam,orait ke cadangan tu.

Sunday, March 22, 2009

psikologi pesalah.

Aku cukup hairan dengan psikologi orang yang bersalah.

Cuba bayangkan , jika kita disyaki melakukan perkara salah yang kita tak lakukan.Hanya syak.Kita akan risau dan tak tidur malam.Apatah lagi jika kita dituduh melakukan sesuatu kesalahan yang kita tak perbuat,Baru dituduh,hati kita sudah gundah gulana,kita rasakan semua orang menuduh kita jahat.Apabila kita dijatuhkan hukuman,seolah-olah kita dah buat salah,kita mungkin akan lebih tertekan,rasa ingin mati.kenapa?kerana kita tak buat salah , cuma tak tahu macam mana nak bela diri.

Pelik,bagaimana si pembuat salah,jika disyaki masih boleh tersenyum dan pada minda mereka hanya mengatakan >"baru disyaki".bagaimana si pelaku boleh mendapat kekuatan motivasi untuk meneruskan hidup.Apabila dituduh,mereka masih mampu melawan dan mengatakan tuduhan perlu disertakan dengan bukti.Tanpa bukti belum disabitkan dengan kesalahn.Apabila sipelaku yang tertuduh dihukum kerana didapati bersalah dan dengan bukti dan saksi yang sahih,mereka tetap tersenyum dan mengemukakan rayuan.

Tuduhan membunuh atau merasuah atau terima rasuah,motivasi si pesalah tetap tinggi.Yang tak bersalah juga bermotivasi tetapi letih dan rasa putus asa.

Orang yang bersalah ,mereka berani gagal , manakala orang yang tidak bersalah , takut gagal.

Saya pernah menghadiri perbicaraan kes khalwat , sepasang pelajar.Kedua-dua mereka masih boleh bersenda gurau dalam mahkamah dan mengaku bersalah.

Saya dan isteri saya pernah menjadi saksi kes rompakan di premis saya,yang berdebar-debar ketika dimahkamah adalah saya dan isteri saya , sedangkan si pencuri berjalan dengan yakinnya bersama si peguam.

Cuba lihat ketua menteri melaka.

Dari mana kekuatan psikologi dan minda si pesalah.wallahu a'lam

Wednesday, March 18, 2009

aku nak dengar adlin aman ramli mengkritik calon ketua pemuda

kalaulah adlin aman ramli boleh mengkritik semua calon yang bertanding dalam pemilihan umno macam dia kritik peserta akademi fantasia mesti best.

agaknya macam ni skrip yang keluar.Dia cakap sambil colek-coleek mata dan hidung dia.

Oii khairy , kau jangan nak beranganlah.aku tengok kau macam tak betul je.macam nak bawak isu besar tapi rembau pun kau tak settlekan.Aku bukan apa aku kesian kat kau,ke hulu kehilir,lebih baik kau duduk diam jaga duit kau jaga bini jaga pak mertua kau, ye lah semua orang tau lepas ni dia nak duduk rumah je , nak buat blog pun malas.So kau jaga dia je lah.

Satu lagi,kau simpan janggut sejemput tu tak sesuai dengan imej kau.kau aku rasa kena rambut panjang , dan bela misai.baru sesuai.

khir toyo.aku nak sebut nama kau kena betul-betul,takut terlebih sebut,silap pulak.Apa aku nak cakap kat kau ialah.eloklah kau bukak kilang tempe dan salon botox.Bukan apa ,aku tengok muka kaumakin cun,boleh jadi model tempe.
lagi satu , aku ingat kau kena pastikan segala rahsia kau disimpan elok-elok,warning siap-siap kekawan kau,biar pecah diperut jangan pecah di dewan,nanti susah.lepas tu barulah kau cari mana-mana yang silap,curi ayam ke.parking tak bayar ke,atau khalid tak pakai tali pinggang belakang ke,kau repot polis.barulah orang respek kat kau.

Alang-alang dan cun , aku rasa elok kau warnakan rambut kau,warna coklat.cari dye yang ada logo halal.lepas tu misai ngan janggut bubuh hitam.puhh baru hebat.

Mukhris , kau pulak aku rasa jangan kasi orang sebut nama mukris mahathir sebab bapak kau tu teruk.Bila orang tengok kau ngan bapak kau ada selisih faham orang akan percaya dengan kau,orang akan kata tengok mukhris,kalau bapak dia pun dia lawan,presiden pun mesti dia berani lawan,kalau presiden umno dia lawan apatah lagi presiden pas , mesti dia lawan.Aku rasa kalau kau bagitau umum yang kau benci bapak kau , mungkin kau akan menang ketua pemuda.

Tapi aku nak cakap sikitlah,kalau kau menang ,memang sahlah kau kurang ajar ngan bapak kau.

Mukhris aku tengok imej kau dengan rambut sejemput tu , rasanya kalau botak lebih baik.Lepas tu kau sentiasa pakai cermin mata hitam dan bawak beg james bond.Puhh.macam mafia.

untuk kau orang bertiga ,aku doakan salah sorang menang,ini ada masa lagi,kalau nak jumpa bomoh eloklah jumpa sekarang.Rasuah tak boleh,kau bomohkan je perwakilkan,Carilah komat sekampung,biar orang nampak kau baiiiik je.ok terima kasih

hahahahaha.takpelah aku gelak sendiri

Sunday, March 15, 2009

Malaysia kini

Politiknya lakonan
ekonominya cendawan selepas hujan
sosialnya binatang
akhlaknya telanjang
akidahnya fikiran
bangsanya ditinkan
bahasanya dilongkangkan

suatu lintasan

Kalau nak masuk umno atau joint BN,terus je isytihar, jangan ajak aku ngan ahli yang lain.Ini bukan parti keluarga sendiri,buat dasar sendiri.Mana perginya apa yang dikata syura.Takkan untuk pemilihan aje nak syura,untuk dasar ikut selera sendiri.

Wednesday, March 11, 2009

mini bajet

ISTILAH
"memperuntukan"
"membaikpulih"
"manambah baikkan"
"menyediakan"
MAKNANYA
membahagi-bahagikan
membantu kawan dan saudara
tambah lagi
projek segera

Monday, March 9, 2009

Geografi

Tandakan tempat-tempat berikut di atas GPS anda.

  • Pertarungan antara jahat dan pandai dengan pandai dan jahat
  • Jangan kencing di bawah pokok ini.
  • sah lawan batal
  • tempat untuk mencarut
  • berita dicipta bukan dilaporkan
  • iklannya pun tipu apatah lagi beritanya
  • ali baba dengan 46 ekor lembu
  • pilihanraya kecil akan datang dan bakal datang
  • ini tempat cetak duit
  • tempat altantuya mati

bahasaku

Bahasa Melayu dah nak hilang

kita masih cerita kedaulatan Raja Melayu

orang yang tak boleh mempertahan bahasa

bolehkah mempertahankan Raja

Bahasa paling hampir pun nak dibuang

raja yang jauh dari kehidupan nak dipertahankan

percayakah kepada pejuang bangsa melayu

mempertahankan melayu

kalau bahasanya sendiri dianaktirikan

mereka bersangka buruk dengan bahasa mereka

bagaimana mereka boleh dipercayai

memperjuangkan bangsa

kenapa marah dengan celaka

kerana mereka faham maksudnya

kalaulah diguna bull shit

mereka tak kisah

sebab memaki dalam bahasa inggeris diterima

yang terseksa

anak bangsa

bukan sahaja melayu

malah cina dan india

ahhhh kalau dah dasar mencari harta dengan kuasa

maka yang tiada diadakan

asal harta bertimpa-timpa

cukuplah memperniagakan bangsa dan bahasa

juallah pula kuasa

biar rakyat jelata merana

ayam dikepok mati kelaparan

itik di air mati kehausan

ayuh bangkitlah wahai pejuang

Maulidur Rasul

Alhamdulillah orang Malaysia mengingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.Maka diadakan " Sambutan" untuk memperingati peristiwa besar itu.

Yang tak sedapnya, berita TV tadi melaporkan bahawa " seawal jam 6 pagi para peserta telah berkumpul di Dataran Merdeka"

Jang,kau sembahyang subuh kek mano? Daro ,kau sembahyang subuh kek mano?

Mengapa semangat tersebut tak di terapkan dalam jiwa untuk solat subuh.Kalaulah kita sayang Rasul tentulah kita akan ke Masjid atau surau atau di rumah sekalipun,kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk solat diawal waktu.

wahdah pemangkin khaira ummah.wahdah tu kesatuan , kesatuan tak solat boleh lahir khaira ummah ke?

Tuesday, March 3, 2009

marah,sedih,kelakar rasa bangang

Masa mula-mula kes ADUN Perak lompat parti.Kerajaan PR kena guling ( Kena guling maknanya yang ada sekarang hasil gulingan,maka hampehlah) aku memang marah.

lama-kelamaan aku rasa sedih bila aku lihat YB Nizar kena halau dari ofis,kena halau dari rumah,kereta nak kena ambik balik.Aduh,perit,tapi aku sedarkan diri,semua milik Allah.Harta kita boleh diambil bila-bila sahaja.Tahta juga begitu.

Sekarang ini aku rasa kelakar pulak.Macam budak-budak.Mesyuarat dewan kat bawah pokok.Dikerumuni orang ramai.alahai ,teringat cerita laksamana do re mi , raja Pasir Berdengung mesyuarat bawah pokok.kelakarlah pulak.Macam bebudak kelahi.

Hari ini rasa bangang pulak muncul , sebab dah mula nak tau undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak,nak tau perlembagaan.Alahai , nak buat apa?Aku bukan peguam.Tu yang rasa bangang tu.Rasa bangang ok lagi, tapi bila rasa dibangangkan oleh UMNO aku marah balik.

Inilah yang berlaku apabila sijahat yang pandai bergaduh dengan si pandai yang jahat.Kena ada sipandai yang baik jadi hakim.hehehe

Friday, February 27, 2009

parlimen

Agaknya kalaulah ahli parlimen semua lembut dan lemah lembut.mungkin beginilah bunyinya.

Ahli Parlimen pembangkang: "maaf yang dipetua,adapun pihak kerajaan ini nampaknya tak berapa baik nyah.dia orang macam ambik duit rakyat tapi mak tak de buktila.

Ahli Parlimen Kerajaan: " Eiii nyah ni tak sayang mulut tau kau baik-baik cakap nyah , nanti mak kuti-kuti mulut kau,kitaorang baik tau"

Tuan speaker : " Nyah-nyah semua janganlah bertengkar kan kita semua sama nanti mak susah hati nyah semua lagi susah"

Semua ahli parlimen pembangkang ngan kerajaan : "baik nyah kami setuju"

hahahaha agaknya itu yang diaorang nak dalam parlimen.

Wednesday, February 25, 2009

sabar dengan nikmat dan musibah

saya merasakan bahawa antara menahan sabar menunggu nikmat dengan menahan sabar menerima musibah jauh bezanya.Menahan sabar apabila ditimpa musibah saya rasakan lebih ringan kerana hari hari yang mendatang kita meninggalkan musibah tersebut.Lama-kelamaan musibah yang pada mulanya dirasakn besar kembali mengecut dan kita rasa selesa dengan menerima musibah itu.

Berbanding dengan sabar menunggu nikmat.Oleh kerana nikmat yang ditunggu lambat maka kita rasa resah,gellisah dan gundah gulana.Walau seyakin mana kita tak dapat menahan sabar menu nggu nikmat tersebut.Buat apa pun tak jadi.Asyik terkenangkan nikmat yang bakal muncul.

Jika terlalu mengikut perasaan maka kita jadi mamai.Seperti kata pepatah " tidur tsk lena , mandi tak basah,makan tak lalu" kerana menunggu nikmat.

Seperti orang sedang bercinta, duduk berjauhan,maka hari-harinya adalah sabar menunggu kenikmatan.

Bagi peniaga yang menjual sesuatu , perlu lebih bersabar menunggu barang jualan dibeli orang.Kesabaran mereka ini adalah sabar menunggu nikmat.Bayangkan apabila membuka jualan tetapi hari ke hari tidak laku.Walaupun keyakinan bahawa barangan itu akan terjual tetapi menahan sabar tersebut adalah terlalu sukar.Aapatah lagi kalau penyimpan dinar iraq yang yakinia akan naik pada bila-bila masa,jika terlalu diikutkan hati mabuk akhirnya ( hahahha ).

Kawan-kawan penggiat forex adalah insan paling penyabar pernah saya jumpa.Sentiasa sabar dan yakin bahawa nikmat akan sampai.Cuma masanya belum tiba.

walau apa yang telah berlaku dan akan berlaku kesabaran adalah amat penting.Cuba sabat dan rasai nikmatnya.

Friday, February 20, 2009

Allahu akbar

Kalaulah bertakbir itu terlalu ekslusif.Sehingga nak dihalang umat menyebutnya dikhalayak.Ianya khusus untuk acara tertentu.Maka pihak yang mengekslusifkannya ( UMNO ) jangan marah apabila bukan Islam yang ada di Malaysia ini mengambil hujah tersebut untuk menghalang melaungkan azan di masjid menggunakan pembesar suara .Atau menghalang dari menyiarkan azan pada setiap waktu solat,kerana radio didengari oleh Islam dan bukan Islam.


Kalaulah bukan Islam dalam DAP menjumpai hujah-hujah kebaikan Islam di dalam Al-Quran dan menggunakan hujak tersebut untuk kebaikan semua masyarakat dan negara , tidakkah ustaz-uztaz dalam umno dalam Jabatan Agama atau dalam Majlis Agama Negeri atau dalam mana-mana jabatan atau ulama umno yang saya percaya lebih banyak ilmu dari ahli DAP berasa malu kerana mereka yang lebih arif tidak percaya dengan ilmu mereka.Mereka tidak percaya dengan Al_Quran,mereka menafikan hadis.

Tidak malukah mufti yang mengeluarkan fatwa menderhaka kepada pemerintah berdosa besar?Mengapa tidak dihurai maksud pemerintah yang dikehendaki Islam.Salahke melawan pemerintah yang zalim?Mengapa direndahkan Institusi agama dengan kenyataan-kenyataan bodek pemerintah?

Allahu akbar.Ya Allah peliharalah hati-hati kami agar tidak tergelincir.Berilah kami petunjuk agar kami tahu sesuatu perkara itu adalah baik atau buruk , mudahan pilihan,telaan,anggapan dan perbuatan kami selari dengan kehendakMu.Amin ya Allah/

Wednesday, February 18, 2009

Kertas am

Yang manakah di antara perlakuan berikut bukan hak peribadi .
Jika semuanya hak peribadi, maka adakah manusia bebas melakukannya dan jika ianya terbongkar kita mesti membelanya? Jawab soalan anda tidak lebih dari 100 patah perkataan.

a) Saya suka makan rasuah
b) saya suka hidup bersekedudukan
c) Saya suka berzina
d) Saya suka main judi
e) Saya suka meliwat
f) Saya suka minum arak
g) Saya suka cara hidup bukan Islam
h) Saya suka jadi pengkd
i) Saya suka jadi bapok
j) Saya tak suka kamu
k ) Saya suka dia
l) Saya suka seks bebas

Monday, February 16, 2009

Kalau aku ada kuasa (1)

Kalaulah aku ada kuasa
boleh memanggil seratus ribu orang berkumpul
akan ku kumpulkan mereka untuk merobohkan kilang arak di negaraku
kalaulah aku ada kuasa menghimpunkan seratus ribu orang
akan ku himpunkan mereka
berarak ke kelab-kelab malam
menghancurkan kegiatan tak bemoral
biar musnah kejahatan
kalaulah aku ada kuasa
yang boleh mengumpulkan seratus ribu orang
akan ku runtuhkan segala bentuk perjudian
kasino dan lumba kuda
kalaulah aku ada kuasa
mengarahkan seratus ribu orang
akan ku kerahkan mereka
menangkap kupu-kupu malam
bapa-bapa ayam
kalaulah aku ada kuasa
menyusun bala tentera seratus ribu orang
akan ku hantar ke negara -negara yang ditindas zionis

Aku setuju

Aku setuju juga kalau Elizabeth letak jawatan ADUN, atas kesilapan masa lampau.Aku lebih setuju kalau dia sedar akan kesilapannya lalu menukar agama kepada agama Islam dan bertaubat.Mungkin bayangan ini agak ekstrem.Tetapi tak mustahil.

Kalau semua ADUN PR yang ada kes atau skandal meletak jawatan,apabila rahsia mereka terbongkar.Maka sepatutnya ADUN,EXCO atau Ahli Parlimen atau Menteri atau Perdana Menteri apatah lagi Timbalan Perdana Menteri dari BN meletakkan jawatan apabila skandal mereka terbongkar.Samada skandal seks atau rasuah.

Gambar PM merangkul erat seorang amoi yang mengaku bersekedudukan dengan mat sleh.Gesalah dia letak jawatan.Puteri cina tu pun dapat gelaran datuk.Gambar TPM dengan Altantuya.Ada juga menteri tepuk punggung perempuan.Macammana.?

Kata Tuan Guru , yang tersiar dalam akhbar tu nasib dialah,yang tak tersiar tu pun nasib dialah.Maknanya semua yang terlibat harus bertanggungjawab atas kesilapan.

Aku mencadangkan semua yang ada kes atau skandal samada masa kini atau yang telah lalu eloklah letak jawatan.Katakanlah pada media nak tumpukan kepada keluarga atau bisnes sendiri,supaya diri tak ditelanjangkan.Kalau rahsia terbongkar bahaya beb.Sapa yang malu?mereka dan keluarga mereka.Sapa yang susah.Akuuu jugak,terpaksa menjawab kat pak cik-pakcik di kedai kopi Tok Bado.

Friday, February 13, 2009

Suatu lintasan.

aik. Sejak bila pulak pintu jihad ditutup.Berjihadlah walau dihalang.Meroboh tembok penghalang jihad adalah jihad.Nak suruh sapa buka pintu?

Thursday, February 12, 2009

Suatu lintasan

Ajarlah sang sombong dengan sombong.

Budi bahasa vs budi bicara

Orang atasan perlulah berbudi bicara kepada orang bawah.Budi bicara jika tidak termaktub pun ia adalah fitrah .Biasanya keputusan yang dibuat atas budi bicara adalah baik dan memberi kebaikan kepada yang menerimanya.Malah sebagai orang bawahan kita selalunya mohon budi bicara supaya tidak menerima keputusan yang buruk.

Permohonan atau permintaan oleh orang bawahan perlu budi bahasa.Walau tidak termaktub ia adalah fitrah.Biasanya keputusan yang dibuat oleh orang atasan yang diminta oleh orang bawahan dengan budi bahasa akan diterima dengan baik .

Apabila seseorang berbudi bahasa , tetapi menerima balasan yang dikatakan menurut budi bicara yang mana keputusan tersebut langsung tidak menunjukkan ianya dengan budi bicara maka , seseorang itu akan membuat tindakan balas , ini juga adalah fitrah.

Antara budi bicara dengan budi bahasa , walaupun kedua-duanya fitrah tetapi darjat yang tinggi adalah budi bahasa.Dalam setiap keadaan , apatah lagi ketika membuat keputusan atas budi bicara , budi bahasa haruslah diamalkan.Ini supaya kita membuat keputusan kepada yang benar dan berbudi bahasa.

Tuesday, February 10, 2009

Alahai

Saya ada dua orang rakan yang lebih berusia dari saya.Kedua-duanya pak haji.Seorang masih berniaga seorang lagi telah berhenti berniaga kerana bankrap.Haji yang sorang ini sedang menuju kebangkrapan.Beliau sedang berusaha memindahkan nama harta bendanya kepada anak dan istei beliau.Anak anak beliau masih belajar di peringkat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kedua - dua pak haji ini menjadi rapat dengan saya setelah mereka membaca buku saya " Jangan Kecewa".Malah beliau telah membeli sebanyak 10 buah dan dihadiahkan kepada rakan yang senasib dengan mereka.Ada rakan mereka yang membaca buku saya selepas kegagalannya dalam bisnes,kini berjaya bangkit semula.

Saya bukan nak cerita tentang buku tapi betapa peritnya hidup sebagai orang bankrap. Kata haji yang bankrap itu.Dia diisytiharkan bankrap selepas gagal membayar hutang 50000.Haji yang nak bankrap tu berhutang lebih 300,000.

Haji bankrap nak pi umrah kena mohon pelepasan.Nak bayar hutang kat jabatan insolvensi kena menyorok takut orang kampung nampak.Tak boleh buka akaun.Pasport antarabangsa kena serah.Malu dengan keluarga.Baru-baru ini beliau mengadu , anak isteri marah , kerana beliau bankrap anak yang susah.Beliau kata bukan susah kerana rumah kena lelong tapi anaknya tak nak tukar nama atas nama dia.Takut BPR katanya , sebab gaji dia kecil , rumah besar , kereta besar.Kereta bapak dia.

Kalaulah berhutang berjuta , dan diisytiharkan bankrap.puas hati.Aku nak risaudah.Jadi penjamin,orang tak bayar hutang,tetiba dapat surat nak diisytihar bankrap.Alahai.

Bila aku minum kopi dengan mereka , mereka akan kata jangan kecewa.

Monday, February 9, 2009

Sah

Pilihanraya di dua bukit.Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Itu pun kalau SPR pasti Ahli Parlimen Bukit Gantang benar-benar telah kembali kerahmatullah.Kalau dikatakan ajalnya telah tersurat, mungkin mereka perlu mengesahkannya dahulu,dan memastikan bila surat itu ditandatangi dan samada beliau sedia dimatikan.

Friday, February 6, 2009

Antara arahan Tuhan dengan arahan sultan

Maka bencilah orang kepada melayu , cina,india dan lain-lain bangsa yang melawan sultan.Tidak mengikut arahan sultan amat besar derhakanya.Seluruh umat diminta menghukum pada yang ingkar.Ya silakanlah.Itu deen kamu.

Bagaimana dengan ingkar arahan Tuhan.Tak bencikah dengan mereka in?
Tuhan mengarahkan buat baik dan jauhi mungkar malah arahan selanjutnya adalah menegah yang mungkar.Betapa ramai yang ingkar dengan arahan tuhan.

Jangan main judi.Jangan minum arak,Jangan berzina.Jangan bunuh orang..Jangan menzalimi orang.Jangan rasuah.Jangan menipu.Jangan rogol orang.

Ada pemimpin kerajaan berhutang berjuta kerana judi.Tak benci ke? Ada pemimpin yang rasuah , tak benci ke?dan semua larangan Tuhan itu di lakukan oleh pemimpin , pengikut dan rakyat.tak benci ke?

Thursday, February 5, 2009

Nasihat Imam Ghazali

Pandai-pandai pilih kawan.Untuk menilai sikap kawan kita lihatlah siapa kawannya.

worrrrld record

Kerajaan osmaniyyah pun jatuh.Kerajaan abbassiyah pun jatuh.
Firaun pun jatuh.Shah Iran pun jatuh
Kerajaan Imam Ali pun Jatuh. Syaidina Osman pun kena guling
Bush pun jatuh.Marcos pun jatuh
Thaksin pun jatuh
Nizar pun jatuh
Puhhh , kira sama taraflah tu
makam yang tinggi
Worrrrrrrrrrrrd record

Wednesday, February 4, 2009

Apa yang dirisaukan

Melihat kepada senario politik dan politikus semasa , perlu ada sesuatu pelajaran atau peringatan kepada kita dan kita terutama penyokong dan pendokong parti yang inginkan Islam.Atas maksud politik maka kesalahan oleh kawan kita sorokkan , seperti menyorokkan sampah dibawah permaidani.

Saya mengharapkan tok-tok guru , ulama dan ustaz dapat menegur dan mendidik pemimpin yang telah dipilih.Ada ke usrah antara pimpinan.Bolehke Presiden duduk dengan naib presiden , timbalan dan ketua-ketua dewan mendengar tarbiyyah dari mursyidul am.Ada ke?Perjumpaan demi perjumpaan adalah atas maksud politik semata-mata.Tiada tarbiyyah.Akhirnya semua akan berfatwa sendiri.Memerintah ala sendiri.Hilang matlamat sebenar.

Bukan PKR sahaja boleh mengugat keutuhan pakatan , PAS juga terlibat.Banyak sejarah menunjukkan bahawa ahli pas sendiri melompat parti.Sebelum ia belaku , eloklah kita ambil pelajaran dari peristiwa yang berlaku.

Selepas kemenangan pas . ura-ura penggabungan dengan umno dan BN telah bermula.Tanpa disangka perbincangan demi perbincangan telah dilaksanakan dalam gelap.Katanya mendapat restu presiden.Mujur terbongkar, jika tidak mungkin ada yang jadi timbalan PM dari PAS.Saya masih lagi mendengar ada pimpinan yang masih lagi berhubungan dengan pimpinan Umno sehingga sekarang.

Dulu kita didendangkan dengan cerita tentang anak kapal yang belayar.Anak kapal yang berada di perut kapal menebuk kapal bagi mendapatkan air secara mudah.Kalaulah tidak ditegah,tentulah kapal tersebut akan tenggelam.Inilah yang berlaku sekarang ini.Kapal-kapal yang sedang belajar sudah mula ditebuk-tebuk.ada yang telah berlubang dan dimasuki air.Kalau tidak ditampal akan tenggelam.

Apa perjuangan sebenar kita?Apa matlamat kita? Mana program pengisian jiwa untuk rakyat? Berapa ramai remaja telah diselamatkan.Apa pengisian program masjid.?Nampaknya maksud asal inginkan pemerintahan Islam dan Negara Islam semakin kabur.Buang bayi, bunuh , rogol dan arak masih berlaku di negeri Pakatan rakyat.

Saya mungkin tak bermaklumat .Tetapi bagi saya lidah rasmi PAS adalah sumber maklumat tentang perkembangan negeri pakatan rakyat.Berita yang disiarkan adalah berita seperti utusan malaysia dan berita harian.Tiada menyebut program tarbiyyah atau pendidikan akhlak remaja atau dewasa dijalankan di negeri pakatan rakyat.Jika ada pun ia dikendalikan oleh syarikat swasta.

Kalaulah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menjalankan program yang sama , maka tidak salah ada adun yang lompat parti.Untuk apa dipertahankan kerajaan pakatan yang ada?Apa untung dari segi ekonomi,politik,sosial.akhlak?Senarai jumlah harta peribadi dah buat ke?

Perkataan syurga dan neraka dan dosa dan pahala serta halal dan haram jangan hanya didendangkan semasa pilihan raya. ia harus didendangkan hari-hari,

Monday, February 2, 2009

KHAS UTK KEMAS

Saya ingin membuat kursus khas untuk semua pemimpin , penyelia,guru,tukang masak dan tukang kebun KEMAS.

NAMA KURSUS : menjana kecerdikan minda

RASIONAL : Setelah melihat di kaca tv dan laporan akhbar, pemimpin,pegawai dan kakitangan KEMAS tidak berapa cerdik, lebih-lebih lagi apabila tidak berjaya menyelesaikan masalah penutupan tadikanya.

BILA: Bila-bila

TEMPAT L Mana-mana

YURAN: RM 3000 sejam

BERMINAT : SILA E MAIL SAYA

Friday, January 30, 2009

Fatwa terkini

Mursyidul Am UMNO mengeluarkan fatwa .Untuk mengelakkan politik wang berleluasa , sayap UMNO yang terdiri dari Puteri dan Putera serta Wsnita perlu dibubarkan.Maknanya UMNO perlu dibubarkanlah, ngok.

Tuesday, January 27, 2009

Bila nak kuatkuasakan undang-undang

Bila kes Herald Catholic nak guna perkataan Allah barulah aku tahu bahawa , ada termaktub dalam Perlembagaan bahawa agama lain tidak boleh meluaskan dakyahnya kepada orang yang beragama Islam.Persoalannya , bila nak kuatkuasakan undang-undang ini?

Derma kat Rosmah

Rayuan derma Palestin oleh Rosmah Mansor.Kalau bagi lebih RM 50,000.00 Rosmah yang akan terima cek tersebut.Alahai , sedekah tersebut lebih afdal agaknya dengan Rosmah.

Kalaulah ada yang bagi RM50,000.00 sebab nak disambut oleh Rosmah memang tak berapa betul, atau saja nak ambil hati bakal PM.

Khir Toyo

Aku baru habis tengok Hujah.Ada Khir Toyo dengan Saifuddin dipengerusikan oleh Agus Yusof. Tergelak besar aku bila Khir Toyo menggariskan ciri-ciri pemimpin muda yang patut dipilih dalam UMNO.

Siddiq
Amanah
Tabligh
Fatonah

Apa nak buat , pemimpin Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak dari BN.

Akhil Hayy

Dulu aku peminat Akhil Hayy.Mana ceramah sekitar Negeri Sembilan aku pergi , termasuk melaka.Cd lagu dia ada kat aku.CD ceramah pun ada.

Sekarang kalau suara dia keluar kat Astro Oasis aku alih.Atau aku tutup terus.Dia azan ke,dia nasyid ke , dia zikir ke atau dia ceramah dalam kafe akhil hayy aku alih.Aku taklah benci atau marah , tapi entah kenapa , aku tak leh ngam dah.Maleh je nak tengok.Belumlah menyampah lagi tapi maleh.

Aku ada cadangkan PA YB Paroi panggil dia ceramah.Tapi dia menolak, dia kata "tak payahlah".Aku pun tak tahu sebab apa.

Ada kawan yang pergi memerhati pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini menjelaskan bahawa , dia tak jumpa ceramah akhil hayy tapi Yassin Brothers , Azhan Atan , dan Nazrey Johani ada.

Saudara-saudara baru di Negeri Sembilan yang terdiri dari orang cina,india,orang asli dan iban duupun minat dengan Akhil Hayy,Aku yang perkenalkan.Tapi la ni ada seorang iban tu kata, dia dah tak minat dengan Akhil Hayy.

Dia rasa mungkin dakwahnya lebih luas sekarang , tapi aku tengok bebudak yang berlakon dengan dia , tak berubah pun.Macam hampeh juga.Lebih baiklah dia dipentas PAS , ramai yang suka dan berubah.

Thursday, January 22, 2009

Serban

Dulu-dulu , masa muda , aku seelalu naik motor.Pergi usrah dan kuliah tafsir naik motor,Masa tu semangat muda, aku tak pakai helmet ,Aku pakai serban je.Seban yang popular masa tu macam ashari mohammad , lepas tu aku tukar serban putih , sebab ikut usrah abim. Bila ikut usrah PAS aku pakai serban merah putih.Masa studi kat ITM aku pakai serban warna kuning yang bercorak macam serban Yaser Arafat pakai.Masa ni kena tahan polis pun , polis lepaskan.Kalau dia marah pun aku lawan balik kata ini sunnah.

Masa perang afganistan dulu aku tinggal kat rumah Dr.Hekmatyar dengan kekawan.Masa tu aku pakai ketayap macam pejuang afganistan.Orang mudalah katakan.Seronok. Masa ini semua aku buat kerana ini perjuangan aku.

Dulu , ambil gambar untuk lesen boleh pakai serban, maka aramai kawan yang ambil gambar untuk lesen pakai serban, tujuannya supaya tak payah pakai helmet.

Masa bertugas di Kuala Lumpur , aku sering pakai serban, itupun bukan serban sebenar , tetapi kain pelikat yang dililitkan di kepala.Aku tak pernah disaman atas sebab itu. Bukan sahaja aku , kawan aku Shamar (buta ) , Rashid buta , Azmi PASAB , Zainal Yusof dan ramai lagi yang menggunakan fesyen yang sama.Di KL.Langsung tidak terlintas dalam hati pakai serban untuk keselamatan atau sunnah ketika menunggang atau membonceng.Jika pakai helmet pun , aku tidak memakainya untuk keselamatan.Secara jujurnya aku pakai kerana undang-undang , takut polis dan tak mahu kena saman.

Sama seperti talipinggang keledar , aku pakai takut kena saman , dan tak mau bunyi bising kalau tak pakai tali pinggang keledar dari alarm kereta dan alarm anak mertua aku.

Aku nak ucap tahniah untuk , kawan aku yang melawan tapi kalah.Aku muda dulu pun macam tu juga.Polis kenalah pertimbangkan, dah budak tu pakai serban hari-hari , memang patut pun dia tak pakai helmet.Kawan dia pakai serban , guru dia berserban , suasana tempat tinggal dia pun semua berserban.Kira ok lah.Lainlah macam aku masa kat KL dulu.

Sekarang aku pakai serban kat rumah je .

Kepada Khir Toyo dan GERAK

21 Januari 2009

Kepada
Khir Toyo dan Gerak

Tuan,
PER: CADANGAN MEMAKSA PENAMA BERIKUT MELETAK JAWATAN SEMENTARA UNTUK SIASATAN ATAS BERBAGAI TUDUHAN

Perkara di atas serta tindakan tuan-tuan memaksa MB Selangor melepaskan jawatan sementara adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan beberapa nama yang perlu disenaraikan dalam cadangan dan paksaan tuan supaya meletakkan jawatan sementara bagi melicinkan siasatan untuk semua kes yang melibatkan pimpinan negara.

Nama yang dicadangkan adalah:

  1. Abdullah Ahmad Badawi
  2. Najib Tun Razak
  3. Khairy Jamaludin
  4. Jamaludin Jarjis
  5. Semua pemimpin Umno Kebangsaan , Negeri , Bahagian dan Cawangan
  6. Ketua Polis Negara
  7. Peguam Negara
  8. Dan lain-lain yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat melaksanakannya.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan diucapkan terima kasih.


Sekian.Wassalam

:pecah kaca pecah gelas
sudah baca jangan balas

Monday, January 19, 2009

analisa gelap

bila pas menang maknanya umno kalah.bila umno kalah ini bererti pas menang.kenapa pas menang? sebab umno kalah.Kenapa umno kalah sebab pas menang.Aku cukup yakin , apabila umno kalah , pas mesti menang dan jika pas menang tentulah umno kalah.Kekalahan umno mengakibatkan kemenangan pada pas ini bermakna kemenangan berpihak kepada pas kerana kekelahan umno.

bila umno kalah

malam itu
17 januari 2009
umno kalah
pada pilihanraya kecil
Kuala Terengganu
malam itu
di Pulau Pangkor
macam biasa
gelap
dingin
angin menderu
cuma hati ini
berkata
kenapa mereka tak pilih
adakah kerana
agamanya
partinya
perjuangannya
ketokohannya
kelahirannya
keadilannya
pakatannya
pemimpinnya
akhlaknya
atau
jika memilih dia
seperti
memilih
peluru
yang menghancurkan
agama , bangsa dan negara

bila pas menang

malam itu
17 januari 2009
pas menang
pada pilihanraya kecil
Kuala Terengganu
malam itu
di Pulau Pangkor
macam biasa
gelap
dingin
angin menderu
cuma hati ini
berkata
apa yang dipilih
agamanya
partinya
perjuangannya
ketokohannya
kelahirannya
keadilannya
pakatannya
pemimpinnya
akhlaknya
atau
memilih dia sebagai
peluru
yang menghancurkan musuh

Thursday, January 15, 2009

Ceteris paribus

Satu faktor sahaja. Pilihlah orang yang boleh jadi imam keluarganya dan masyarakat.

Wednesday, January 14, 2009

Jihad

berjihadlah
darahmu
yang mengalir dalam tubuhmu
itulah mandian jenazahmu
bajumu
yang kau pakai hari-hari
itulah kafan untukmu
solat jenazah telah tersedia untukmu
gaung yang dalam
bekas bedilan bom
lahad buat mu
runtuhan batu bata
adalah nisan bagimu
ayuh
berjihadlah
syurga telah dijanjikan
untukmu

Tuesday, January 13, 2009

Kuala Terengganu Vs Gaza

Berita TV menyebut seramai 5000 tentera Israel telah memasuki sempadan Gaza pada hari ini.Dengan 5000 bala tentera mereka bercita-cita ingin menakluki sebuah negara.

Bayangkan di Kuala Terengganu seramai 6ooo polis ditugaskan mengawasi Pilihan Raya Kecil .MasyaAllah jang , macam nak berperang tu.

Kata orang Negeri Sembilan " Kono kuak polis baru jumpo orang kampung" . Hu mang aiii.gilo ko apo.

Baling kasut Vs Penumbuk

Mula-mula aku ingat orang Iran berani sebab baling kasut kat muka Bush , rupa-rupanya orang Malaysia lagi berani terus tumbuk depan orang ramai sehingga pecah hidung.Huiiii ganas dan bahaya ni.Takut aku

Kalaulah wartawan Malaysia baling kasut kat Bush

Kalaulah wartawan Malaysia yang baling kasut kat muka Bush semasa lawatannya di Malaysia, sedah tentulah..

  • Dia kena ISA
  • Wakil Pertubuhan Melayu mencemuh dan berkata dia biadap
  • Ada ustaz upahan akan kata ia tak islamik
  • Mesti ada fatwa
  • mesi ada forum tentang baling selipar kat TV
  • dan lain-lain

Sunday, January 11, 2009

Agen Yahudi vs Agen Kristian

Khabarnya agen Yahudi telah menangkap agen Kristian semasa upacara candle light virgil.

Friday, January 9, 2009

Sehingga menjilat jari

Agak-agaknya kerajaan berani ke paparkan iklan boikot barangan Amerika.Nak buat perhimpunan khas PBB, hantar surat kat ketua kerajaan ,Persidangan khas dewan rakyatserta suruh rakyat boikot barangan amerika dan yahudi.Cubalah buat iklan dalan tv 1 , 2 , 3, 7, 8 , Astro dan media cetak.Berani ke?

Sebentar tadi dalan tv baru keluar iklan KFC.Berani ke mana-mana kementerian , samada dalam negeri atau luar negeri atau kementerian shahril samad atau kementerian penerangan keluarkan iklan , setengah jam sekali , buat apa ayat pun , asalkan menjurus kepada boikot.

Contohnya:
Jangan minum coca cola, ini keluaran yahudi. atau jangan makan produk KFC dan Mc donald.
Akurasa mereka tak berani.

Apatah lagi kalau kita suruh tarik lesen francise produk amerika.Puhhh mau pengsan ramai menteri. Atau kerajaan negeri batalkan lesen niaga peniaga barangan amerika dan yahudi atau kerajaan tarik lesen niaga dari PBT untuk premis perniaggan mereka.Sanggup ke?

Aku rasa mereka tak sanggup

Kalau kerajaan melarang urusniaga forex atau indek bursa antarabangsa , dow jones ke wall street journal ke atau apa-apa lagi lah.huiiii parah. En Ali pun marah ( hehehe)

Berani ke memutuskan bekalan api dan air pada premis yang membuat bisnes dengan sekutu yahudi dan amerika.

TM pun memutuskan talian perhubungan dengan syarikat yang menjadi pengedar barangan yahudi , amerika dan sekutunya.

Aku rasa mereka tak berani.aku rasa kerajaan takut.

Nak halau kedutaan amerika.puhhh berpeluh beb.Demonstrasi pun polis dan fru orang malaysia sanggup bermati-matian pertahankan kedutaan amerika.

Habih camno?

Proton Perdana pun nak ganti Mercedes.

Hahahaha .Sehingga menjilat jari

Thursday, January 8, 2009

R & R


Toke warong kopi tempat aku bercerita. Masa musim hujan ini katak-katak semua pandai cakap omputih.Tapi dia cakap macam orang negeri sembilan.

Yang jantan kata " se round, se round" yang betina kata " wait.wait,wait".Malam tu aku dengar bunyi katak sampai pagi

Seround
wait,wait,wait
seround
wait,wait,wait

hehehe,ni katak PPSMI

Kata hatiku

Aku tak mahu jadi penulis yang berjaya menjauhkan manusia dari Al-Quran.

Blues terengganu kita

Aku dah nak hafal lagu blues Terengganu kita , nyanyian salem. Hari-hari keluar beb.

aku fikir lain orang fikir lain nak buat cammana.?

Dari harakah daily

"Saya difahamkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil satu langkah di mana tabika-tabika yang berada di kawasan yang terbabit akan diuruskan oleh PBT itu. Hal ini bukan seperti disebutkan dalam akhbar tersebut bahawa seolah-olah Pakatan Rakyat ingin merampas Tabika Kemas yang diuruskan oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Liu Tian Khiew.

"Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor yang mendakwa sebanyak 17 buah premis tabika telah menerima notis daripada PBT supaya menyerahkan kunci memang untuk pengurusan maknanya Tabika kemas sekarang ini perlu berurusan dengan PBT.

Kita tidak mahu lagi melihat dimana ada sesetengah tabika ini digunakan untuk tujuan menjaga kepentingan politik dan digunakan untuk segolongan orang sahaja tetapi ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira fahaman politik," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang juga turut menyangkal tuduhan Presiden PPPIM itu yang mendakwa dengan tindakan pengambilan tabika kemas itu, Pakatan Rakyat akan terus berkuasa di Selangor dengan menyemai pemikiran politik di kalangan kanak-kanak.

"Sebenarnya tidak langsung menjadi agenda Pakatan Rakyat. Bukan itu tujuannya, kita mengambil alih pengurusan tabika kerana tabika terbabit terletak di bawah PBT sudah tentu mereka (PBT) ingin menyelaraskan pengurusan tabika. Jadi, tidak ada langsung agenda politik dalam isu pengambilalihan kunci tabika kemas ini.

" Saya khuatir perkara ini akan dibangkitkan semula kerana ada beberapa orang wartawan menghubungi dan beberapa hari sebelum ini isu ini turut berlaku di Negeri Perak juga seolah-olah juga menutup tabika kemas," tegasnya.

Beliau juga turut mempersoalkan kenapa setelah sembilan bulan lebih kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, penutupan tabika kemas ini menjadi isu semula yang dimainkan oleh kerajaan.

"Ini adalah hanya satu helah politik yang disengajakan pada masa Kuala Terengganu tengah berperang sengit. Oleh itu saya mahu tegaskan di sini, tadika kemas akan beroperasi seperti biasa dan kami juga tidak mahu kawasan tabika itu digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi agenda yang mungkin tidak sihat dan semua dewan orang ramai perlu digunakan oleh semua pihak bukan sesetengah pihak sahaja,"tegasnya lagi. _

Tu jaga kepentingan politik lah tu

Dari alhuseyn.

Kemudian kami merangka perancangan kami untuk memalukan KPKU yang akan datang esok pagi.Kami buat sign board “DEWAN ORANG RAMAI KG SERI AMPANG, IPOH.” Selama ini, dewan tersebut hanya terpasang signboard ‘Tabika KEMAS’ sahaja, seolah-olah dewan orang ramai itu hak milik KEMAS sahaja.

Bila signboard dah agak kering sedikit, kami pun membawanya ke dewan Seri Ampang dan memasangnya didalam kawasan dewan tersebut. Sebelum meninggalkan dewan itu, saya buka kunci pintu dewan dan juga kunci pagarnya.Saya biarkan kunci dan rantai ditempat asalnya dan ia kelihatan tidak berosek dan Nampak seolah-olah terkunci, melainkan kalau diamati betul-betul.

Nakalnya dia....



Doa yang baik.

Ada satu doa yang baik , jika anda ucapkan pada orang Islam yang anda temui anda akan dapat jawapan dan balasan serta merta.iaitu

Assalamualaikum.

Cubalah.

Wednesday, January 7, 2009

Entah apa yang difikirkan

Ada pepatah mengatakan "gajah sama gajah begaduh , pelanduk mati ditengah-tengah".Aku difahamkan maknanya adalah apabila dua orang yang besar bergaduh yang kecil mati ditengah.Contohnya cikgu sama cikgu bergaduh murid jadi mangsa.

Sekarang aku nampak jelas dah. BN/UMNO begaduh dengan PR budak kecik kelas Tadika jadi mangsa.

Alahai , bulan 3 menang mengapa dibiarkan , tak berunding dengan puak kemas.Lepas cuti sekolah , nak buka sesi baru maka bermulalah agenda tuntutan hak.Apalah sangat salahnya, dah dewan orang ramai.dan orang ramai suka hantar anaknya kat situ , biarlah.

Nak tutup pusat hiburan takut.Nak haramkan arak takut.Kena jaga hati orang lain,kaum lain.Tutup tadika ni aku tak setuju.Kemas ada pegawai, kerajaan negeri juga ada yang bertanggungjawab,tak boleh ke menjalankan tugas dengan baik.

Projek babi dari BN boleh sambung , tadika kemas tak boleh runding pulak.

Ada yahudi baik ?

Ada komen yang mempersoalkan pendapat saya Yahudi jahat.Bagi mereka ada Yahudi yang baik.Ya silakan berpendapat.

Saya cuma ingin membetulkan fikrah sahaja .Kita kena faham Yahudi yang baik itu bukan kerana Yahudinya dia , tetapi kerana fitrahnya sebagai manusia .semua manusia mempunyai fitrah yang sama. Iaitu fitrah inginkan keharmonian,keselamatan dan kebahagian.Fitrah manusia simpati pada yang tertindas atau dizalimi,fitrah manusia sayang pada bayi dan kanak-kanak samada Islam atau kafir.Maka baiknya Yahudi bukan sebab Yahudinya dia tetapi kerana dia manusia.

Jahatnya manusia kerana Yahudinya dia.Maka dalam doa kita , disangkutkan dalam surah Al Fatihah kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan benar jalan orang-orang yang diberi nikmat atas mereka dan bukan jalan orang dimurkai dan sesat.Ulamak mentafsirkan jalan ini atau golongan ini adalah , golongan Yahudi dan Nasrani.

Allah juga memberikan peringatan bahawa Yahudi ini memang jahat , mereka tidak akan menerima umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut milah ( cara hidup ) mereka.

Fahamilah bahawa Yahudi baik hanya kerana dia manusia,Dia mati di Palestin kerana dia manusia, tetapi umat palestin yang gugur adalah kerana Islamnya dia.

Umat Islam yang tak baik memang ada , dan dia tak baik bukan kerana Islamnya dia , tetapi kerana kufurnya dia pada agamanya.Lantas dalam Islam ada umat yang Munafik, syirik dan akhirnya murtad.Dalam Islam dosa boleh diampunkan oleh Allah kecuali dosa Syirik. Muslim yang jahat adalah muslim yang berdosa.Ada Muslim yang amalnya Islam tetapi Fikrahnya tidak menyokong Islam malah menyokong kafir.Ini amat bahaya.

Jika ada pemimpin Yahudi yang dilihat baik , itu hanyalah kosmetik sahaja,Wallah hu a'lam.