Thursday, July 31, 2008

aku tau sapa kentut

Kalau tengah borak,tiba-tiba ada bau kentut.ada pulak kawan kita merah muka.tepuk-tepuk perut.senyum.Nak marah juga,tapi kalau tuduh kita tak de bukti.tak kan nak kelahi.takkan nak kata kita tahu bau kentut dia,kalau orang dengar malu beb.nak tak nak tahan jelah.kalau dia tak tahan dia lari tak berhalau.

harap paham la.

teruskanlah......

Masa kecil dahulu aku rajin panjat pokok.pokok jambu,pokok jambu batu,pokok rambutan dan lain lagi.Kalau abah aku nampak dia tak marah pun, dia tak pukul pun,dia suruh panjat tinggi lagi.Tapi pada tangannya ada ranting bunga raya.aku paham.terus turun sebelum birat.

Aku agak tok guru nik aziz macam tu lah.

Tuesday, July 29, 2008

RUMAH 700 gibu

Ada sahabat aku , orang besar pas khabarnya buat gumah 700 gibu.banyak tu.gaji ahli parlimen banyak ke?awak tu pembangkang. Aku kena bayar derma macam-macam. Duit usrah lagi , duit ceramah lagi.aduyai. Kalau 700 gibu sebulan installment mau dekat 8 gibu. banyak tu .passinglah sikit ilmu tu .nak tau juga macam mana,

ada hadis : cemburulah pada dua orang lelaki .1 lelaki yang diberi harta dan diinfaq pada jalan Allah dan lelaki yang diberi Ilmu dan diajar pada masyarakat.

Aku cemburu kat kau la

BALA APAKAH INI

Cadangan bubarkan umno amat baik.tapi cadangan membubarkan PAS teruk sangat.Dah Istikarah ke?

Bayangkan , satu malaya berdoa dari tok guru hingga ke kutu berahak.Mohon menangkan parti Islam dan hancurkan Umno.alhamdulillah dah nak hancur.Kemudian apabila semboyan perang ditiup bermulalah peperangan dari pimpinan hingga ke akar umbi.ada yang lebam,pecah kepala,pecah kereta.Di Seremban pun gaduh , malah saya sendiri sempat beri amaran pada umno dan repot polis atas sikap kurang ajar umno.Akhirnya dun paroi menang,apatah lagi kelsantan,kedah,penang dan selangor.Bayangkan kami pecah kepala lu orang pi berunding.hampeh.luka peluru hidup masih ada,janda memali belum terbela ,masjid tinggal rangka?lu nak berunding dengan dia dasar apa?Nak jadi pejuang melayu pulak?

Marah ada ,sedih pun ada. Kenapa nak bubar tok?nasihathatlah umno, ajak mereka lompat parti.joint pas lebih baik.Kalau tok guru tak yakin dengan pas lagi macammana kami nak yakin. Kami pun ada sumbangan.Parti bukan milik pimpinan.kami di ajar walak, serlagi arahan atau keputusan tak langgar syarak kami ikut kalau langgar kami tentang habis-habisan , kalau tak terdaya kama mufarrakah.bye.

3 saudara baru

Hari ini s.aya bertemu dengan 3 orang saudara baru .3 orang saudara baru ini adalah lebih hebat fikrahnya dari saudaraku yang lama duduk di felda , kat seremban pun sama kat kl pun sama.

Yang pertama cina masuk Islam , cintanya pada Islam telah membawanya ke mercu kejayaan.Beliau sedang menyambung pelajaran dalam bidang usuluddin.Berkahwin pulak dengan seorang ustazah.hrbat,

Kedua , orang asli .prihatin dengan masalah negara.Rosak negara sekarang ni pak andak, katanya.tak habis-habis nak muqabalah dan muzakarah.ini pasal terengganu ke pak andak? tanyanya,

Petang tadi saya berjumpa iban , menyumpah-nyumpah pasal muqabalah , penggabungan, dan pembubaran,Marah sungguh dia dengan nasaruddin.

saudara baru pun faham dan menyampah dengan cara hang pikiaq macam mana hang punya fikrah boleh terpesong.lu pikirlah sendiri

Monday, July 21, 2008

pas vs umno : siapa jumpa siapa dulu

muzakarah pas umno dicetuskan oleh siapa?. Pertemuan antara ust nasarudin dengan dollah cetusan siapa.peribadi atau parti? kalau peribadi silalah keluar parti tetapi kalau parti jom keluar parti. Mengapa ada pertemuan pertama.adakah ia termasuk dalam plan strategik oleh PPPP . Mengapa sebelumnya dinafikan oleh Mahfuz. Sekarang apabila Abdullah kata ada pertemuan baru nak mengaku.mengapa heret dewan ulamak.? Mengapa tak di terima pandangan Mursyidul am?Kemruk nak memerintah?

Kami ditarbiyyah dahulu oleh ustaz-ustaz yang tulus, kata mereka kita berjuang bukan mengharapkan kemenangan kerana Allah tak tanya samada kita menang atau kalah , tapi kita akan ditanya samada kita berjuang atau tidak?

Atas hujjah tahaluf siasi semua halal.Mana pergi slogan matlamat tak menghalalkan cara.Saya ulangi , apabila pimpinan merasa kemenangan kecil ini atas usaha mereka mereka telah riak , jika mereka rasa kemenangan ini kerana faktor ahli dan anwar atau lain-lain , mereka telah syirik.Mereka lupa Allah. Tindakan-tindakan kerana riak dan syirik akan membinasakan.

Perjanjian pangkor dinafikan.Jika pemimpin DAP mengatakan ada perjanjian , maka barulah pimpinan kata memang ada perjanjian> Atas dasar apa ? Tahaluf siasi.

Sahabat yang dikasihi , jika jujur dan ikhlas dengan Allah, dengan sahabat , dengan ahli,dengan masyarakat dengan pakatan dengan lawan insyaAllah kemenangan boleh bertahan.

Semoga mendapat pimpinan Allah.Allahu Akbar

Wednesday, July 16, 2008

kahkahkah...letak jawatanlah pak menteri

Aku menonton siaran debat pak menteri penerangan dengan penasihat parti keadilan rakyat. Aku respek kat Anwar sebab dalam keadaan tertekan boleh berhujjah dengan baik , boleh senyum , boleh buat lawak .lu memang hebat.

Pak Menteri shaberi memang kelakar.agaknya apa dia cakap dia pun tak tau, tak studi langsung.Merapu habis.aku rasa dia layak berhujah dengan Tn Haji Bahar orang tua umur 76 tahun dah kena strok , tapi steady lagi. ataupun dia debat dengan bang Usop , orang mereng bekas askar sebab aku pernah tengok dia berhujah dengan inspektor kesihatan tentang nyamuk aedes. Bang Usop tanya kat inspektor kesihatan tu mengapa bunuh nyamok sedangkan denggi itu disebabkan oleh kuman, bunuhlah kuman.Tak terjawab budak tu beb.

Bang usop tadi pun layak gantikan Nordin Kardi , entah apa-apa soalan.buat soalan pun tak reti camno nak jawab soalan.

Penggulungan lagi kelakar, "percayalah" "percayalah" apa benda nak dipercayai, mak den pun tak cayo dengan kau macam mano?

Oleh kerana dia janji kalau kalah dio nak turun atau rela turun den raso eloklah letak jawatan , taubat dari menipu orang kampung , masuklah PKR atau PAS atau joint Ibrahim Ali kat Parlimen.Kalau dia tengok rakaman debat tu dia mesti menangis terguling-guling tepuk dahi dan berkata " alahai bodonya aku ,dahlah tak hensem air liur meleleh pulak.ni semua dolah badawi punya pasal baik aku lompat parti"

Saturday, July 12, 2008

Tuntutan Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian

Kalau aku jadi pemerintah aku terus buat keputusan dalam Parlimen bahawa agama lain tak boleh guna kalimah tersebut kerana ia mengelirukan.Agama Islam adalah agama rasmi.Allah adalah Tuhan orang Islam sahaja.Mereka boleh guna perkataan lain Tuhan Yang Esa atau sebagainya.Allah tak boleh.
Bagaimana dia nak kongsi tuhan sebab sifat tuhan dia ( yang dia nak sebut ALLah ) adalah berbeza dengan tuhan saya / kita yang disebut Allah. Allah bagi dia boleh beranak iaitu Jesus tapi bagi saya Allah itu sifatnya Tidak sekali-kali ( dulu atau akan datang ) beranak atau diperanakkan. Orang Islam boleh rujuk Surah Al Ikhlas.

Kalau nak sebut atau berzikir marilah sama-sama memeluk agama Islam.

Ada petani yang memelihara seekor itik betina.Pada suatu hari itiknya bertelur , dieram oleh ayam pula,lantas menetas anak itik. Satu kampung mengatakan bahawa anak itik tersebut adalah anak petani itu.betul? itik itu milik petani,itik itu petani itu yang punya tapi anak itik itu bukan anak petani tersebut.Lu pikirlah sendiri

Thursday, July 10, 2008

Kes Anwar

Aku benci nak sembang kes ni. Tapi kawan selalu tanya. Bagi aku, apasal wujud akuan bersumpah yang dia diliwat.
Kalau dia tak rela atau dipaksa , terusje buat repot polis bahawa Anwar telah meliwatnya pada bla.bla.bla tapi menngapa akuan bersumpah.Seronok ke?Kalaulah akuan bersumpah lebih baik dari repot polis aku nak cadangkan mana-mana lelaki dan perempuan kena rogol buat akuan bersumpah.cepat sikit polis dan kerajaan nak siasat.

Rumah setinggan yang dirobohkan oleh kerajaan buat akuan bersumpah.Tipu pilihanraya buat akuan bersumpah.Gila punya suasana.

Cabar pulak untuk bersumpah.Kalau awak yang buat akuan bersumpah awak buatlah sendiri.Panggil TV buat liputan secara langsung awak bersumpah bahawa akuan awak itu betul dan kalau tak betul awak dilaknat Allah.Apasal nak ajak Anwar sekali. Dia biar dengan usaha dia awak dengan cara awaklah.

Lepas akuan bersumpah ada pulak akuan sesumpah.bangang.

ahli politik

Sesekali aku rasa ahli politik macam wrestler , ahli gusti.
cabar mencabar,kutuk mengutuk , pukul memukul di atas pentas , dalam gelanggang.bila loceng tamat berbunyi balik mandi dan boleh makan-makan atau bercuti bersama.

Penonton dan peminat fanatik dengan t shirt berlambangkan penggusti tersebut berasa bangga menyokong dan marah pada penggusti serta penyokong yang melawannya.

Dalam parlimen macam nak bertumbuk , masa rehat minum kopi bersama di kafetaria.Macam mana?. Aku rasa aku tak boleh buat macam tu.kalau bolehpun agaknya mau meletup dada aku bila besembang dengan musuh.

Kekadang aku hairan jugak , dengan musuh politik lain parti dia orang boleh sembang tapi musuh satu parti nampak muka melencong ke lain. Ontahlah.lu pikirlah sendiri

aku dah cakap dah

Lama tak menulis sebab mata tak nampak. urat sarafnya dah mulai pecah.hari ini ok sikit tapi masih kabur.

Masa membaca keadilan keluaran sebelum protes ( aku baca kawan punya sebab aku malas nak beli , aku beli harakah je ) , ada disiarkan poster tentang protes. Di kedai kopi petang itu aku dah ketawa, kena tok guru kali ni. Bukan apa , dalam poster tu macam poster black metal.

Ada pulak rockers , dum dum cak dan apa tah lagi.tengok poster pun dah meluat.Bila aku sengih kawan aku tanya " awat wi?". "Kena Tok guru".Aku cakap program ni mengarut.

Sah.memang mengarut. aku dah jangka sebab aku pernah deklamasi sajak dengan bebudak hishamudin di seremban lama dulu.masa tu dinsman dan robbani pun ada.susah nak kawal beb.

Ada sekali lagi aku deklamasi sajak dekat atas bukit terminal one seremban.masa tu Kopratasa dengan Ras adiba pun ada.aku dah ready.tetiba mamat sorang ni menyanyi lagu"ketika ku melihat isteriku mandi telanjang" terus aku blah.Seni tu bebas tapi bebas bukan seni.bangang namanya tu.

Masa minum pagi aku hanya cakap kat kawan aku " aku dah cakap dah"