Friday, November 28, 2008

Allah hu akbar

Takbir
Allah hu akbar
Allah hu akbar
Allah hu akbar
kalimah ini aku ulang-ulang
pimpinan ulang-ulang
sahanat ulang-ulang
takbir
dengar kalimah itu
terus terpacul kalimah Allah hu akbar
bersemangat
berapi
panas
kini
aku masih lagi menyebut Allah hu akbar
tapi dalam nada kecewa
Selangor buat projek babi
allaah hu akbar ,
aku kecewa
Kedah pun nak buat
Allaah hu akbar .
aku mengeluh
PAS bak joint BN
Allaah hu akbar aku risau
Arak susah nak haramkan
Allaah hu akbar, aku geram
Allah hu akbar
ramai pulak yang menyokong projek babi

Aku harap mat sabu menang

Pilihanraya kecil akan diadakan di Terengganu berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail .Tempat Mat Sabu bertanding sama allahyarham dengan nenek tua naik basikal.Mat Sabu kalah.

Aku harap Tn Hj. Mohd Sabu akan dicalonkan semula dan mendapat kemenangan besar.Biar bergegar parlimen. Itu pu kalau pimpinan pusat setuju kalau tak setuju nak buat macam mana ,kalau ada orang lain , ikut je lah.Taat,berwalak kepada pimpinang.

Thursday, November 27, 2008

Saiful muncul semula

Saiful kata dia tidak sakit.Dia bagi report kat JAWI.Dia buat kenyataan media.Ada juga orang macam ni,kena bagitau masyarakat dia tak sakit.Kesian juga aku.Dia lebih sakit dari orang sakit.

Tak patutlah tuduh orang tak sakit itu sakit.Cakaplah saiful sihat.Tapi........

menuduh orang liwat lagi teruk.Apatah lagi menuduh seseorang liwat kita.Bayangkan perasaan orang yang kena tuduh tu.Awak kena tuduh sakitpun beriya-iya nak nafikan .Kalau tak sakit diam je lah.

Fatwa

Tanda orang cerdik adalah boleh mengeluarkan fatwa setelah membuat penelitian dan kajian.Apatah lagi fatwa yang disepakati bersama.Ijmak.Fatwa juga mestilah sesuai untuk seluruh dunia dan boleh menjadi rujukan setiap muslim di setiap negara.

Muslim di Malaysia dan negara lain,di lihat sebagai muslim yang tidak mengikut lunas Islam.Muslim yang melanggar arahan Allah , Penciptanya dan Muslim yang melawan suruhan Rasul , Nabi Muhammad S.A.W.

Jika Arahan Allah dan Suruhan Rasul serta tegahan Agama disanggah,dijauhi,dicerca bagaimana mungkin mereka akan menerima fatwa oleh ulama, yang dianggap insan biasa oleh mereka.

Jika pemimpin sendiri melanggar fatwa , maka apakah harapan kita bahawa rakyat akan mengikut fatwa ?Atau setidak-tidaknya ,tidak menentang fatwa?

Fatwa bertafakkur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara,dilanggar sendiri oleh Pemimpin No 1 negara.

Fatwa pengharaman rokok oleh Mufti Selangor terdahulu , Dato Ishak Baharom , juga dilanggar oleh semua termasuk sahabat-sahabatku dalam PAS.Kenapa? Kerana ia cuma fatwa.Hukum baharu.Boleh dikaji lagi.Sebelum ini tiada hukum,hari ini haram , esok lusa mungkin halal.Ali Maidin berkata,"Kau tunggulah mesti ada fatwa baharu akan keluar" Bila saya menulis isu babi dan sambutan Deepavali.

Walaubagaimanapun kita mengharapkan kekuatan jihad para ulamak.Menegakkan kebenaran , menjelaskan kehebatan Islam dan bersama berjuang dalam kelompok yang cintakan Islam.Buatlah fatwa bahawa sesiapa yang tidak menyokong gerakan Islam atau Parti Islam adalah haram.dan sesiapa yang mengkritik undang-undang Islam adalah haram.Beranilah berfatwa dan bertindak atas fatwa tersebut walaupun dipecat.Lihat saha bekas Mufti Selangor dengan fatwa Ratu Cantik. Tegas.

Di Malaysia , orangnya lebih taat pada petua berbanding fatwa itu pun kena kaitkan dengan tenaga batin.
Jangan kencing dalam air nanti lemah tenaga batin.
Jangan tidur meniarap nanti lemah tenaga batin.
Ramai ikut dan amalkan turun temurun.Tapi kalau kita kata itu termasuk larangan agama , mesti ada yang kritik, macam larangan tidur lepas subuh atau lepas asar dan larangan minum air yang dimasuki semut atau minum air dimasuki lalat mesti tenggelamkan kedua-dua kepaknya. Cubalah cakap pada mereka ,pasti anda akan dikritik.Tapi kalau di kaitkan dengan lemah atau kuatnya tenaga batin anda akan disokong.

Kalau nak suruh ikut ,kena cakap."Jangan minum air yang dimasuki semut nanti lemah tenaga batin"

Dia orang beryoga tu sebab nak kuatkan tenaga batin agaknya.macammana kita nak suruh diorang berhenti.Mesti dia orang marah.

Sunday, November 23, 2008

Alangkah malangnya

salah satu tanda kita semakin jauh dari rahmat Allah ialah apabila tiada seorang pun yang hendak menegur atau manasihati kita.Apatah lagi jika rakan dan sahabat mula mengunci mulut untuk memberikan sebarang komen tentang kita.Ini sesuatu yang malang.Moga Allah membersihkan hati-hati kita.

Kata Tuan Guru Nik Aziz" itu negeri dia,biarlah dia memerintah ikut cara dia,saya jaga Kelantan dah la"

MB Kedah pernah berkata " Ini negeri saya , orang lain jangan kacau,mereka tiada hak"

Saturday, November 22, 2008

Apa kes?

Babi
Babi lagi
Lagi-lagi babi

Dulu Negeri Sembilan dah digelar Darul Khinzir.Bekas Menteri Besar aku dulu Mat Isa teruk kena kutuk.Ali Maidin kutuk apatah lagi Mat sabu termasuk Pesuruhjaya dulu dan semua warga peneroka ahli pas di Felda Bukit Rokan .Kalaulah Mat Isa tu orang PAS , atau dia pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mesti tak kesah,mesti betul.Dan kalau ada ahli UMNO atau Wanita atau Puteri kutuk,mesti kita bela projek babi tu.Macam Selangor dengan Kedah nak buat sekarang.Selangor siap keluaran poster dan pamplet tentang perlunya dan hebatnya serta canggihnya projek babi berteknologi baru.Lepas ini Kedah pulak.

Masa MB Negeri Sembilan yang baru ini memerintah,babi dari Melaka nak transit di LUKUT pun kena halau atau kena bambu dek mat Asan.Hebat juga tu.Tapi...

Saya hampir yakin ,jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Sembilan dan gabungan PKR,DAP dan PAS masih berjalan,alamatnya ladang babi di Lukut akan beroperasi semula.Tak banyak cuma 48 ribu ekor sahaja.Jika inilah yang akan terlaksana maka saya lebih rela Pakatan Rakyat jadi pembangkang sahaja.Cukuplah.

Kalaulah dapat memerintah Pahang, sanggupkah MB Pakatan Rakyat menutup pusat judi di Genting? Atau akan meneruskan dengan alasan ,kita akan pastikan hanya bukan Islam sahaja yang berjudi.....

Thursday, November 20, 2008

Umpan tak di pasang jerat mengena

Razak kata Najib ngan Rosmah tak terlibat dalam kes Altantuya.

Yess.Kata orang tua " Umpan tak dipasang jerat mengena" Jerat dah bingkas.

Teringat zaman kanak-kanak.Sorokkan duit syiling dalam tanah atau tin biskut.Lepas tu tulis nota " DI SINI TAK DE DUIT".

hahahahaha.

Tuesday, November 18, 2008

Baldatun thoyyibatun wa robbun ghofur

Pakatan Rakyat ( bukan pakatan pembangkang, sebab pemimpin parti belum sepakat lagi) berjaya memerintah 5 negeri.setiap negeri dengan dasarnya,sebab ini pakatan rakyat bukan pakatan parti maka dasar berbeza.jangan kacau.aku aku kau kau.Masalahnya mereka masih lagi merasakan mereka mewakili parti atau golongan tertentu.Maka kena jaga golongan ini.

Masa BN mereka wakil korporat sebab korporat sponsor,masa pakatan rakyat mereka wakil rakyat sebab rakyat sponsor undi.maka kena jaga rakyat.macammana nak jaga? kena ikut kehendak mereka,walaupun berat sebelah,Maka sekarang ini mereka gunakan dacing BN, bila terberat sebelah kiri tambah sebelah kanan ,bila kanan terlebih,tambah sebelah kiri.dan dacing itu akan terjongket-jongket,sehinggalah tokeh meletakkan dacing,atau tangan dia lengoh,atau dia tipu sikit.

Tuan guru pun sambut deepavali,nanti kalau krismas jangan tak sambut pulak,kok kocik hati orang kristian,nanti dia tak mengundi,susah kita .

Perdana menteri malaysia ke tu...?

Alahai , sedihnya aku bila nengok PM aku sedih.Dia sedih, dia kata ,harga minyak dah turun,tapi harga barang tak turun,menyusahkan rakyat.

aduh sedihnya aku.aku dapat PM yang prihatin terhadap rakyata kononnya .lepas tu dia ajak rakyat boikot kedai yang jual barang mahal.alahai.sedihnya aku kat PM ni.Ajak rakyat boikot perkembangan ekonomi negara.ada akai ka.aduh sedihnya aku.aku nak nangis ni.Macam mana seorang PM boleh beri kenyataan macam wak karmin malah usop gilo lebih baik kenyataannya dari beliau.

Masa naik harga minyak dia kata untuk selamatkan ekonomi negara.nak tolong negara.
Masa turunkan harga minyak dia kata untuk selamatkan ekonomi rakyat.nak tolong rakyat.

kedua dua alasan itu menunjukkan dia berkuasa,turun dan naikkan harga,so jangan katalah sebab harga minyak dunia naik harga minyak kita kena naik juga,
Cakap je nak pakai duit sikit.Esok lusa kita turunlah semula.

Sunday, November 16, 2008

lembu vs orang

Selalu saya bertanya kepada peserta yang mengikuti kursus motivasi saya nak jadi lembu atau nak jadi orang?Round pertama semua nak jadi orang tapi selepas saya bandingkan lembu dengan orang ramai pulak nak jadi lembu.antara hujah perbandingan adalah

1.kalau lalu kat juaseh pada waktu petang ,ada lembu dengan budak muda tepi simpang,budak tu main gitar lembu makan tumput,masuk waktu maghrib lembu masuk kandang tapi budak muda masih di situ.Mana lebih baik,orang ke lembu?ramai jawab orang.

2.Saya tanya lagi,pernah tak tengok lembu jantan kejar lembu jantan,lepas tu dirogolnya lembu jantan tu ? tak pernah.jawab mereka.
Orang ada tak jantan dengan jantan,yang kita panggil homoseks atau kita gelar gay?ada jawab mereka?Saya tanya lagi mana lebih baik orang ke lembu.Lembu jawab mereka.

3.Agak-agak ada ke lembu yang lesbian.Tak de jawab mereka.Habis tu mana lebih baik,lembu ke manusia? Lembuuu,jawab mereka

nak jadi orang ke jadi lembu.?
Lembu uuu jawab mereka beramai-ramai.

Apabila manusia berbuat jahat ,mereka lebih teruk dari binatang ternakan.

Pondan dan pengkid bersepah.kalau di ITM dulu ada persatuan bapok.Pengkid pula lebih teruk,kalau bapok bersolek dengan tebalnya,ingin jadi cantik tapi pengkid,hampeh,busuk muka lebam ,bibir hitam.bau rokok,jalan nberpeluk,memang menyakitkan mata.dua-dua haram,dah haram pihak yang berwajib perlulah menguatkuaskan undang-undang.Apa hukumannya,penjara berapa hari,denda berapa banyak,islam sahaja kena atau termasuk bukan islam.perlu lah jelas.

Di Negeri Sembilan ada fatwa mengharamkan makan ikan dari kolam cina yang memberi makan daging babi pada ikan ternakannya.Tetapi tidak diwartakan,bila saya tanya kenapa,"orang itu" menjawab,tak mau lihat ada orang islam masuk penjara sebab makan ikan talapia.Alahai.kalau macam tu jangan buat fatwalah.

Satu lagi fatwa ialah mewarnakan rambut selain dari hitam atau perang seperti warna biru.Majlisa fatwa telah menfatwakan haram,tetapi ia juga tak difatwakan sebab,nanti kalau orang islam masuk penjara,rakan sepenjara tanya apa kes?dia jawab sebab warnakan rambut.alahai malu kita.so tak jadi wartakan.Habis tu camano?

Sebab apa masuk penjara? sebab pengkid.sorang lagi pun jawab,aku pun pengkid,semua tu pengkid.hahahha mereka berpesta sakan pulak dalam penjara.

Mana usaha dakwah,mana iklan haramnya pengkid dan pondan,apa usaha menyedarkan mereka.Tandas bersih jiwa kotor hancur negara,

Friday, November 14, 2008

Cerita hantu Vs Cerita kematian

Apabila ada insan yang berniat baik untuk merubah akhlak remaja kepada yang lebih baik.Ada yang cuba membentuk akhlak tepuji seawal usia 7 tahun.Ramai yang mempertikaikannya .Saya yakin yang menyokong lebih ramai tetapi media menonjolkan yang kurang senang lebih banyak. Penayangan video kematian menjadi isu.

Sedarkah mereka bahawa kematian bukan sahaja menjemput si tua, dan kalaulah si tua sahaja yang mati tentulah anak mereka perlu didedahkan kepada kematian.Adakah kematian sang ibu atau bapa perlu ditangguhkan sehingga usia anak menginjak 11 tahun?Sehingga itu anak tersebut jangan di dedahkan dengan kematian.

Salahkah guru yang mengajar anak supaya mendoakan ibu bapa,dan mengatakan jika ibu bapa dah mati dan kita anak yang soleh dapat membantu meringankan azab kubur?

Ingatlah mati itu pasti

Berbanding dengan cerita hantu,tahyul yang menyesatkan.Cerita ini ditayangkan untuk tontonan umum.dikaca tv, bukalah saluran apa pun ada cerita hantu,samada cerita melayu,indonesia,thailand,cina,filipina dan banyak lagi.Apakah manfaat cerita ini.bolehkah ia membantu merubah akhlak remaja.

Cerita-cerita tentang pergaulan bebas berlambak-lambak,langsung tak disekat,malah penggiat filem diangkat martabatnya sehingga mendapat gelaran datuk dan tan sri.Apa pentingnya mereka dalam membaiki akhlak.Lihat sahaja filem remp it , impak maksima,sepet,anak halal dan banyak lagi.Filem seram berlambak .Mengapa tak di sekat.

Apabila hati sudah mati,ditutupi oleh dosa-dosa maka yang baik akan kelihatan jahat dan jahat akan kelihatan baik.

Wednesday, November 12, 2008

Fatwa tekini sahibus samahah mahathir mohamad

Adalah dimaklumkan bahawasanya Bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dengar tu orang umno sekelian jadi PM boleh , takkan jadi pengurus besar pkns tak boleh.

Dulu slogan kau,Hidup mahathir ! hidup umno!hidup melayu.sekarang ni kautukarlah mana suka

  • hidup mahathir,mati umno,mati melayu!
  • hidup mahathir,hidup umno mati melayu!
  • hidup mahathir,mati umno,hidup melayu!
  • mati mahathir,mati umno,mati melayu!
  • mati mahathir,mati umno,hidup melayu!
  • mati mahathir,hidup umno,mati melayu!

kok dah pilih,sobut dalam hati , jangan bagitau orang lain.

Sunday, November 9, 2008

Dah bahagian kau...soromban..... nak buek cam mano

Pemilihan umno bahagian soromban kecoh.Hahahah den dah kobaan , macam boruk ,tak leh jumpo.kok jumpo samo tompek mesti kelahi.

Bilo dah kelahi terpaksolah ditangguhkan mesyuarat tu.Bahayo bang,bilo dah mengamok,naik angin,ado yang cedera,panggil polis,sepuluh orang datang baru settle.Patut eh panggillah FRU sombo ngan air , bia podih muko.Tak pun balinglah bom asap.

Tangguh mesyuarat kiro oklah.

PAS soromban macam tu juolah dulu.Terus kono gantung sampai sekarang.Hui lamo eh.masalah bosa bona ko.Duo kali tuka pesuruh jayo, Dr Rosli dah tukar ke Zulkifli,Pemantau pun dah betuka tuka dari Hassan Shukri ke Mat Sabu,Setiausaha agung pun dah tukar dari Nasarudin ke Kamarudin Jaapar ,pedano montori pun dah tuka dari mahathir ke pak lah,bulan tigo najib pulak,mb nogori pun dah tuka ,dari isa ko mat asan .

tak solosai laie ko.alahai sian Hj rahim ngan mk ibrahim.Hj zali ngan abdustar.ado yang jadi pesona non grata.

Yang salah dah dihukum,apo ko laie masalah eh.masalah kek soromban ko masalah kek pusat.

Hahahahahaha dah bahagian kau.....soromban
tak dapek den nak nolong eh tu doh.

Petua melepaskan diri dari tuduhan membunuh

Ada petua yang baharu saya perolehi iaitu bagaimana kita boleh melepaskan diri dari tuduhan membunuh.

1.Solat
3.Doa
3.Puasa sunat selalu
4.Sesekali nangis
5.Trim rambut dengan kemas
6.Suruh isteri mengamuk di mahkamah
7.Yang paling penting jangan tutup muka.
8.Sentiasalah mengukir senyuman.

Tak percaya,tanyalah bang razak.

Friday, November 7, 2008

didik benci rasuah vs benci perasuah

PM umumkan nak didik masyarakat benci rasuah.Saya rasa masyarakat memeng benci rasuah dan ingin merasai hidup harmoni tanpa rasuah.

Daripada didik benci rasuah , marilah kita sama-sama mendidik masyarakat benci perasuah,iaitu membenci orang yang menerima dan memberi rasuah.Membenci pemimpin yang rasuah,benci polis rasuah,benci peguam rasuah,benci pegawai rasuah,benci tokeh rasuah,benci blogger rasuah,benci cikgu rasuah,benci ofis boy rasuah dan semua perasuah-perasuah seluruh negara.

bila masyarakat dah benci dan menyatakan kebecian,mendoakan kecelakaan kepada perasuah.Bila mereka nampak perasuah mereka kutuk dan halau atau mereka carut-carutkan perasuah barulah orang tak nak makan rasuah.itu jam baru selamat .Setakat denda bila-bila buleh bayar bang.

Laungkan ........
SAYA BENCI PERASUAH, CELAKALAH PERASUAH

Fatwa terkini as sheikh Syed Hamid

Dimaklumkan bahawa barangsiapa yang mempunyai maklumat tentang umno dan memperolehi maklumat dari orang umno,orang itu mesti masuk umno.

Kahkahkah.aku nak tambah,sesiapa yang ada maklumat anwar diliwat dia sebenarnya telah diliwat.Sesiapa belum diliwat tawarkanlah fdiri untuk diliwat.

kahkahkah.
alahai anak omak
apo koh bangang bona kau ni jang oi

Monday, November 3, 2008

Fatwa terkini al imam shahidan kassim

Adalah dimaklumkan bahawa barangsiapa yang mengutuk melayu atau mempertikaikan ketuanan melayu adalah berdosa besar ia mendapat murka tuhan dan seluruh umat melayu.sesiapa yang telah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud mempertikaikan melayu hendaklah bertaubat nasoha dan isytiharkan keluar melayu.

Dulu ada sorang mamak KIMMA nak jadi melayu.Elok sangatlah tu, kita tukar je zaid dengan mamak tu.Zaid jadi mamak ,mamak tu jadi melayu.

alahai,anak omak
apo ko bangang bona kau

Sunday, November 2, 2008

Test market

alahai ku li.Sapo nak kau,orang yang calonkan kau tu pun sajo nak bodek.Dapek duit boreh.apolah jaso kau semalaya.orang kau pun setompek yo dapek.kek lain harap.tak ngaso.Tetibo nak tanding,alahai rontikanlah.Itulah orang UMNO ponting diri.

Abang najib pun , kok nak ikutkan gamai juo orang bonci.Tak nak dio ,tapi nak buek macam mano,sobab kalau orang sobut namo dio mesti sobut namo abah dio sokali.Najib Tun Razak.Tang tun razak tu yang mahal,dio bukan mahal tapi tinggi komisen.

Alahai kak pidah pun nak test market.dio nak maso dio tinggalkan wanita nanti gamai yang nangis.dan dio nak canang kek sumo orang orang nak dio bukan nak shahrizat, tapi dio sajo kasi laluan sobab dio baik.hahahah.kok umno tu umno juo.

Alahai bibi pun test market,khairy pun samo,khair toyo pun alahai,apo jaso dio orang ha.

Semalam den minum dongan orang umno,dio perwakilan dari Longgeng,nak mesyuarat bahagian 9 hb september ni kek kelab golf.Dio dongan kawan dio kato,orang UMNO macam beruk ulu bondol.kakakak.ngaku.dio kato dah berpuak-puak ,berebut pisang yang orang bagi.dio kato Den kok susah-susah den tonggeng buntut den macam boruk jantan ulu bondo buek.kakak ngaku boruk/

Tapi den ghaso ciri-ciri keborukkan tu ada pado orang umno.

1.apo ketuo buek semuo boto
2..jadi ketuo sampai kono halau atau orang tak pilih
3.yang betino dio buleh pilih
4.ada kawasan sendiri.dan penyokong mati matian sokong
5.tak buleh jumpo lain puak masuk kempen kek kawasan dio,gaduh beb
6.borobut pisang atau duit yang dicampakkan.
7.Yang duduk ateh tak leh turun , yang kek bawah tak leh naik,
8.Bongih...tak pandai sonyum baik jantan atau lelaki wanita atau betino,bongih manjang.Kok ado boruk pandai sonyum den agak ado yang nikah ngan boruk.kahkahakah
9.Tak tido dalam ghuma.dio suko tido lua,barok kok dapek ghumah habih dighoga eh sampai runtuh.lopeh tu baru sonang dio tido ateh alang yo.
10.Tak buleh dapek bungo,habih dikuti eh,macam dapek anak daro manggolia,habih jang bokocai.


Eden menambah apo yang diperakui oleh orang umno sendiri.Mereka memborokkan diri mereka.kah-kahkah