Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Harapan den
kok dilipek sebosa kuku
kok dibontang sebosa alam
kok ilang dicaghi
kok hanyut dipinteh
tonggolam disolam
datang bialah nampak muko
poie bialah nampak belakang
kok dokek digamit
nan jauh diimbau
konangan dikonang
muko diingat
kok tegusik itulah asyik
kok teraso itulah peghiso
kok salah ampunkan den
kok ikhlas doakan den
sejambak kato,seuntai salam,dogup bicaro,mengusik ghaso


SELAMAT HARI RAYA ,MAAFKAN EDEN.
jangan kecewa

RASUAH

"PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH MASUK NERAKA"

  • Beri rasuah sebab nak projek.Pemberi dan penerima masuk neraka
  • Beri rasuah sebab nak memerintah, pemberi dan penerima masuk neraka.
  • Rasuah duit, kalau dah ambil boleh pulangkan dan projek tak diluluskan.
  • Rasuah seks kalau dah lakukan , nak pulangkan apa?

Sunday, September 28, 2008

Teringat yang tiada

Entah kenapa bila ramadhan dah ke penghujung , mulalah teringat yang tiada.Mungkin anda juga sama , terkenang ayah atau ibu, rakan,adik beradik .Kenapa? Kadang kala sampai termimpi-mimpi.Mujurlah ada Aidil Fitri, menyebabkan kita teringat pada kematian.

Apakah kata yang hidup bila kita tiada.Aku rasa sebak bila memikirkannya. Mungkin...

"Masa raya ni teringat lwi, baju ni dia yang beli dulu,dia suka rendang yang mak buat"

"Kalau ada alwi bulan puasa macam ni syok jugak minum dengan dia"

"Nenek kalau Pak Andak masih hidup, tentu nenek gembira kan?

aku tak sangup memikirkannya. Aku kehilangan ramai .

Abah aku , adik aku, dia pergi dulu dari aku. Kawan aku , Rosmidi,Rosjimmy,Razak,Mat noor,Hadi, yang paling aku terharu Bang Din Kelantan, dia memang baik, kalau aku ke kelantan mesti jumpa dia,dia pemurah.Sorang lagi Johar , kawan rapat aku, meninggal tiba-tiba masa main badmnton dengan anak-anaknya.Dia baik selalu mengadu hal dengan aku dan aku selalu juga mengadu dengannya.Boleh bergurau dan marah-marah sikit. Sorang lagi Bang Usop , kelakar dan sabar menjalankan tanggungjawab.

Sorang lagi yang aku terharu ialah arwah Hj Bidin orang tua umur 71 tahun, tukang panjat petai.bila aku minum dengan dia aku belum sempat bayar dia dah bayarkan.Petang sebelum dia meninggal aku ajak minum, aku dan Pak Aziz memang nak kenakan dia, biar kami yang bayarkan, dia tak sempat nak bayar. Lepas subuh pagi esoknya aku diberitahu dia dah meninggal. Aku teringat dia dan arwahPak Din Hancur penjual majalah terpakai tetapi rajin belanja aku masa di KL.Siap tinggalkan duit lagi. Aku hanya boleh mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.Semoga mereka mendapat balasan atas kebaikan mereka.

Aku amat berharap jika dipangil mengadapnya aku dalam keadaan suci dan diredhai olehnya.

dah nak raya

1 Syawal bakal menjelang.
Tua muda
miskin kaya bergembira.

Syawal bulan bergembira maka bergembiralah.Tak berdosa pun.yang salahnya membazir .Membazir tu haram,boros tu makruh,Orang miskin kalau terlebih bukan boros tapi membazir.Orang kaya kalau terlebih bukan membazir tapi boros.Orang miskin tak sepatutnya hisap rokok kalau makan tak cukup atau pencil anak tak terbeli.
Saya ada kawan .Saya pernah tegur dia sebab dia tak pernah puasa.Tapi sambut hari raya , hebat, baju baru malah mengecat dan beli langsir rumah mak bapaknya dia yang uruskan.Dia kata

"Eden( saya ) buek macam ni bukan apo. Tuhan suruh sembahyang den tak buek ( buat ) , tuhan suruh poso den tak buek. Dio suruh rayo pun kok den tak buek toruk bona ( sangat )den ni"

Betul juga.Lantaklah.Kawan den tu dah meninggal lamo dah.maka bergembiralah.

MELAMIN dan PIYEM

Biasanya produk yang telah ada tarikh luput akan dikeluarkan dari pasaran selepas tarikh luput.Belum ada lagi produk yang tarikh luputnya berubah-ubah.Sekejap 10 Jun 2010 , sekejap tukar pulak Mac 2009.Biasanya produk sebegini dikeluarkan oleh syarikat yang dah nak lingkup dan bermasalah samada produk itu problem atau syarikat yang problem kita kena lihat.Cuma kita perlu ingat, bagi produk-produk beracun ni kita kena hindarkan, bahaya.

Dalam susu ada melamin53,000 kanak-kanak mendapat susah.Maka syarikat itu tak nak jual lagi,syarikat dah mintak maaf.yang salah melamin, tapi susu tak salah,nak buang melamin susah pulak maka buang je susu sekali.

Sekarang dalam negara ada melamin yang menyusahkan 25 juta rakyat.Bukan susah apa ,tapi susah dari segi psikologi,terpaksa memikirkan masalah negara.Aduh pak, penganggur ,pekerja kilang,jaga,pemandu semua pening semua cerita politik.Janda pening anak yatim pening semua cerita politik juga sebab mereka dah termakan melamin.UMNO pening pas pun pening,keadilan lagi pening apatah lagi MIC dan MCA.SAPP keuar landasan pun pening juga silap-silap terlanggar orang lain.

Bagi saya selagi dasar syarikat sama , iaitu nak untung tukar produk apa pun dia ikut dasar lama.Nak buat macam mana memang syarikat tu jual melamin semata.

Nampak gaya syarikat yang ada melamin piyem ni bertanggungjawab.Nak tarik lebih awal.Harap-harap semua pengguna pulaukan produk dari syarikat ini dan pulaukan terus syarikat tersebut biar tutup.Anda mampu mengubahnya.

Monday, September 22, 2008

TARAWIKH,TARIKH,TAWARIKH

Bertarawikhlah setiap malam.Inilah masa yang ditentukan Allah, setahun sekali dan pada bulan Ramadhan sahaja.Nak buat berapa itu pun tak ditetapkan.Tapi kena buat.Nak buat dimana tak ditetapkan,tapi kena buat.duduk boleh berdiri pun boleh.Ramadhan pasti berlaku,setiap tahun.tak boleh ubah.Lepas Syaaban pasti Ramadhan.
Tarikh atau haribulan tetap berjalan .Lepas Januari,Februari lepas tu mesti March dan seterusnya sampai Disember.Tak de perubahan dan tak tersilap kecuali tahun lompat.Itu pun pasti berlaku.Lepas Isnin wajib selasa, rabu dan seterunya.Jumaat tetap jumaat.Gerenti berlaku.
apa yang berlaku itu peristiwanya,bergantung kepada Qada dan qadar Allah.Qada dan Qadar akan berlaku setiap detik dan saat.
Tawarikh adalah sejarah , peristiwa yang telah berlaku.Perkara yang memang berlaku.Sejarah perlukan bukti,tarikh,tokoh dan peristiwa.Tawarikh kita boleh bagitau orang dengan bukti . Tapi benda belum berlaku kita tak boleh cakap lagi .Sebab Takdir mengubah segalanya.
Allah dan Rasul pun tidak memberitahu bila Lailatul Qadar.Sebab Allah memilih malam dan hari yang sesuai dan kepada pilihannya sahaja.Umat Muslim akan sentiasa mendambakannya.Seronok mencari,menunggu,mengisi untuk mendapatkannya,Bayangkan kalau betul-betul bertemu.
Abwar tetapkan tarikh,lupa InsyaAllah.Pengikut pun yakin,lupa InsyaAllah.Yang kata tak jadi pun yakin,lupa InsyaAllah.Maknanya semua lupa Takdir Allah,Lupa Allah.
Tarikh: 16 September 2008
Peristiwa : Ramai orang Malaysia lupa Allah.
itulah tarawikhnya.Nak bukti?lu pikirlah sendiri

TOK GURU VS TOK GURAU

Masa nak Muzakarah atau Muqabalah dengan UMNO Tok Guru tak sebut pun fasal negara Islam.Tup-tup bila Pakatan Rakyat nak ambil alih kuasa ,timbul pula negara Islam.Tok Guru bergurau ke.Nanti den panggil Tok Gurau pulak.

Monday, September 15, 2008

Tazkirah Ramadhan 10: Apa nak buat

Dahulu umat Islam memilih pemimpin yang paling baik dikalangan yang baik-baik.yang paling soleh dikalangan yang bsoleh-soleh.
Sekarang kita pilih yang paling tak jahat dikalangan yang jahat-jahat.Paling kurang skandal dari yang skandal-skandal.Paling kurang rasuah dari kalangan makn rasuah.

Cara kempen pun lain.Jangan pilih orang tu dia buruk,kepala botak,kawin banyak,anak dia kaya,menantu dia skandal,bini tak pakai tudung.Dia pun sama juga.Kroni,korupsi,membazir,tipu orang.Jahat juga.Tapi kurang sikit.

Lahirlah fatwa,antara dua mudarat pilihlah yang paling ringan.Bukan tak mudarat tapi paling ringan.Entahlah,apa nak buat , pilih je lah.

Sunday, September 14, 2008

Tazkirah Ramadhan 9 Kutip dan tadahlah rahmat Allah

Kita dah masuk pertengahan Ramadhan.Inilah period rahmat yang dijanjikan oleh Allah.Allah akan mengurniakan rahmat yang berlipat ganda.Berpuasalah,isilah masa InsyaAllah rahmat dari Allah kita akan perolehi.terlalu banyak rahmat kita dapat di bulan selain ramadhan.Tetapi bulan ini Allah janjikan rahmat yang pasti.Apa tu rahmat?

Doa diterima,amal diterima.kehidupan diredhai.Masa ini kalau nak bertaubat memang sesuai.Kalau nak ikatkan ukhwah pun cantik,bermaafan dan bersedekah pun dilipatganda.bulan biasa diganda 10.bulan ini diganda 100. Maknanya dari segi kiraannya jika ada RM 10 lalu disedekahkan RM 1 kita dapat RM109.Hari-hari biasa kita dapat RM 10 tolak RM 1 = RM 19.( 10-1-19 dan 10-1=109 ) kalaulah dapat dihayati ini , saya percaya lebih ramai yang akan sedekah kurma dari limau mandarin.

Sahabat,kadangkala pada Ramadhan ini kita dapat bekas sahaja,atau dapat beg sahaja.Tetapi kosong,takde isi.Kalau pergi melancung , kita balik sekurang-kurangnya ada isi beg kita, tapi kalau kosong ada Tag lapangan terbang aje maknanya apa? Kita lupa, atau semua telah dicuri.Macammana isi Ramadhan boleh dicuri? senang je , bangun pagi mengumpat?tengahari mengumpat dan malam mengumpat.Kosonglah beg ramadhan kita.

Saturday, September 13, 2008

Tazkirah Ramadhan 8.: Malaysia ini bapak kau punya ke?

Saya melihat pemimpin - pemimpin negara yang sah dan batil sama-sama memperbodohkan rakyat.Yang masih memimpin,yang berangan yang dah jadi bekas pemimpin sama-sama berseronok memperbodohkan rakyat. Sedangkan mereka dipilih oleh rakyat.
Yang berebut kuasa adalah dikalangan mereka,sedangkan rakyat lebih suka berlawan dalam pilihanraya.

"Kerajaan harus dikekalkan , aku mesti PM sampai selesai"
"Kerajaan mesti kekal,peralihan kuasa mesti berlaku,aku yang layak jadi PM"
"Kerajaan baru mesti wujud, aku saja yang layak jadi PM"
"Semua tak layak jadi kerajaan ,kita mesti memerintah,sebab islamik,dan akulah PM yang sesuai"
ni cerita nak bentuk kerajaan ke nak ,jadi PM.Nak memerintah , tapi buat kerja macam main-main.Nak pujuk orang lompat parti,nak merajuk,nak alih kuasa.Apa hal.Ada yang halang atau mengganggu terus ISA.Tak patut.
kalaulah lepas ni PR yang memerintah.Anwar PM.Sapa TPM.Azmin?Karpal?Lim?hancur bang.... Tup=tup Anwar kalah ,atau disumbat dalam jel,atau lambat laun dia mati.Sapa PM?Kalau Ustaz badrul Amin oklah,tapi kalau badrul hisham ?aah kacau bang? Ali Maidin kata logiknya PAS tak boleh memerintah,sebab maksimum dapat 60 kerusi aje. Maknanya PM mesti orang lain.
Saya bayangkan lagi,katalah Anwar berjaya jadi PM.Adakah BN akan terus diam,mereka mesti melawan.dasar apa Anwar nak gunakan,takkan nak ISAkan mereka,sedangkan dia anti ISA.Takkan ISA nak diteruskan.Maka orang BN pun akan buat hal juga macam PKR.Kacau kerajaan.Jatuhkan kerajaan.PKR dah tunjuk jalan macam mana nak jatuhkan kerajaanUndang-undang dan peraturan mereka pun faham.Akhirnya kerajaan baru pun perabihkan masa tenaga dan duit lawan BN.Bila nak maju negara.2 X 5 je mereka.Macam cerita kulup kecil dan kulup besar.Akhirnya dua-dua bangkrap.Dah bangkrap barulah sedar.

Monday, September 8, 2008

Tazkirah Ramadhan 7 : Ali Baba dengan 30-40 Penyamun

Mula-mula cerita lompat.
kalau nak lompat buka lah mata , jangan tutup mata,nanti menyesal.

uang dan linggit
ana tatak helan
ente tutup mata
ana tak tentu yalan.

( sekarang cakap ana enta lah pulak.)

Hai apek sayang
jangan bimbang
lepas menjahit uang emas ana upah
cepatlah cepat
apek cepatlah jalan
awas didepan apek adalah longkang
lompatlah apek jangan sampai terkangkang......ha-ha

lompat apek lompat

Dah tolong jahit kepala nanti,ambik duit lepas tu kau belah ,Jangan bagitau orang apa yang berlaku.Faham.

Cerita penyamun pulak.
Macammana nak rompak balik harta sendiri yang dirompak.Nak harap orang suruhan,Hancus,Masuk jamban pulak. Buatlah semdiri.Jual Minyak beb. Simpan dulu.Pukul 12 malam baru keluar.Tong minyak wangi rupanya penyamun.Harap-harap adalah Marjina yang perasan.

Yang nak masuk ni semua bekas pengikut penyamun.Yang nak bawak masuk pun pernah jadi ketua penyamun.macammana.

Pukul 12 malam akan ditiup wisel. Sebelumtu nyanyi dulu.Ramai-ramai.
Bila tembelang pecah , jadilah.

ai celakaaaa aa lah
punya penyamun nnnn....sial
bikin rosaklah ana punya programmmmm

Aziz Satar tu macam orang Keadilan.
Normadiah tu DAP.
Sarimah tu PAS.
P Ramlee dengan penyamun dalam tong?Sapa? Alamak lu pikirlah sendiri.

Tazkirah Ramadhan 6 : Antara 17 Ramadhan dengan 16 September

Heboh , bising meramalkan 16 Sept.Ada yang berguling-guling mengatakan ini bukan main-main ini betul-betul. Ada yang dah gila , pusing satu Malaya kata 16 Sept pasti.Ada yang bergaduh adik beradik pasal 16 Sepy.Ada yang menyimpan dendam.Kalaulah boleh 16 Sept itu dicepatkan .Biarlah kiraan hari selepas 1 , 16 atau selepas 7,16 janganlah terpaksa tunggu selepas 15 baru 16.Dahsyat

Mengapa tak beria-ia sambut 17 Ramadhan.Peristiwa dah gerenti berlaku. Dah tercatat.Kita menang perang Badar.Masa tu orang Islam sikit je.Dapat kalahkan musuh yang ramai.Ada juga pendapat mas 17 ramadhan ini quran diturunkan.Maknanya 17 Ramadhan berlaku peristiwa besar umat Islam.Aduyai,tolonglah hebohkan sikit,den nak dongar.Balik-balik 16 September.

Aku pernah pergi ceramah Ezam .Dia nak bocorkan Rahsia Umno.Sampai masuk umno tak de.Bongak. Aku pernah pergi ceramah Anwar, dia nak bocorkan rahsia Mahathir dengan nyonya,sampai menang dia tak de pun.Mahathir tetap kutuk dia.Bongak.

Kalau tak jadi 16 september ini,tak perlu Anwar baca ayat Quran, cukup Gobala yang baca, dia akan mulakan dengan ....wamaqaru..... orang ramai akan sambung.Dah hafal.

Saturday, September 6, 2008

Tazkirah Ramadhan 5 : Besar zarah pun dicatat


Tak sembahyang tapi berpuasa.

Tak Puasa tapi sembahyang.

Tak puasa dan tak sembahyang tapi bayar zakat.

Tak Sembahyang,tak puasa,tak bayar zakat tapi pangkah pas.

Tak sembahyang tak puasa,tak zakat,pangkah umno.Hancus.



Allah ada mengatakan dalam alquran,Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zaeah pun dia akan melihat pembalasannya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun akan melihat pembalasannya.



Buat baik dapat balasan baik,buat jahat dapat jahat,Maka dalam melayari kehidupan kita berbuat baiklah agar ia dicatat sebagai kebaikan.Walau sedikit,walau hanya puasa,walau hanya sembahyang.Apatahlagi melakukan semuanya mesti baik.



Kalaulah kita tak melakukan kebaikan,marah pula pada yang melakukan kebaikan malah menghalang yang melakukan kebaikan,Teruk sangat tu.



Kalau tak dapat jadi garam pada ikan , janganlah jadi langau pulak.Dahlah tak mengamalkan Islam,halang pulak orang nak buat tazkirah.Istighfarlah.Kalau ada kawan macam tu tinggalkan saja.



Masa bangun malam berdoalah,mintalah petunjuk untuk diri , keluarga , rakan , pemimpin . Mohonlah rezeki dari Allah.Dan doakan saya.Saya akan doakan anda semua sekarang,waktu malam ini.



Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah Tuhan Pemilik alam ini,Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,Tuhan yang memiliki diri ku ini.
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosaku dan dosa rakanku,isteriku,ahli keluargaku,pemimpin kami.

Ya Allah kami mohon padaMu agar kau berikan kami kekuatan iman bagi melayari bahtera kehidupan ini.

Ya Allah pemilik kekayaan dan pengagih kekayaan.Agihkanlah kekayaan kepada ku dan rakan-rakan ku.berkatilah usaha kami.

Ya Allah aku mohon kepadaMu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.ya Allah kami ingin bahagia,tenang,aman,damai.Kami ingin kekuatan minda bagi menghadapi segala dugaan dan ujian dari Mu.Ya Allah jauhkan rasa kecewa dari kami.

Ya Allah tambahkan kekuatan keyakinan kami kepaMu dan ketawakkalan kami kepadaMu.

Setiap detik dan saat adalah takdirMU.Kami Redha keputusan Mu.Amin YaAllah.Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbul Alamin

Thursday, September 4, 2008


Tazkirah Ramadhan 4: Terkenang semasa dulu

Mungkin pengalaman kita berbeza. Sesekali saya terkenang masa dulu, berpuasa di Felda.Kampungku.

Masa bangun sahur sekitar jam 3 pagi , seluruh kawasan felda dah bising.Kami bangunkan jiran dengan jerit dari rumah sahaja dan sekitar kawasan sering bersahutan.Woi bangun,Atau ciiikkkk bsangun.Kejutkan adik beradik.Mak akan masak samada goreng telur, ikan masin ,atau sayur terung.Panas punya lauk.Bukan lauk dipanaskan macam hari ini.

Tengahari dah letih, apa lagi mandi le.Lepas tu merayau,nampak pisang nak makan poisang,nampak jambu nak makan jambu,nampak mangga nak makan mangga,nampak jambu batu terliur , tebu dan alain lagi.Apa lkagi mulalah, ciik , nak jambu sikit.Minta aje kat jiran.Akhirnya penuh tikar masa buka.

Lebih kurang jam 3 petang , ada orang jual air batu.masani air batu dijual dalam segiempat sama , dipotong dengan gergaji.Sepuluh sen seketul.Air batu disalut dengan habuk papan,dan kertas surat khabar.Dapat air batu meriah beb.

tarawikh ramai-ramai,bawa lampu yang dibuat dari batang betik,bubuh minyak tanah dan sumbu.Buat pelita dari buluh panjang.Tolong mak buat kuih bahulu.Kuih bahulu dibuat sejak lepas sahur perlu dikacau telur dan gula sehingga kembang.Untuk kita yang hangus , yang cantik untuk tetamu.Ayam kejar keliling kampung.

Sembahyang tarawikh,rukuk dan sujud tak de , terus tahyat akhir.Kah-kahkah belakon aje.Yang pelik masa puasa dulu , kalau menngacau dodol , tukang kacau mesti tak pose,letih dan panas kata mereka.Aku pun sama le sebab nak makan dodol cair cecah dengan biskut mayat.Puhhh meleleh beb.Dodol cair kalau kena tangan,menangis.

Sepatutnya orang sekarang yang sihat pasti puasa.Rumah air cond,kereta air cond,ofis aircong,masjid aircond,ada psp,ada astro 24 jam,ada quran digital,ada komputer,ada pasar ramadhan,ada hphone.Masa cepat berlalu.Tapi kalu asyik main games tak baik juga,apatahlagi orang dewasa, kalau kanak-kanak okle .baru nak belajar puasa.

Tazkirah Ramadhan 3 : Nafsu Vs Syaitan

Sepakat ulamak menjelaskan bahawa syaitan diikat atau dipasung pada bulan ramadhan.lantas pengaruhnya dapat dikurangkan pada bulan Ramadhan.Tetapi mengapa masih berlaku maksiat dan kerosakan akhlak pada bulan ini. Disko dan pub masih lagi penuh. Semua ini adalah kerana nafsu yang telah dididik oleh syaitan selama 11 bulsan. Bayangkan pelajar akademi hiburan dididik selama 3 bulan boleh berubah penampilan dan gaya hidup. inikan pula program oleh syaitan dan iblis 24 jam sehari selama 11 bulan.Bagi yang mendidik nafsunya dengan iman , bulan ini akan dapat mengawal nafsu dengan baik.

Pengaruh syaitan dapat dijinakkan dengan membaca A"uzubillahi minasy syaitonirrajim, atau membaca ayat quran atau berzikir.Tetapi pengaruh nafsu susah untuk dihilangkan.Biasanya pengaruh syaitan tak kisah , apa sahaja dibalun.perempuan gila pun dikerjakan, tetapi pengaruh nafsu memilih , hanya yang diimpikan dikejar. Pengaruh syaitan, makan apa sahaja , semuanya sedap.Pengaruh nafsu akan memilih dan jika ingin berbuka selepas sahur kepala dah pusing mencari apakah makanan waktu berbuka nanti.Cubalah beristighfar.

Masa zaman kanak-kanak saya hanya mengenali sejenis kurma.Dari cina. Dijual dalam balang, keras dan berkilat.Boleh beli 20 ke 30 sen sahaja.Tapi sekarang masyaAllah.Kurma cina,kurma amerika, bertangkai, rutob.black rubies,mariami piaram,mariami jumbo,kurma muda,mushkat,ajwa dan berbagai lagi.Masa kurma sejenis pun ustaz nasihatkan jangan ikut nafsu, bayangkan masa kurma banyak jenis ini.

sahabat , kalau kita dapat membezakan pengaruh syaitan dan nafsu insyaAllah kita dapat mengawal dan mendidiknya.Renungkanlah.

Wednesday, September 3, 2008

Tazkirah ramadhan 2 : kurma vs limau mandarin

Alhamdulillah kita dapat sempurnakan puasa hingga hari ini. Semalam ada program berbuka puasa di tempat saya. Saya sempat sedekahkan kurma .Semasa balik ke rumah saya terfikir, mengapa jauh sekali budaya memberi ketika ramadhan dengan budaya memberi ketika raya cina.

Kawan saya cina memberi limau mandarin berkotak-kotak semasa rayanya. Ah meng toke hardware punggah dan hantar selori limau mandari.Ada juga yang memberi hamper bernilai ribuan ringgit. Hebat. Ketika ini melayu Islam pun memberi limau mandarin dan hamper. Tapi budaya ini belum subur dikalangan melayu di bulan ramadhan.Tak ramai yang bersedekah. Toke kurma tak sibuk menghantar sedekah.

Sedekah itu sunat.Ketika ramadhan pahala digandakan.Tak banyak sedikit pun cukup.Jangan sampai balik kampung bawa anak bini tapi makan mak tanggung,Belajarlah balik bawa buah tangan.Kurma,beras,susu,gula dan lain-lain.

Mudah mudahan kita mendapat petunjuk di bulan ini.Renungkanlah.

Tuesday, September 2, 2008

Tazkirah ramadhan 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah kita telah berjaya ditemukan semula dengan Ramadhan yang teah lama menghilangkan diri.

Semasa masih mampu menunaikan puasa , berpuasalah kerana ketika kita sakit mungkin kita tak mampu lagi berpuasa.Walau digagahi kita tak mampu. Mungkin kita ingin nyawa dicabut ketika kita sedang beribadah , tetapi kerana kita sakit kita tidak mamu beribadah.Ada yang bersungguh-sungguh berpuasa ketika sakit.Teruskanlah ,walau Islam membenarkan berbuka.

Siang dan malam diisi dengan ibadah dan berusaha menjauhi diri dari maksiat , dari sekecil-kecil dosa hingga sebesar-besar dosa,Dari Sebesar amal hingga sekecil amal dikumpul.

Dalam masa seminit kita boleh berzikir la ilaha illallah sebanyak 60 kali ,jika terlalu panjang boleh menyebut Allah sebanyak 100 kali.bayangkan dalam sehari semalam , jika masa itu diisi dengan sebaiknya pahala berlipat ganda.

Mohonlah apa sahaja dari Allah,mintalah darinya.Munajatlah.Bangunlah.Kita takkan dikecewakan .

Beramal dengan ikhlas di bulan ini , berpuasa , isi masa, renungkan diri InsyaAllah kita akan nampak kemanisan iman dan amal dan kita akan berusaha mendapatkannya dan mengekalkannya.

Maaf Zahir Batin . Selamat berpuasa.