Friday, October 31, 2008

Semoga mabrur

Jemaah haji telah mula berangkat,meninggalkan tanh air dan keluarga.Semua dalam keadaan riang dan gembira.bersedia.Syahdu rasanya melihat mereka berlumba-lumba mengerjakan ibadah.

Ibadah haji ini berbayar,susah,kena kursus yang berkala , kena tidur dalam khemah , kena tidur tengah malam,kena kutip batu,kena berlari-lari,kena cukur kepala,tak boleh pakai bau-bauan,tak boleh cabut pokok,tak boleh berburu dan banyak lagi pantang dalam ihram.Manusia masih berpusu-pusu hendak ke sana.

Ada rambut dan ada misai tak boleh potong walau pun ada pada kita,tapi bukan kita punya,Bawa isteri,tapi tak boleh bersama ,walau kita punya istei tapi dia milik Allah.kita tak boleh buat sesuka hati.

Seronoknya,beribadat dengan ramai orang,Tak boleh bengis,tak boleh marah-marah,kena bersabar da redho selalu dengan apa sahaj peristiwa atau perkara,jagalah waktu dengan sebaiknya,jaga ergaulan,jaga amalan,jaga niat,buat dengan sempurna.

Banyakkanlah doa,bukan sahaja untuk diri dan keluarga tapi berdoalah untuk umat Islam seluruhnya,ingati mereka.Jangan kedekut dengan doa,kadangkala kalau kita minta untuk diri sendiri susah dapat , mintalah untuk ramai,kenangkanlah hidup selepas mati tanpa meninggalkan kebahagian semasa hidup.

Untuk semua jemaah haji,semoga mendapat haji yang mabrur.Betulkan niat hanya kerana Allah dan letakkan pergantungan hanya kepada Allah.Semoga semua urusan berjalan lancar.jaga kesihatan,tapi kalau sakit jangan mengeluh.redho saja.Selamat berangkat.Doakan kami.

Wednesday, October 29, 2008

murahnya rezeki bapak pengantin

Aku sempat menghadiri 2 majlis perkahwinan anak kawan aku.Kawan 1 dengan kaca mata hitam meronda kehulu ke hilir dengan poket yang dah melimpah,2 di seluar dan 2 dibaju melayunya.
kawan 2.lagi hebat .dengan beg plastik ditangannya yang dah penuh,masih lagi menerima tetamu dan masih lagi menerima huluran berisi.Yang datang pulak dato dan datin.kereta pulak banyak yang pakai mercedez , kereta sport pun ada.
Yang no satu aku kira-kira RM10.00 X 1000 dapat collection 10 000 ringgit. Kawan 2 sekurang-kurangnya dapat RM 50.00 X 2000 dapat 100,000 ringgit.Mak ai banyaknya.Modal makan RM 12 X 2000 .24 ribu aje.Tolak duit khemah , duit kompang , duit DJ ada untung 50 ribu.Puh.Untung tu. Pening masa nak adakan majlis aje,lepas tu untung.Kalau anak dia kaya , semua belanja anaknya yang keluarkan , dia dapat bersih RM 100,000.00.puh boleh pergi honey moon,lepas tu renovate rumah.Murahnya rezeki.

Monday, October 27, 2008

Atas maksud politik

Kalau kau orang sokong parti aku , aku akan perjuangkan nasib kau walau aku kabur dengan perjuangan kau.

Ghafar marah Islam Hadhari, aku pun marah maka aku sokong kau , aku takbir.
Mahathir marah Pak Lah dan bongkar keburukan BN. Aku sokong kau Takbir. Mahathir masuk UMNO dan tak sokong Anwar.Aku marah Mahathir.
Gerakan nak joint keadilan aku sokong.aku Takbir.SAPP keluar BN,aku sokong.
kalau mereka sokong aku,dosa mereka dihapuskan.Dosa dunia akhirat.Cukup sekadar sokong

Hindraf sokong aku,aku sokong hindraf walau aku kabur perjuangan mereka.Walau apa dasar mereka , persetankan,janji sokong aku.aku nak Takbir.

Selagi aku tak menang ,aku akan gunakan semua orang.Dan selepas aku menang aku juga akan gunakan semua orang untuk kekalkan kemenangan.

Dasar apa.Dasar nak menang.
Dasar apa.Dasar nak kuasa,nak pangkat,nak duit
Nak jadi datuk seri

Nak tanya sikit pada pimpinan.dengan perjuangan sebegitu apa manfaat yang Islam dapat. Adakah ia menghalang murtad.Adakah ia menjamin akhlak umat Islam terkawal.Adakah nanti penganut dan pejuang hindu akan masuk Islam sebab melihat PAS membantu mereka.

aku tak kisah janji sokong aku sampai menang,Hancusssssss

Najib akan teruskan hubungan baik dengan Pak Lah

Kita faham sangat tu.Itu tandanya tak lama memerintah.Nanti mereka akan sama-sama berjuang dalam UMNO tapi di luar kerajaan.Mereka sama-sama jadi pembangkang.Masa itu hubungan mereka memang baik.alahai mengira nasib.Mahathir pun akan bersama.InsyaAllah nanti kita akan sama-sama mendengar gelaran Bekas Perdana Menteri untuk tiga orang.kalau ada majlis UMNO , pengerusi akan sebut dipersilakan Bekas perdana Menteri,Tun Dr Mahathir,dipersilakan Bekas Perdana Menteri Pak Lah dan Bekas Perdana Menteri Najib. Hahahaha UMNO dapat 3 orang perdana Menteri.

2 tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
1,2,3 perdana menteri boleh kucari
sebab dia orang ada kat belakang kau orang

Teruskan perjuangan macam DO Re Mi. Jual ubat temberang ,orang dah tahu rahsianya lari lintang pukang.Kalau ada rezeki nanti boleh jadi laksamana Do Re Mi.Sorang dapat tikar terbang,sorang dapat bansi dan sorang dapat teropong.Selamatkan puteri yang dilarikan ke Lombok.Macam yang UMNO buat.Kah-kah-kah

Thursday, October 23, 2008

UMNO oh UMNO

kosong.

Aku tabik kat Zul Nordin

Allahu Akbar.
Aku tabik dan bangga dengan YB Zulkifli Nordin .Dengan ucapan dan pendirian peribadi beliau tentang ketuanan Islam.Ucapan sebegini aku tunggu-tunggu keluar dari mulut Hj Hadi atau Nasaruddin atau Mahfuz.tetapi itu hanya anganku.Tetapi hari ini anganku menjadi realiti apabila Zul berani menyebut Islam berani diperkotak-katikan dan dia sanggup jadi pembela.
Dulu aku ikuti ceramah beliau sebab dia memperjuangkan isu murtad.Lepas tu dia sibuk dengan ceramah tentang kesengsaraan Anwar.Masa ini aku jauhkan diri dari beliau.Sekarang Zul sudah mulakan episod perjuangan.Teruskan Zul .Jangan berhenti sekerat jalan.

Jangan masuk UMNO dan berhujjah mengatakan nak perjuangkan Islam melalui UMNO.Aku ludah kau nanti.kalau kau stay dalam PR atau aktif semula dalam PAS Alhamdulillah.Tapi elok juga jangan masuk PAS sebab kau nanti tak boleh berjuang macam tu.Aku sekarang pun susah nak sebut Islam sesama orang PAS.Entah kenapa jadi sensitif sangat.Hujjah sekarang hujah politik.hujah agama tak diterima.

Aku mendoakan agar YB Zul meneruskan perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.Takbir

Tuesday, October 21, 2008

apo kono eh jang

Bilo den donga lagu apo kono eh jang , eden nak togolak sobab orang politik yang gilo jawatan pon macam ujang gilo milah.hahahaha.Tak dapek juo jumpo dukun lah.Dukun Tok gagap


batu kikir jombatan bosi
gulai udang sebelango
cubo abang pikir dalam hati
ese bejuang dah lamo

seri menanti airnyo doreh
daun pandan lintang pukang
camno hati den ni mak oi tak comeh
eden merancang orang lain pulak meminang

ko jolobak ko jolobu
tuai padi tigo tangkai
ko tak dapek jawatan tu
tak merano badan merasai

ingat sihat sebelum sakit

sehingga sekarang saya telah menjalani dialisis sebanyak 120 kali. Setiap kali kena bayar RM 146.00 selepas diskaun 20%.Setiap kali dialisis disuntik dengan ubat recorrmon untuk menambah hemoglobin dengan harga RM 60.00 tidak termasuk vitamin,kalsium dan iron. Seminggu belanja panjang umur adalah RM600.00 sebulan RM 2,400.00 Maknanya dah habis lebih RM 24,000.00. Banyak tu. Tidak termasuk belanja duduk dalam ICU dan lain-lain lagi.

Masa ada duit dan sihat eloklah di peruntukan sebulan RM 500.00 iaitu RM 300 untuk makanan kesihatan dan RM 200 untuk takaful sihat atau rawat.lagi lebih lagi bagus.Masa sihat eloklah beringat.dah kena nanti susah beb.

betullah peringatan dari Ar Rasul.Ingat lima sebelum datang lima.

lu pikirlah sendiri

Thursday, October 16, 2008

koridor di koridor je

Kalau dah koridor di koridorlah .Macam bunga melor.

Dihujung sana tempatmu
Bunga Melpr
Bukan di taman yang Indah
Bunga Melor
hanya disudut halaman

Mana projek?Pasir pun tak nampak.Kata YB Kalabakan.

Pak Lah kata,kita akan buat projek yang berdaya maju saja.Maknanya Ada projek yang tak berdaya maju.Macam mana masa umumkan kata semua projek berdaya maju,sekarang tak berdaya maju pulak.Aduyai.Mau jadi raja lawak ka?

Agaknya projek keselamatan lebih penting.Nak beli kapal selam lagi,nak beli helikopter,nak beli peluru berpandu,nak lancarkan satelit,nak hantar angkasawan.

Walau apa pun,pak cik-pak cik kedai kopi dan peneroka felda lebih faham.Kata mereka takkan jadi projek tu,sedap sebut je.Duit tak de.

ISA macam dadah juga

ISA tu tak salah.Yang salah ialah penyalahgunaan ISA.Penyalahguna dadah dipanggil penagih dadah,maka penyalahguna ISA adalah penagih ISA.Sikit sikit ISA,pening sikit ISA,batuk ISA,masalah rumahtangga ISA, semua ISA.Penagih lah katakan.

Dadah tu asalnya ubat.Buat ubat.Tapi salah guna.Yang dah makan dadah naik syok la.lalok beb.Stim.Semua best.Orang lain semua salah.Bila lalok,kita yang betul dia katakan sesat.

Penagih ISA pun macam tu.Orang lain salah je.

Saman je TV3 tu

YB Yaakob nak saman TV3.Bagus.

Semalam dia siarkan berita seolah-olah kerajaan Selangor bersalah kalau beri hak milik ke atas peneroka haram. Hari ini bila kerajaan Selangor tak beri hak milik dia keluarkan sebagai bersalah juga dan jadi pembela peneroka haram.Hampeh betul.

TV3 siarkan pulak percakapan peneroka haram dengan YB.Yang tak patutnya ,kalau betul kata YB itu rakaman percakapan beliau seminggu sebelum ini ,tetapi TV3 buat seolah-olah live.Memang tak guna.Saman je.30-40 juta.Ataupun ISAkan mereka sebab memporak perandakan masyarakat yang harmoni.Saman ikut Akta Fitnah.

Dalam masa yang sama ada juga laporan penerokaan haram di Bukit Tinggi dan Janda Baik.Nadanya berbeza pula.Hampeh.

YB Anwar tak de ke kawan orang kaya di luar negara yang sanggup beli saham TV3.Beli je.Macam drama Melayu,beli dari luar negeri,lepas tu kita perambat semua.ganti orang lain.

Wednesday, October 15, 2008

Nak sangkut kat mana speaker tu

Alahai UMNO lancarkan tabung azan, sebab nak lawan teressa, bukan sebab nak kembangkan Islam.

Jang,kau orang banyak duit apa nak mintak derma.Kalaulah dapat banyak nak buat apa ?Nak beli speaker semua masjid dan surau dah ada speaker.Surau felda pun ada takkan kat cheras tak de pulak?

Dah beli nak sangkut kat mana? Kau orang bukan saja tak nak dengar azan, tapi robohkan surau dan masjid.dahsyat tu.Patut kena ISA semua kau orang.Nak jadi pejuang azan konon.

Kat Taman Tasik , Seremban ada surat dari orang kau , suruh perlahankan azan,sebab menganggu anak kecil dia nak tidur.ISA kan dia.

Inilah akibat Islam Hadhari yang kau pejuangkan.menyesatkan.merobohkan.dan salah penilaian.

Taubatlah jang,sebelum terlambat.

Monday, October 13, 2008

Hai senangnya dalam hati.....

Ikut rentak lagu Madu 3 P Ramle

hai
senangnya dalam hati
kalau berparti dua
seperti dunia
ana yang punya

kepada parti 1
ana sayang padamu
kepada parti 2
i say i love you

parti 1 merajuk
ana pergi ke parti 2
kalau dua-dua merajuk
ana tambah parti 3

mesti pandai pembohong
mesti pandai temberang
tetapi jangan sampai
hai pecah tembelang.

"kami semua sayang kekanda.maka kita buat giliran.Hari ini kanda kat parti 1.Buatlah janji-janji palsu.Katakan parti ini terbaik sebab ada semua kaum.Esok kat parti 2 katakan kau lah parti yang paling demokrasi . lepas tu parti 3. Katakan kaulah pejuang agama Seterusnya ikut giliran.Kami sayang kanda.Walau kami kena tipu.Ikutlah giliiran sampai kanda mampus."

Itu petikan cerita madu 3.Tak de kena mengena dengan yang mati kecuali dengan yang hidup.kah-kah-kah.

Ubat hati

  • Aku selalu tidak dapat apa yang aku suka,maka aku memurnikan hati menyukai apa yang aku dapat
  • Apabila aku bahagia , aku rasakan umurku semakin panjang, maka takkan ku lepaskan bahagia ini.

Taksubnya


kalaulah dah suka , semua betul.taksubnya,Isu replika anwar membuatkan aku tertinggi suara dengan beberapa pak aji di kedai kopi petang tadi.Dia orang PAS.Banyak derma kat PAS tapi pencinta Anwar.Dia kata



  • itu gambar aje bukan patung

  • nik aziz tak cakap apa pun

  • hj hadi pun senyap


  • kalau tak boleh , poster pilihanraya pun tak boleh lah

  • banyak lagi salah laku umno

  • kita bukan nak sembah dia

Entahlah.nampak gayanya orang PAS pun dah mulai sesat. Kayu ukur bukan lagi pada agama.Saya suka baca fatwa Ust Nasaruddin Tantawi,Harakah tak siarkan sebab apa aku pun tak paham. Ust nasarudin suruh turunkan sebab makruh mengikut mazhab maliki dan haram mengikut mazhab yang lain.


Dewan ulama perlu keluarkan fatwa, dan fatwa ini janganlah fatwa menjaga hati,biarlah fatwa yang bersumber kepada hujjah fekah yang benar. Bukan hujjah politik.


Kalaulah ianya tak bermakna mengapa perlu dirasmikan,menurut s manikavasagam , replika ini yang menjadi impian dan satu malaysia akan melihatnya.


kalau orang lain buat jahat kita pun boleh buat jahat juga ke?Kita cerita Anwar dan Pakatan Rakyat yang kita sayangi mengapa pula menunding jari pada gambar ali rustam di Melaka.


Pemuda PAS Selangor kena sedar sikit, jangan main sokong saja.Cerita bantah Mas Idayu tak Kemana, janganlah nak fatwakan patung ini pulak.Janganlah menambah kesesatan di Selangor.


Kalau duit sumbangan orang ramai diguna untukbuat patung , aku nak kempen supaya jangan beri sumbangan pada awak-awak dan awak.membazir.RM 5,000 bagi anak yatim atau ibu tunggal lagi bagus.


Patung tu setinggi 12 meter.Agaknya kalau Anwar PM , setiap negeri ada patung.Satu Malaya baru belanja RM 60.000 apa ada hal.Hancus


Bang , negara ni dahlah miskin ekonomi,miskin akhlak , tambah lagi miskin iman.

Sunday, October 12, 2008

Atuk kau, shah rukh khan

Atuk kau! shah rukh khan.
Apake bangang sangat bagi gelaran datuk kat mamat bombay tu.Bini dia suruh bagi ke?Famili dia minat sangat kat SRK ke?

Jasanya pada Malaysia tak de. Jasa pada Melayu, tak de apatah lagi bangsa lain.Ramai umat warganegara Malaysia yang boleh di beri gelaran, malah ramai pejuang tak didendang malah dipinggirkan di tanah lahir sendiri.

Aku setuju kalau dia bagi kat osama ke,yusof Islam ke ,aidh al qarni ,yusof qardhawi atau sheikh al azhar. ok lah juga. tapi ni mamat bombay


lantaklah kau.

Kertas am 1

Pilih jawapan yang tepat bagi menggelarkan seseorang yang memimpin dengan hentam kromo,terbabas,tertidur,dan tak disukai ramai.

  • bapak demokrasi
  • bapak demo kasi
  • bapak demo crazy
  • haprak demo lagi
  • bapak, dia mau lagi
  • semua betul kecuali yang teratas

Di negeri Sembilan ada satu perkataan yang diucapkan bila marah, bila tulis macam tak de apa-apa, tapi bila disebut dengan intonasi yang tinggi atau rendah pendengar boleh meletup dada.perkataan itu ialah

  • ayah kau!
  • abah kau!
  • mak kau!
  • atuk kau!

Tanpa perlu ditambah dengan "kepala" di awalannya.Kalau tambah perkataan kepala.kita akan terkenangkan Allahyarham Ustaz Fadhil.Beliau selalu lafazkan " kepala bapak dia" bila marah.

Friday, October 10, 2008

petua betul

Betulkan yang biasa ,
biasakan yang betul

buat yang betul dengan salah . salah
buat yang salah dengan betul pun salah

betulkan yang salah, itu betul
salahkan yang betul , itu tak betul

buat yang betul , betul-betul
jangan betul-betul buat tak betul

lantaklah.......

Bukan miskin,,,,

Kat sini susah nak makan. bukan sebab miskin tapi sebab....

  • Kedai melayu banyak tutup samada gerai atau restoran. Yang ada kedai mamak.Hari-hari kari dengan dhal. Terkincit-kincit dibuatnya. Habis lencun seluar.
  • Duit tukar tak de. Duit kecik dah habis , sedekahkan masa raya. Pagi tadi nak makan tak berani sorang-sorang sebab aku pernah beli nasi lemak , pukul 7 pagi dekat mak cik warong tepi jalan. Kos seringgit je tapi pecah duit seratus.Aduyai. Pagi tadi macam tu jugak. Terpaksa cari kawan. Nak bayarkan dia punya. Dia dah bayar pulak. Nasib.
  • Tak sodap. Masak lomak tak de cili. Yang bercili "podeh bona" pulak.Nasi lemak tak de santan.Air teh macam air basuh pinggan.
  • Jauh. Kena naik kereta . Lalu traffic light.berpusing-pusing baru dapat.
  • Parking susah terutama tengahari.jalan kaki jauh pulak.
  • Nak masak tak berbaloi.

Tapi sebona eh ( sebenarnya) , den tak buleh makan dan minum banyak. Tu yang cari alasan .Biar susah sikit.Bilo sakit baru den paham, ado penyakit lagi banyak makan lagi sakit,lagi banyak minum lagi sakit.Dulu masa sakit tak makan orang marah, dia orang kata , makanlah, biar bertenaga, alamak,sekarang... sudah tukarlah tu.

Syukur dan redha je.

Wednesday, October 8, 2008

taja buku aku


Aku nak buat projek penajaan buku ke sekolah-sekolah di negeri Sembilan. Ni kira pilot project la. Buku yang aku pilih adalah buku yang aku karang sendiri. Tajuknya " Jangan Kecewa " Harganya RM 12.00 sahaja dan diterbitkan oleh Karisma Publications Sdn Bhd.


Kalau ada sesiapa berhajat nak bersedekah jariah, bolehlah hubungi aku, pada talian, 019-3700 698 atau e-mel aku malimalwi@gmail .com.


Sesiapa sahaja boleh bank in duit atas nama PRIMA FOKUS MANAGEMENT no akaun CIMB 05060023308055.


Aku rasa buku aku ni sesuai untuk remaja. Orang dewasa pun ok juga.Mengamdungi motivasi yang real melalui pengalaman aku sendiri.


Novel akan menyusul kemudian .

Aku nak pecahkan tugu

Aku menyampah nak tengok orang tafakur kat tugu negara , walaupun ianya mewakili pejuang yang terkorban inikan pulak replika Anwar.

Masalahnya , kenapa buat tugu.Perbuatan lama dah tak terkawal , mengapa buat yang baru.Mangapa buat tugu , kalau untuk suka-suka, atau nak tendang terajang, atau nak kencingkan, atau nak pandang. Adakah untuk di kenang, dihormati,dipuji atau disembah.

Kalau tak mau buat apa-apa upacara , kenapa dibina tugu?Kalau PM atau bekas PM buat mesti dilihat salah. Kalau geng Anwar boleh, pula.

Saya beraya dirumah YB PKR. Isu replika dibangkitkan oleh isteri YB,Saya katakan Anwar akan naik macam Saddam,memerintah macam Saddam dan jatuh macam Saddam.

Setakat hormat dah lah, jangan lebih-lebih.

Dulu aku menyampah nak tengok Arqam sebab dia lebih-lebihkan Ashari Mohammad. Semua dia buat seolah betul belaka.Bagi aku dia dah tak betul dan patut nasihatkan orangnya. Tapi dia seronok pula. Restoran , gambar ashari, Van ashari, pajero ashari,badge ashari,kat rumah ashari, surau ashari, thailand,indonesia malah amerika pun ashari. Tak caya tanya Ann wan seng. Anwar sekarang macam gitulah , dengan tangan melambai tinggi dan mata lebamnya, dijaja ke mana sahaja. pada van, pada pajero, t shirt, topi malah tandatangannya juga menjadi kegilaan anak muda dan di lekatkan pada kereta sebagai penghias impak maksima

Wajah tok guru pun dah mula dilakukan sebegitu. Jaga-jaga tok , nasihatkan mereka,Jangan lebih-lebih. Bukankan Thoghut tu maknanya lebih=lebih atau melampaui batas.


UMNO dengan kesesatannya dan PKR dengan kesesatannya. Zoluman jahula. Zalim dan Jahil. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan bangang.

Allahu akbar. Allahu akbar.Allahu akbar. Walillahilhamd

Tuesday, October 7, 2008

Untuk mak mertua yang tak suka menantu

Indak dapek musim maniang
musim manampi den tampi juo
indak dapek takalo bujang
baranak ampek den nanti juo

( tak dapat musim mengangin
musim menampi ku tampi juga
tak dapat semasa bujang
beranak empat ku nanti juga)

Pantun minang , memang banyak.itu pantun orang berkasih, kekasih kahwin lain.

kalaulah pantun itu untuk ibu-ibu yang anaknya lari dari rumah, kerana berkahwin dengan pemuda bukan pilihannya. Cukuplah sehingga anaknya melahirkan empat anak.Hentikanlah marah.kalau setahun satu maknanya 4 tahun.

Masa bercinta bagai nak rak, tak dimarah.kahwin lari dimarah pulak Masa anak dara balik bawak anak jantan, didiamkan saja,kawin lari marah pulak.Mak cik .. dia orang dah kawin.

pipiik jo bondo lah mo mu bung
tabang jo anak tiung lampai
sakit dah lamo ambo tanggung
tagah dek ajal alun sampai

Pulanglah,mereka merinduimu,selagi mereka masih hidup.Bukan penyakit yang ditanggung, tapi usia yang memberatkan kehidupan mereka.Biarkan mereka menemui kekasih mereka dengan tenang.

Aku respek nik aziz dan mat sabu

ISA memang hampeh.Tapi kalau kita tak setuju pun biarlah ada caranya.

Anak Nik Aziz kena ISA. Dia pun tak setuju. Dia mohon keluar. Tak bagi keluar , dia berdoa.Yang penting anaknya sejahtera dan di tahan bukan sebab jahat.

Mat sabu sendiri pun pernah kena ISA.Dia pun menyampah dengan ISA. Tapi berjuang ikut landasan jugak.

Kalaulah kita semua tak suka ISA , marilah sama-sama berjuang.Jangan sendiri-sendiri.Lagi satu.Malaysia ini nama asalnya tanah melayu,adatnya melayu,agama islam.Kalau diganggu majlis melayu,apatahlagi masa perayaan, itu sensitif beb.Kalau kita betul pun orang tak sokong. Susah.Kalau pencuri pun merancang dengan baik, pejuang pun kenalah rancang, jangan semberono.

Ramai orang tukar agama , tapi bangsa tetap sama.Melayu tak boleh jadi cina atau india.Allah jadikan bangsa lain-lain, bahasa lain-lain, untuk berkenalan dan melihat kebesaran Allah.bagaimana Allah yang mencipta lidah dan mencipta bahasa untuk berlainan bangsa.Malah orang asli di amazonpun ada bahasanya sendiri.

Setiap bangsa juga ada sensitiviti masing-masing.makanya pak...

jagalah hati
jagalah hati
jangan kau kotori
jagalah hati
lantera hidup ini
Terima kasih. makasih,Bahaot-bahoat sukria,rumbe thanks,sie' sie',thank you

Ada rezeki wi

Negeri Sembilan ada "Mantai" iaitu sehari sebelum raya. Masa ni semua berkumpul , samada rumah mak bapak sendiri atau rumah mertua. Inilah masanya makan beramai. Aidil fitri baru-baru ini mak aku sembelih 10 ekor ayam. buat lemang 30 batang, ayam tu buat rendang 2 jenis..1 rendang dengan maman ( sejenis sayuran macam bayam , kalau tak pandai masak rasa pahit, kalau pandai... pergh, tak leh nak cakap) , satu lagi rendang dengan kerisik,

1 Syawal masak gulai telur itik pulak untuk makan 30 orang lagi.Goreng petai dengan cili api.Pergh......terangkat bang. Lepas tu abang aku beli lagi ayam dua ekor untuk digulai.

Raya ke tiga mak aku telefon kata saudara mara dari kampung datang 5 biji kereta.Maknanya hampir 30 orang juga tu,mak aku gulai lagi 3 ekor ayam.

aku kira-kira beras mau sepuluh kilo habis, tak termasuk nasi himpit dengan ketupat.Banyaknya duit mak aku habis.
Aku buat kenduri kat seremban pun gulai 10 ekor ayam, rasa macam dah banyak dah keluar belanja,Tapi €mak aku, lagi banyak. Nak puasa , kenduri.nak raya ,kenduri,teringat arwah laki dia(bapak aku,) dia kenduri,Huuuu tak terikut aku,patutlah rezeki orang tua tak putus-putus.

Mak aku selalu gunakan istilah "Rezeki seramai" maknanya rezeki orang ramai.

Aku pulak kenalah paham , balik tu salam cium tangan bubuhlah sikit dalam genggam, bukan apa takut orang nampak, sebab banyak, nanti dia orang mintak duit mak aku, hahaha..