Sunday, June 15, 2008

PESAN PAK ANDAK.lu pikirlah sendiri

Amalan bersedekah pun boleh jadi wajib , sunat,harus,makruh dan mungkin haram.Boleh ndapat pahala dan boleh dapat dosa.Juga boleh tak dapat apa-apa.

Macammana dengan yang mintak sedekah.Tak tertakluk dengan hukum tu ke?Atau dia gerenti dapat pahala.?

Masa makan capati dan tose dan minum air halia o ais bersama isteri tercinta aku tadi, aku didatangi seorang budak bersongkok." Cik nak beli kalender tahun depan?" saya dari rumah anak yatim.Saya kata tak pelah dik.

Masa itu memang malu. Kalaulah kawan -kawan atau anak murid nampak segan tu. Pak Andak kedekut.

Malam sebelumnya , saya didatangi oleh 4 orang kanak -kanak rakyat Myanmar.Mereka adik beradik.Duduk Taman Jujur Seremban.Adik beradik 10 orang.Semua tak bersekolah sebab tiada pengenalan diri. Saya dengan rela hati menyelok poket menghulurkan derma untuk mereka ( Masa ini tak de orang pulak).

Untuk adik yang bawak kalender tadi saya congak income ustaz dia macam ni.
100 orang pelajar keluar menjual kalender dengan harga RM 10 sekeping ( memang sekeping ) dari pagi hingga petang jika boleh laku 5 keping seorang ( paling sikit ni ), darab dengan 100 dapat 500 darab dengan RM 10 dapat RM 5000 darab pulak dengan 30 hari.Berapa ? RM150,000 sebulan . Dia dah mula jual mulai bulan Jun .Kalau sehingga Disember mau incomenya sejuta.

Tak termasuk orang yang bagi sedekah seringgit dua sebab kesian kat budak tu.

Pengurus sekolah tu lagi kaya daripada aku.Oleh kerana mulai tak ikhlas aku tak jadi nak sedekah..

Semasa menghadiri jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dua tahun lepas di beberapa kolej dan hotel di Seremban saya lihat ramai sungguh orang yang menderma. Oleh kerana asrama anak yatim di Negeri Sembilan kurang maka orang yang sama dapat habuan. Rezeki mereka dan penderma dengan rela menderma. Tapi aku tak puas hati handphone mereka lebih mahal dari aku , bergambar sakan dengan handphone dan kamera digital , aku punya setakat cakap dengan sms aje...

alahai murahnya rezeki kau orang.

Lu pikirlah sendiri/

Tuesday, June 10, 2008

EZAM JANGANLAH BUAT BEGINI ..KESIANLAH KAT KAK WAN

Aku dengar Ezam dah berperang besar dengan Anwar.Ezam nak dedahkan keburukan anwar.

Janganlah Ezam, orang tu baru keluar penjara, baru elok lebam,baru pulih tulang belakang, baru nak buktikan kehebatan kau nak buat macam ni pulak.Janganlah kesian kak wan.

Kau nak dedahkan perangai Pak Sheikh tu. Jangan Ezam... Ada hadis menyebut " seburuk-buruk kawan ialah kawan yang membuka rahsia kawannya". Takkan kau nak jadi kawan yang buruk. Pak Sheikh tu kawan kau , bos kau malah naqib kau,takkan kau nak burukkan dia.

Janganlah halang Pak Sheikh tu masuk UMNO , Janganlah halang Pak Sheikh tu nak jadi PM. Nanti kau pun senang.Tak elok menghalang laluan orang.

Entah apa skandal nak kau dedahkan dengan Nalla kali ni.Jangan buat Ezam.Jangan fitnah, tak baik jang , bodoso.kalau cerita betul.....suka hatikaulah.

Saturday, June 7, 2008

Minyak naik lagi...kahkahkah

Harga minyak diumumkan naik lagi lebih kurang 40% tu. lepas ni naik pulak harga elektrik 18% untuk org awam dan 26% utk komersil. Harga barang jangan naik.Warning menteri.

Nelayan ke laut pakai minyak. sehari guna 4000 liter.kalau naik 40 sen maknanya kos bertambah 1600.Harga ikan jangan naik.Warning menteri.

Kenderaan awam guna minyak. Kos bertambah juga 40% tapi tambang jangan naik. Warning Menteri.

Gilo apo?

Tapi den agak dio orang sajo naikkan harga minyak. Biar nampak teruk, biar senang Anwar ambik alih kuasa. Bla dia jadi PM dia akan turunkan harga . Kalau dia turunkan 10% pun orang dah respek habis kat dia.Macam hero tamil dalam cerita tamil.

Monday, June 2, 2008

Ramalan tanpa alasan









  1. Anwar masuk UMNO



  2. Najib keluar UMNO



  3. PKR joint BN



  4. 30 ADUN PKR joint PAS



  5. Pak Lah serah kuasa pada Anwar



  6. Orang PAS poning kopalo

Sunday, June 1, 2008

Entahlah Ustaz

Minggu lalu ada berita. Dalam akhbar ada , dalam tv pun ada. Berita ADUN Kelantan ceraikan bini no 2nya.
Kawan saya kata orang UMNO saja besarkan cerita. Kawin cerai biasalah.Ada pulak kawan saya kata " Janda PAS untuk orang PAs saja" ada pulak kata "bertuah ustaz tu kawin masa perempuan tu 18 tahun"

Saya pun tak kisah sangat, tapi tengok bininya , nampak jambul.apa cerita ni pak ustaz. Bini Imam hadhari nampak jambul heboh kena kutuk dek kekawan ustaz.ustaz pulak kawan tok guru , bini macam tu, apa cerita?

Macammana Ustaz ceramah pilih pemimpin biar betul, ustaz pilih bini pun tak kena? Ustaz mungkin ada hujjah tapi eantahlah ustaz.

Saya pun tak paham , rasanya lebih 10 ADUN Kelantan bebini lebih dari satu.Kawinlah untuk release tension , jaga elok-elok dan pilih elok -elok jangan nanti jadi fitnah. Masalahnya orang sebut orang PAS punya bini.Kalau dia orang kata bini ustaz tak pe juga, kalau sebut bini orang PAS saya pun kena bela diri.

ADUN Kelantan pun makin kaya nampaknya, ambik komisen tak pe , jangan ambik rasuah dahlah. Tapi kalau banyak sangat bahaya juga , sebab kekawan lain marah kat Najib sebab ambik komisen. Kesian Najib kena bela diri.Ustaz ambik mungkin ada hujjah yang bernas maka tak salah dan tak haram, orang UMNO ambik salah sebab tak de hujjah yang syarie.

ADUN Kelantan dan ADUN-ADUN PAS kat negeri-negeri yang menang eloklah ikut usrah semula. Jangan jadi Naqib, jadilah Mad'u.

Ayam Belanda

kluk kluk kluk
kluk kluk kluk

Sekali kena sergah sekali dia marah
Yang menyergah guna bahasa ayam
Ayam belanda paham pulak tu
kluk kluk kluk
kluk kluk kluk
Macam bengis
Nak melawan
Marah beria- ia

Yang menyergah seronok
kluk kluk kluk
kluk kluk kluk
Berlawan-lawan
Cakap bahasa ayam belanda
Ayam belanda dengan tuan ayam belanda
oklah
dua-dua boleh untung
ayam belanda boleh dapat dedak
sebab pandai bodek
layan cakap
tuan ayam oklah
boleh jual ayam
dapat duit

yang si itik dengan ayam nak nyibuk apasal
walaupun awak tu putih bersih
tapi mandi air longkang
ada telur sendiri pun tak pandai jaga

ayam
yang jantan mengacau orang nak tidur
yang betina memekak bila dah kena...
abih camno

ayam belanda
muka berkerut pun pandai layan
marahnya menjadi kesukaan
suaranya
menjadi igauan
kluk kluk kluk
kluk kluk kluk

ahli umnolah tu