Friday, January 30, 2009

Fatwa terkini

Mursyidul Am UMNO mengeluarkan fatwa .Untuk mengelakkan politik wang berleluasa , sayap UMNO yang terdiri dari Puteri dan Putera serta Wsnita perlu dibubarkan.Maknanya UMNO perlu dibubarkanlah, ngok.

Tuesday, January 27, 2009

Bila nak kuatkuasakan undang-undang

Bila kes Herald Catholic nak guna perkataan Allah barulah aku tahu bahawa , ada termaktub dalam Perlembagaan bahawa agama lain tidak boleh meluaskan dakyahnya kepada orang yang beragama Islam.Persoalannya , bila nak kuatkuasakan undang-undang ini?

Derma kat Rosmah

Rayuan derma Palestin oleh Rosmah Mansor.Kalau bagi lebih RM 50,000.00 Rosmah yang akan terima cek tersebut.Alahai , sedekah tersebut lebih afdal agaknya dengan Rosmah.

Kalaulah ada yang bagi RM50,000.00 sebab nak disambut oleh Rosmah memang tak berapa betul, atau saja nak ambil hati bakal PM.

Khir Toyo

Aku baru habis tengok Hujah.Ada Khir Toyo dengan Saifuddin dipengerusikan oleh Agus Yusof. Tergelak besar aku bila Khir Toyo menggariskan ciri-ciri pemimpin muda yang patut dipilih dalam UMNO.

Siddiq
Amanah
Tabligh
Fatonah

Apa nak buat , pemimpin Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak dari BN.

Akhil Hayy

Dulu aku peminat Akhil Hayy.Mana ceramah sekitar Negeri Sembilan aku pergi , termasuk melaka.Cd lagu dia ada kat aku.CD ceramah pun ada.

Sekarang kalau suara dia keluar kat Astro Oasis aku alih.Atau aku tutup terus.Dia azan ke,dia nasyid ke , dia zikir ke atau dia ceramah dalam kafe akhil hayy aku alih.Aku taklah benci atau marah , tapi entah kenapa , aku tak leh ngam dah.Maleh je nak tengok.Belumlah menyampah lagi tapi maleh.

Aku ada cadangkan PA YB Paroi panggil dia ceramah.Tapi dia menolak, dia kata "tak payahlah".Aku pun tak tahu sebab apa.

Ada kawan yang pergi memerhati pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini menjelaskan bahawa , dia tak jumpa ceramah akhil hayy tapi Yassin Brothers , Azhan Atan , dan Nazrey Johani ada.

Saudara-saudara baru di Negeri Sembilan yang terdiri dari orang cina,india,orang asli dan iban duupun minat dengan Akhil Hayy,Aku yang perkenalkan.Tapi la ni ada seorang iban tu kata, dia dah tak minat dengan Akhil Hayy.

Dia rasa mungkin dakwahnya lebih luas sekarang , tapi aku tengok bebudak yang berlakon dengan dia , tak berubah pun.Macam hampeh juga.Lebih baiklah dia dipentas PAS , ramai yang suka dan berubah.

Thursday, January 22, 2009

Serban

Dulu-dulu , masa muda , aku seelalu naik motor.Pergi usrah dan kuliah tafsir naik motor,Masa tu semangat muda, aku tak pakai helmet ,Aku pakai serban je.Seban yang popular masa tu macam ashari mohammad , lepas tu aku tukar serban putih , sebab ikut usrah abim. Bila ikut usrah PAS aku pakai serban merah putih.Masa studi kat ITM aku pakai serban warna kuning yang bercorak macam serban Yaser Arafat pakai.Masa ni kena tahan polis pun , polis lepaskan.Kalau dia marah pun aku lawan balik kata ini sunnah.

Masa perang afganistan dulu aku tinggal kat rumah Dr.Hekmatyar dengan kekawan.Masa tu aku pakai ketayap macam pejuang afganistan.Orang mudalah katakan.Seronok. Masa ini semua aku buat kerana ini perjuangan aku.

Dulu , ambil gambar untuk lesen boleh pakai serban, maka aramai kawan yang ambil gambar untuk lesen pakai serban, tujuannya supaya tak payah pakai helmet.

Masa bertugas di Kuala Lumpur , aku sering pakai serban, itupun bukan serban sebenar , tetapi kain pelikat yang dililitkan di kepala.Aku tak pernah disaman atas sebab itu. Bukan sahaja aku , kawan aku Shamar (buta ) , Rashid buta , Azmi PASAB , Zainal Yusof dan ramai lagi yang menggunakan fesyen yang sama.Di KL.Langsung tidak terlintas dalam hati pakai serban untuk keselamatan atau sunnah ketika menunggang atau membonceng.Jika pakai helmet pun , aku tidak memakainya untuk keselamatan.Secara jujurnya aku pakai kerana undang-undang , takut polis dan tak mahu kena saman.

Sama seperti talipinggang keledar , aku pakai takut kena saman , dan tak mau bunyi bising kalau tak pakai tali pinggang keledar dari alarm kereta dan alarm anak mertua aku.

Aku nak ucap tahniah untuk , kawan aku yang melawan tapi kalah.Aku muda dulu pun macam tu juga.Polis kenalah pertimbangkan, dah budak tu pakai serban hari-hari , memang patut pun dia tak pakai helmet.Kawan dia pakai serban , guru dia berserban , suasana tempat tinggal dia pun semua berserban.Kira ok lah.Lainlah macam aku masa kat KL dulu.

Sekarang aku pakai serban kat rumah je .

Kepada Khir Toyo dan GERAK

21 Januari 2009

Kepada
Khir Toyo dan Gerak

Tuan,
PER: CADANGAN MEMAKSA PENAMA BERIKUT MELETAK JAWATAN SEMENTARA UNTUK SIASATAN ATAS BERBAGAI TUDUHAN

Perkara di atas serta tindakan tuan-tuan memaksa MB Selangor melepaskan jawatan sementara adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan beberapa nama yang perlu disenaraikan dalam cadangan dan paksaan tuan supaya meletakkan jawatan sementara bagi melicinkan siasatan untuk semua kes yang melibatkan pimpinan negara.

Nama yang dicadangkan adalah:

  1. Abdullah Ahmad Badawi
  2. Najib Tun Razak
  3. Khairy Jamaludin
  4. Jamaludin Jarjis
  5. Semua pemimpin Umno Kebangsaan , Negeri , Bahagian dan Cawangan
  6. Ketua Polis Negara
  7. Peguam Negara
  8. Dan lain-lain yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat melaksanakannya.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan diucapkan terima kasih.


Sekian.Wassalam

:pecah kaca pecah gelas
sudah baca jangan balas

Monday, January 19, 2009

analisa gelap

bila pas menang maknanya umno kalah.bila umno kalah ini bererti pas menang.kenapa pas menang? sebab umno kalah.Kenapa umno kalah sebab pas menang.Aku cukup yakin , apabila umno kalah , pas mesti menang dan jika pas menang tentulah umno kalah.Kekalahan umno mengakibatkan kemenangan pada pas ini bermakna kemenangan berpihak kepada pas kerana kekelahan umno.

bila umno kalah

malam itu
17 januari 2009
umno kalah
pada pilihanraya kecil
Kuala Terengganu
malam itu
di Pulau Pangkor
macam biasa
gelap
dingin
angin menderu
cuma hati ini
berkata
kenapa mereka tak pilih
adakah kerana
agamanya
partinya
perjuangannya
ketokohannya
kelahirannya
keadilannya
pakatannya
pemimpinnya
akhlaknya
atau
jika memilih dia
seperti
memilih
peluru
yang menghancurkan
agama , bangsa dan negara

bila pas menang

malam itu
17 januari 2009
pas menang
pada pilihanraya kecil
Kuala Terengganu
malam itu
di Pulau Pangkor
macam biasa
gelap
dingin
angin menderu
cuma hati ini
berkata
apa yang dipilih
agamanya
partinya
perjuangannya
ketokohannya
kelahirannya
keadilannya
pakatannya
pemimpinnya
akhlaknya
atau
memilih dia sebagai
peluru
yang menghancurkan musuh

Thursday, January 15, 2009

Ceteris paribus

Satu faktor sahaja. Pilihlah orang yang boleh jadi imam keluarganya dan masyarakat.

Wednesday, January 14, 2009

Jihad

berjihadlah
darahmu
yang mengalir dalam tubuhmu
itulah mandian jenazahmu
bajumu
yang kau pakai hari-hari
itulah kafan untukmu
solat jenazah telah tersedia untukmu
gaung yang dalam
bekas bedilan bom
lahad buat mu
runtuhan batu bata
adalah nisan bagimu
ayuh
berjihadlah
syurga telah dijanjikan
untukmu

Tuesday, January 13, 2009

Kuala Terengganu Vs Gaza

Berita TV menyebut seramai 5000 tentera Israel telah memasuki sempadan Gaza pada hari ini.Dengan 5000 bala tentera mereka bercita-cita ingin menakluki sebuah negara.

Bayangkan di Kuala Terengganu seramai 6ooo polis ditugaskan mengawasi Pilihan Raya Kecil .MasyaAllah jang , macam nak berperang tu.

Kata orang Negeri Sembilan " Kono kuak polis baru jumpo orang kampung" . Hu mang aiii.gilo ko apo.

Baling kasut Vs Penumbuk

Mula-mula aku ingat orang Iran berani sebab baling kasut kat muka Bush , rupa-rupanya orang Malaysia lagi berani terus tumbuk depan orang ramai sehingga pecah hidung.Huiiii ganas dan bahaya ni.Takut aku

Kalaulah wartawan Malaysia baling kasut kat Bush

Kalaulah wartawan Malaysia yang baling kasut kat muka Bush semasa lawatannya di Malaysia, sedah tentulah..

  • Dia kena ISA
  • Wakil Pertubuhan Melayu mencemuh dan berkata dia biadap
  • Ada ustaz upahan akan kata ia tak islamik
  • Mesti ada fatwa
  • mesi ada forum tentang baling selipar kat TV
  • dan lain-lain

Sunday, January 11, 2009

Agen Yahudi vs Agen Kristian

Khabarnya agen Yahudi telah menangkap agen Kristian semasa upacara candle light virgil.

Friday, January 9, 2009

Sehingga menjilat jari

Agak-agaknya kerajaan berani ke paparkan iklan boikot barangan Amerika.Nak buat perhimpunan khas PBB, hantar surat kat ketua kerajaan ,Persidangan khas dewan rakyatserta suruh rakyat boikot barangan amerika dan yahudi.Cubalah buat iklan dalan tv 1 , 2 , 3, 7, 8 , Astro dan media cetak.Berani ke?

Sebentar tadi dalan tv baru keluar iklan KFC.Berani ke mana-mana kementerian , samada dalam negeri atau luar negeri atau kementerian shahril samad atau kementerian penerangan keluarkan iklan , setengah jam sekali , buat apa ayat pun , asalkan menjurus kepada boikot.

Contohnya:
Jangan minum coca cola, ini keluaran yahudi. atau jangan makan produk KFC dan Mc donald.
Akurasa mereka tak berani.

Apatah lagi kalau kita suruh tarik lesen francise produk amerika.Puhhh mau pengsan ramai menteri. Atau kerajaan negeri batalkan lesen niaga peniaga barangan amerika dan yahudi atau kerajaan tarik lesen niaga dari PBT untuk premis perniaggan mereka.Sanggup ke?

Aku rasa mereka tak sanggup

Kalau kerajaan melarang urusniaga forex atau indek bursa antarabangsa , dow jones ke wall street journal ke atau apa-apa lagi lah.huiiii parah. En Ali pun marah ( hehehe)

Berani ke memutuskan bekalan api dan air pada premis yang membuat bisnes dengan sekutu yahudi dan amerika.

TM pun memutuskan talian perhubungan dengan syarikat yang menjadi pengedar barangan yahudi , amerika dan sekutunya.

Aku rasa mereka tak berani.aku rasa kerajaan takut.

Nak halau kedutaan amerika.puhhh berpeluh beb.Demonstrasi pun polis dan fru orang malaysia sanggup bermati-matian pertahankan kedutaan amerika.

Habih camno?

Proton Perdana pun nak ganti Mercedes.

Hahahaha .Sehingga menjilat jari

Thursday, January 8, 2009

R & R


Toke warong kopi tempat aku bercerita. Masa musim hujan ini katak-katak semua pandai cakap omputih.Tapi dia cakap macam orang negeri sembilan.

Yang jantan kata " se round, se round" yang betina kata " wait.wait,wait".Malam tu aku dengar bunyi katak sampai pagi

Seround
wait,wait,wait
seround
wait,wait,wait

hehehe,ni katak PPSMI

Kata hatiku

Aku tak mahu jadi penulis yang berjaya menjauhkan manusia dari Al-Quran.

Blues terengganu kita

Aku dah nak hafal lagu blues Terengganu kita , nyanyian salem. Hari-hari keluar beb.

aku fikir lain orang fikir lain nak buat cammana.?

Dari harakah daily

"Saya difahamkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil satu langkah di mana tabika-tabika yang berada di kawasan yang terbabit akan diuruskan oleh PBT itu. Hal ini bukan seperti disebutkan dalam akhbar tersebut bahawa seolah-olah Pakatan Rakyat ingin merampas Tabika Kemas yang diuruskan oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Liu Tian Khiew.

"Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor yang mendakwa sebanyak 17 buah premis tabika telah menerima notis daripada PBT supaya menyerahkan kunci memang untuk pengurusan maknanya Tabika kemas sekarang ini perlu berurusan dengan PBT.

Kita tidak mahu lagi melihat dimana ada sesetengah tabika ini digunakan untuk tujuan menjaga kepentingan politik dan digunakan untuk segolongan orang sahaja tetapi ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira fahaman politik," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang juga turut menyangkal tuduhan Presiden PPPIM itu yang mendakwa dengan tindakan pengambilan tabika kemas itu, Pakatan Rakyat akan terus berkuasa di Selangor dengan menyemai pemikiran politik di kalangan kanak-kanak.

"Sebenarnya tidak langsung menjadi agenda Pakatan Rakyat. Bukan itu tujuannya, kita mengambil alih pengurusan tabika kerana tabika terbabit terletak di bawah PBT sudah tentu mereka (PBT) ingin menyelaraskan pengurusan tabika. Jadi, tidak ada langsung agenda politik dalam isu pengambilalihan kunci tabika kemas ini.

" Saya khuatir perkara ini akan dibangkitkan semula kerana ada beberapa orang wartawan menghubungi dan beberapa hari sebelum ini isu ini turut berlaku di Negeri Perak juga seolah-olah juga menutup tabika kemas," tegasnya.

Beliau juga turut mempersoalkan kenapa setelah sembilan bulan lebih kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, penutupan tabika kemas ini menjadi isu semula yang dimainkan oleh kerajaan.

"Ini adalah hanya satu helah politik yang disengajakan pada masa Kuala Terengganu tengah berperang sengit. Oleh itu saya mahu tegaskan di sini, tadika kemas akan beroperasi seperti biasa dan kami juga tidak mahu kawasan tabika itu digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi agenda yang mungkin tidak sihat dan semua dewan orang ramai perlu digunakan oleh semua pihak bukan sesetengah pihak sahaja,"tegasnya lagi. _

Tu jaga kepentingan politik lah tu

Dari alhuseyn.

Kemudian kami merangka perancangan kami untuk memalukan KPKU yang akan datang esok pagi.Kami buat sign board “DEWAN ORANG RAMAI KG SERI AMPANG, IPOH.” Selama ini, dewan tersebut hanya terpasang signboard ‘Tabika KEMAS’ sahaja, seolah-olah dewan orang ramai itu hak milik KEMAS sahaja.

Bila signboard dah agak kering sedikit, kami pun membawanya ke dewan Seri Ampang dan memasangnya didalam kawasan dewan tersebut. Sebelum meninggalkan dewan itu, saya buka kunci pintu dewan dan juga kunci pagarnya.Saya biarkan kunci dan rantai ditempat asalnya dan ia kelihatan tidak berosek dan Nampak seolah-olah terkunci, melainkan kalau diamati betul-betul.

Nakalnya dia....



Doa yang baik.

Ada satu doa yang baik , jika anda ucapkan pada orang Islam yang anda temui anda akan dapat jawapan dan balasan serta merta.iaitu

Assalamualaikum.

Cubalah.

Wednesday, January 7, 2009

Entah apa yang difikirkan

Ada pepatah mengatakan "gajah sama gajah begaduh , pelanduk mati ditengah-tengah".Aku difahamkan maknanya adalah apabila dua orang yang besar bergaduh yang kecil mati ditengah.Contohnya cikgu sama cikgu bergaduh murid jadi mangsa.

Sekarang aku nampak jelas dah. BN/UMNO begaduh dengan PR budak kecik kelas Tadika jadi mangsa.

Alahai , bulan 3 menang mengapa dibiarkan , tak berunding dengan puak kemas.Lepas cuti sekolah , nak buka sesi baru maka bermulalah agenda tuntutan hak.Apalah sangat salahnya, dah dewan orang ramai.dan orang ramai suka hantar anaknya kat situ , biarlah.

Nak tutup pusat hiburan takut.Nak haramkan arak takut.Kena jaga hati orang lain,kaum lain.Tutup tadika ni aku tak setuju.Kemas ada pegawai, kerajaan negeri juga ada yang bertanggungjawab,tak boleh ke menjalankan tugas dengan baik.

Projek babi dari BN boleh sambung , tadika kemas tak boleh runding pulak.

Ada yahudi baik ?

Ada komen yang mempersoalkan pendapat saya Yahudi jahat.Bagi mereka ada Yahudi yang baik.Ya silakan berpendapat.

Saya cuma ingin membetulkan fikrah sahaja .Kita kena faham Yahudi yang baik itu bukan kerana Yahudinya dia , tetapi kerana fitrahnya sebagai manusia .semua manusia mempunyai fitrah yang sama. Iaitu fitrah inginkan keharmonian,keselamatan dan kebahagian.Fitrah manusia simpati pada yang tertindas atau dizalimi,fitrah manusia sayang pada bayi dan kanak-kanak samada Islam atau kafir.Maka baiknya Yahudi bukan sebab Yahudinya dia tetapi kerana dia manusia.

Jahatnya manusia kerana Yahudinya dia.Maka dalam doa kita , disangkutkan dalam surah Al Fatihah kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan benar jalan orang-orang yang diberi nikmat atas mereka dan bukan jalan orang dimurkai dan sesat.Ulamak mentafsirkan jalan ini atau golongan ini adalah , golongan Yahudi dan Nasrani.

Allah juga memberikan peringatan bahawa Yahudi ini memang jahat , mereka tidak akan menerima umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut milah ( cara hidup ) mereka.

Fahamilah bahawa Yahudi baik hanya kerana dia manusia,Dia mati di Palestin kerana dia manusia, tetapi umat palestin yang gugur adalah kerana Islamnya dia.

Umat Islam yang tak baik memang ada , dan dia tak baik bukan kerana Islamnya dia , tetapi kerana kufurnya dia pada agamanya.Lantas dalam Islam ada umat yang Munafik, syirik dan akhirnya murtad.Dalam Islam dosa boleh diampunkan oleh Allah kecuali dosa Syirik. Muslim yang jahat adalah muslim yang berdosa.Ada Muslim yang amalnya Islam tetapi Fikrahnya tidak menyokong Islam malah menyokong kafir.Ini amat bahaya.

Jika ada pemimpin Yahudi yang dilihat baik , itu hanyalah kosmetik sahaja,Wallah hu a'lam.

Tuesday, January 6, 2009

Boikot

Kalau nak boikot boikotlah , jangan kata demonstrasi pun tak guna , Israel tetap serang jugak , macam Amerika serang Iraq.

Sesiapa yang boleh demonstrasi silakan,siapa yang mampu bagi duit teruskan , sesiapa yang sanggup berperang dipersilakan , sesiapa yang boleh bangun malam bermunajat teruskan dengan doa doa yang mustajab. Semua kena bertindak mengikut kemampuan , janganlah diperkecil-kecilkan usaha orang lain apabila kita melaksanakan usaha lain dari mereka.

Saya malu juga nak memperkatakan boikot, saya guna google , microsoft , telefon motorolla malah kadangkala makan minum di restoran makanan segera.

Kalaulah Yahudi ada di Malaysia

Kalaulah Yahudi atau orang yang mengamalkan ajaran Yahudi atau penganut Yahudi masih wujud di Malaysia , apa anda fikir mereka akan diserang oleh orang Malaysia? ooooh tidak sama sekali.Malah kalaulah ada yang berdemonstrasi seperti sekarang tentu ada yang di ISAkan oleh pemerintah.

Kita akan lihat pemimpin berkata jangan diganggu gugat keharmonian negara , malah silap hari bulan kita cuti sambu hari hannukah atau mungkin ada sambutan rumah terbuka peringkat kebangsaan.Maka ramailah yabg menghadirinya dan makan bersama dan mungkin Israel tak serang Palestin.(aku perli tu )

Ada tokoh masyarakat mengatakan tak semua Yahudi itu jahat, menuduh semua Yahudi jahat adalah tidak patut kerana ada Yahudi yang tidak menyokong peperangan antara Israel dan Palestin.

Yahudi yang tidak rela melihat peperangan adalah atas fitrah sebagai manusia bukan kerana ajaran Yahudi.Umat Islam yang menyokong Yahudi adalah Yahudi.Kebencian mereka adalah kerana Islam.

Sunday, January 4, 2009

Bahasa Melayu

Pilih tajuk yang anda minat dan fikirkan isinya.

  • Mengajar guru lebih sukar dari mengubati seorang doktor
  • Menegur pemimpin lebih sukar dari menegur imam yang tersilap
  • Menjadi suami lebih sukar dari menjadi seorang lelaki
  • Menjaga isteri adalah lebih payah dari menjaga seorang ibu
  • Seorang ayah bukan contoh terbaik untuk ditiru oleh anak
  • Pengikut sukar dipimpin dan pemimpin sukar diikuti

Palestin

Aku cukup terharu sedih dan marah apabila melihat berita kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.Pengganas-pengganas Israel dengan selamba membedil penempatan di Palestin.Bush dan sekutu Israel dengan selamba meyokong tindakan Israel.

Dadaku meluap-luap.Kadangkala aku tak sanggup melihat laporan berita tersebutKerana aku tak boleh buat apa - apa tindakan melawan mereka si Israel durjana.

Aku berangan membawa jet yang disi diesel masuk ke seleruh Israel sambil menaburkan diesel tersebut.di penghujung jalan aku jatuhkan api.aku ulang lagi ke seluruh Israel sehingga semua terbakar.

Doaku semoga Islam selamat.

Tali pinggang keledar tempat duduk belakang

Kerajaan kata pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang untuk kebaikan rakyat.Kerajaan dah kaji,kebanyakkan kemalangan maut sebab tak pakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang.Betul ke?

Mana hasil kajiannya.Yang pakai kat depan,bawak sorang-sorang berlanggar pun mati.Mereka mati sebab berlanggar, bukan sebab tak pakai tali pinggang keledar.Kalau betullah ia amat penting , mengapa dikategorikan kenderaan yang mesti pakai dan yang boleh tangguh pakai.Kenapa pula yang duduk berempat kat belakang, orang yang ke empat tak kena saman.dia tak mati ke nanti?Alahai undang-undang bangang. sikit-sikit saman.

Kita ajarlah rakyat melaksanakan sesuatu kerana ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.Kerana Allah.Usaha bukan jaminan takkan mati.

Senang-senang nak kuatkuaskan undang undang walau rakyat tak setuju.Bagaimana dengan hukum Islam , mengapa tidak kaji kebaikannya.Buat dan amalkanlah , fikirkan kebaikannya, ia bukan dari manusia tapi dari Maha Pencipta yang mencipta semua manusia dan alam ini.

Fikir sikit.

Thursday, January 1, 2009

Sekilas

Aku nampak aura kekalahan ada pada calon BN di Kuala Terengganu.Dan aku doakan dia kalah.

Kebiasaannya

Manusia hidup dengan kebiasaannya dan kebiasaan pemimpin adalah mencela musuhnya.