Thursday, November 27, 2008

Fatwa

Tanda orang cerdik adalah boleh mengeluarkan fatwa setelah membuat penelitian dan kajian.Apatah lagi fatwa yang disepakati bersama.Ijmak.Fatwa juga mestilah sesuai untuk seluruh dunia dan boleh menjadi rujukan setiap muslim di setiap negara.

Muslim di Malaysia dan negara lain,di lihat sebagai muslim yang tidak mengikut lunas Islam.Muslim yang melanggar arahan Allah , Penciptanya dan Muslim yang melawan suruhan Rasul , Nabi Muhammad S.A.W.

Jika Arahan Allah dan Suruhan Rasul serta tegahan Agama disanggah,dijauhi,dicerca bagaimana mungkin mereka akan menerima fatwa oleh ulama, yang dianggap insan biasa oleh mereka.

Jika pemimpin sendiri melanggar fatwa , maka apakah harapan kita bahawa rakyat akan mengikut fatwa ?Atau setidak-tidaknya ,tidak menentang fatwa?

Fatwa bertafakkur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara,dilanggar sendiri oleh Pemimpin No 1 negara.

Fatwa pengharaman rokok oleh Mufti Selangor terdahulu , Dato Ishak Baharom , juga dilanggar oleh semua termasuk sahabat-sahabatku dalam PAS.Kenapa? Kerana ia cuma fatwa.Hukum baharu.Boleh dikaji lagi.Sebelum ini tiada hukum,hari ini haram , esok lusa mungkin halal.Ali Maidin berkata,"Kau tunggulah mesti ada fatwa baharu akan keluar" Bila saya menulis isu babi dan sambutan Deepavali.

Walaubagaimanapun kita mengharapkan kekuatan jihad para ulamak.Menegakkan kebenaran , menjelaskan kehebatan Islam dan bersama berjuang dalam kelompok yang cintakan Islam.Buatlah fatwa bahawa sesiapa yang tidak menyokong gerakan Islam atau Parti Islam adalah haram.dan sesiapa yang mengkritik undang-undang Islam adalah haram.Beranilah berfatwa dan bertindak atas fatwa tersebut walaupun dipecat.Lihat saha bekas Mufti Selangor dengan fatwa Ratu Cantik. Tegas.

Di Malaysia , orangnya lebih taat pada petua berbanding fatwa itu pun kena kaitkan dengan tenaga batin.
Jangan kencing dalam air nanti lemah tenaga batin.
Jangan tidur meniarap nanti lemah tenaga batin.
Ramai ikut dan amalkan turun temurun.Tapi kalau kita kata itu termasuk larangan agama , mesti ada yang kritik, macam larangan tidur lepas subuh atau lepas asar dan larangan minum air yang dimasuki semut atau minum air dimasuki lalat mesti tenggelamkan kedua-dua kepaknya. Cubalah cakap pada mereka ,pasti anda akan dikritik.Tapi kalau di kaitkan dengan lemah atau kuatnya tenaga batin anda akan disokong.

Kalau nak suruh ikut ,kena cakap."Jangan minum air yang dimasuki semut nanti lemah tenaga batin"

Dia orang beryoga tu sebab nak kuatkan tenaga batin agaknya.macammana kita nak suruh diorang berhenti.Mesti dia orang marah.

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Satu-satunya kenyataan Sanusi Junid yang paling tepatialah orang Melayu memang suka berniaga produk kuatkan tenaga batin. Harakah pun kaya dengan iklan ubat tenaga batin juga. Orang Melayu pun bergurau senda hal tenaga batin. Ha ha ha.

pak andak alwi said...

kalau hal tenaga batin mesti tak de khilaf.Ijmak semuanya.ha ha ha