Sunday, July 18, 2010

perkahwinan pas umno

tak berhenti rupanya cerita perkahwinan pas umno.ingatkan lepas cerai sejak tahun 78 dulu tak nak dah rujuk balik , rupanya cerai talak satu jer.la ni anak tak setuju,mak bapak pulak jatuh cinta,nak buat camna,nak marah dah tua,nanti dikatakan kurang ajar pulak.tapi mereka pun lawan atuk,tak dengar cakap atuk..
nak kawin buleh,tapi macam ustaz kawin artis lah atau macam ustaz kawin ahli sukan...kalau sanggup tengok bini kena peluk atau sanggup tunggu bini main futsal...kawinlah..
den tengok yo lah.....alahai abah

Monday, July 12, 2010

aku dah cakap

aku dah cakap...penentang judi sukan peminat bola tegar...termasuklah pemimpin parti.kalau ada orang laga ayam ,kita tengok pun salah juga walau tak main judi tu.

tadi masa minum petang,seorang pak cik,penentang judi bola,sanggup berkelahi pasal perjuangan yang didokongnya,tiba tiba berkata...anak aku degil..aku cakap dengarlah cakap sotong tu ..ni tak dia dengar cakap burung,,dah rugi 100...

apa punya fikrah ni... tarbiyahlah lagi,pasal minyak,pasir,iskandar johor, kepentingan pangkat,ahhhhhhhhh lu pikirlah sendiri

Friday, June 11, 2010

aku pun tak faham. ini fatwa aku

kalaulah suara aku didengari aku ingin semua pemimpin pas yang ada darjah kebesaran memulangkan darjah kebesaran.begitu juga dengan pimpinan pakatan.bukan itu sahaja untuk masa akan datang janganlah diterima sebarang darjah kebesaran.

aku hormat pemimpinku bukan kerana tun,datuk seri ,datuk atau apa sahaja....cukup tok guru atau ustaz.....peduli apa aku dengan gelaran itu semua...peduli apa aku kalau gelaran itu ditarik....kalau aku pimpinan aku takkan perjuangkan gelaran itu...aku takkan suruh kawanku yang jadi mb terima...malah jangan harap aku sokong kalau pimpinan terhegeh hegeh mengharapkan gelaran itu...
bagi aku ...darjah kebesaran akan jadi rasuah jika mulut anda terkunci....membiarkan kezaliman berleluasa...sekadar bersuara menyedapkan hati penyokong kemudian minta maaf pada yang ditentang...

jika ada perwakilan ada membaca blog ini...tolonglah bangkitkan usul memulangkan dan memulaukan darjah kebesaran....ingat ...darjah kebesaran juga rasuah.

Sunday, June 6, 2010

akhirnya

dulu kita semua benci israel kerana menzalimi bangsa palestin,doa kita hancurkan yahudi dan selamatkan palestin,kita solat hajat untuk rakyat palestin.
akhirnya kini doa kita untuk rakyat malaysia yang ke sana,solat hajat kita untuk rakyat malaysia di sana.....kita terlalu marah apabila terkena kepada bangsa kita....agaknya itulah hikmah mengapa rakyat kita ditahan.

Saturday, May 22, 2010

eloklah tu

bagus-bagus......bila dia orang cakap kita sokong orang minum arak , kita cakap dia orang semua minum arak dan luluskan lesen arak........bila kita cakap dia orang suka judi dan minta hapuskan judi , dia orang kata hapuskan dulu judi kat negeri kita perintah.....bagus-bagus....wal asal balik hasil , akhirnya maksiat camtu jugak le.

Sunday, May 9, 2010

pas seremban

bagai sirih pulang ke gagang
bagai pinang kembali ke tampuk
janggut pulang ke dagu
ibarat memijak jejak
bagai helang mendarat
bagai puyuh dicelah belukar
yang merantau kembali ke pangkuan
kiambang kembali bertaut
layar telah dinaikkan
nakhoda telah dinobatkan
awak-awak yang terpilih
layarkan bahtera ini
lawanlah badai
bawalah semua
jangan tinggalkan
yang pekak membakar meriam
yang buta meniup lesung
yang kurap biarlah memikul buluh
jalan giberi pada yang bukan ahlinya
jurugambar rabun mata
jurutulis bengkok jarinya
yang bercakap si pelat
yang mengangguk demam kura
ubahlah
binalah
agar lebih baik
mula-mula baik dari orang lain
barulah boleh lebih baik dari parti lain.....

takbir!

Tahniah pada yang menang.khabarnya semua orang lama,tahniah MK ibrahim,hj Zali < Zakaria,Ust Mustafa dan semua AJK .Apabila jawatan diperolehi dengan suatu perjuangan tentulah ia lebih manis apatah ianya dinantikan begitu lama.Bekerjalah dengan ikhlas,jujur dan bermatlamat hanya untuk agama ...

nota: Zul amal.....alahai den kona kau orang........

Tuesday, May 4, 2010

2 keajaiban

ada dua keajaiban dalam setiap pemilihan.
dalam pilihan raya , pemilihan parti....yang ajaib adalah projek segera.

dalam pilihan pimpinan parti ...yang ajaib adalah adanya cawangan dan ahli segera..semua parti termasuk PAS.

aku baru dengar ada tujuh cawangan baru , segera.....

aku kira masalah pemilihan ini serupa macam suntikan bunuh kuman,nak matikan kuman kena suntik kuman lain...masalahnya kuman tu mestilah
lebih jahat dari kuman sebelumnya,barulah yang sebelumnya mati....haha.

antara 2 kejahatan ...pilihlah yang kurang jahat....hehe

Selamat bermesyuarat agung untuk Pas Seremban.

ini adalah peperangan yang hebat.iaitu..berperang dengan nafsu.

Sunday, May 2, 2010

PAS KawasanTampin

Alhamdulillah hari ini dapat masuk mesyuarat agung Pas kawasan Tampin.Kebetulan berjumpa dengan aku punya illustrator merangkap tok siak markas pas Gemencheh ...Amran Abu bincang pasal majalah.

Aku adalah tetamu tidak diundang.

Kami tiba ketika agenda perasmian bermula,dan ucapan aluan dari YDP baru bermula.Hebat.Cerita perjuangan.YDP ust Zakaria menyebut ,kita tidak boleh tinggalkan melayu dan kita perlukan melayu .Orang - orang melayu banyak menyumbang kemenangan kita dalam pilihanraya. Ustaz juga ada menyebut oleh kerana kita terlalu biasa menempuh kekalahan akibatnya kerja kita seperti kerja orang kalah ...sedangkan sepatutnya kita bekerja seperti orang menang atau orang yang ingjinkan kemenangan. Aku amat berharap YDP menggunakan intonasi yang tinggi kerana isi ucapannya amat bermotivasi.

Tiba kepada ucapan dari perasmi. Ops lupa nak cakap...mesyuarat kali ini memang best, buat kat kelab golf...Kelab Golf dan Resort Gemas. Dewan sesak...aku hampir tak dapat kerusi. ( tak tipu ).

Perasmi adalah Ust Nasha , mulakan dengan kisah Hulu Selangor dan menyatakan kebarangkalian untuk PR menang adalah tinggi.Antara intipati ucapan beliau adalah , kita berada dalam peperangan kerana pilihanraya seperti peperangan dan dalam peperangan penuh tipu daya atau taktik dan strategi.Beliau juga menegaskan dari pemerhatiannya , terutama semasa PRK hulu selangor , umno amat takut jika calon yang bertanding adalah calon Pas.Malah parti gabungan juga memandang hebat kepada pas,persoalannya adakah pas hebat?"soal beliau pada perwakilan... Ust nasha menggariskan beberapa kaedah memantapkan parti..
  1. gerakkan program menambah ahli
  2. up date daftar pemilih..ini penting untuk mengatur strategi
  3. dekatkan diri dengan masyarakat
  4. jangan syok sendiri

Aku tertarik dengan tag yang diperkenalkan oleh ustaz dalam usaha memasyarakatkan parti ,

"kita dengan orang Islam adalah saudara se Islam dan kita dengan bukan Islam adalah saudara se insan"

lepas tu aku ajak amran balik.....tak nak tunggu , takut kena marah...haha

Tuesday, April 27, 2010

entahlah...

dulu ...ada seorang tua,alim.dikampungnya ada sebatang pokok,ramai orang kampungnya telah sesat dengan menyembah pokok itu.suatu hari dia terfikir untuk menebang pokok itu.dia pun mengatur strategi untuk memusnahkan pokok itu. apabila dia sampai ke pokok itu,syaitan yang bersembunyi di belakang pokok pun berkata,"engkau jangan tebang pokok ini...sebagai balasannya aku akan bagi kau wang , wang ini nanti kau boleh gunakan untuk berdakwah.." " ahhhh....tak de tak de aku akan tebang juga , kau menyesatkan orang kampung ini"" kau balik dan fikir dulu....aku akan mulai memberi kau esok hari...kau bangun dari tidur lihatlah dibawah bantal mu" orang tua pun balik .esoknya bangun dari tidur dia dapati bawah bantalnya banyak duit..dia rajin derma sehinggalah duit tidak lagi muncul di bawah bantalnya...dia bingkas bangun "ah ini tak boleh jadi ,syaitan ni dah menipu" bila dia hendak pergi menebang pokok itu syaitan menahannya , dan berkata "kau takkan dapat menebang pokok itu .....dulu kau ingin menebangnya kerana Allah tetapi kini kau ingin menebangnya kerana wang."aku lihat ramai yang sebegini ...masih membiarkan orang sesat kerana ia mendapat nikmat,sehinggalah nikmat itu akan ditarik balik baru akan menentang toghut....menentang kerana tak dapat wang,jika dapat semua betul...wallah hu a'lam

Friday, April 23, 2010

majalah kafe pak andak

Pak andak sedang berusaha menerbitkan majalah Islamik yang santai,sesuai untuk semua peringkat umur .gaya bahasa yang mudah di fahami dan diselangseli dengan ilustrasi karton,potret dan lukisan-lukisan yang amat mententeramkan jiwa.

isu pertama akan terbit sebelum ramadha.insyaAllah jika cover siap awal ,pak anadak akan pamerkan di sini.

berminat nak cari duit...hubungi pak andak

Wednesday, April 21, 2010

rehat sementara

kafe pak andak akan direhatkan sementara kerana proses typing sedang dilakukan untuk tujuan percetakan....
insyaAllah blog kafe pak andak akan dicetak sebagai sebuah buku.jika tiada aral melintang akan terbit dalam bulan jun nanti...
doakan saya dan jika berminat dan ingin membantu boleh e mel : malimalwi@gmail.com atau call 019-3700 698

Sunday, April 11, 2010

entahlah....

Semasa menghadiri majlis kenduri pindah rumah kawan aku semalam, ada sorang kawan doakan negeri sembilan biar kalah,katanya kalau menang nanti
duit kerajaan akan keluar beratus ribu bagi saguhati kat pemain ,duit tu duit kita jugak .
Biarlah Kedah menang.itu orang kita....

Aku karta sama jer membazirnya kedah tu pun duit sapa?kalau BN buat membazir,pakatan buat boleh pulak.....?

Sunday, April 4, 2010

Saturday, April 3, 2010

alahai...

Ada pulak ahli PAS suruh tulis skrip untuk pemimpin PAS.....

Tuesday, March 30, 2010

Cadangan skrip kepada pelompat parti

berikut adalah skrip saya cadangkan untuk dibaca oleh pelompat parti...sebab susah juga dia orang nak buat skrip.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ( kalau bukan Islam tak yah baca lah )

Saya berasa amat bersyukur dan lega pada hari ini , hati saya berbunga-bunga seperti baru terlepas dari tali gantung.Ingin saya sujud syukur kerana dapat membebaskan diri dari belenggu ikatan parti yang tak menentu,saya hari ini bebas dari firaun dan napoleon , brutus dan raksasa,saya rasa seperti ultraman .

Saya ingin mengatakan dan mendedahkan bahawa saya memeng bodoh selama ini , kerana menyertai parti pembangkang,dan saya lebih rasa bodoh kerana kawan saya yang lain telah berjaya dalam usahanya untuk meningkatkan tahap hidupnya serta keluarganya.

dalam parti ini saya tidak mendapat projek sesen pun , semuanya di bolot oleh orang-orang kuat firaun firaun kecil,adalah lebih baik saya berada bersama firaun yang besar dan memiliki pemerintahan ini.Firaun besar ini boleh menjanjikan saya laba dan nikmat yang boleh dipusakai oleh turun temurun saya.

Pengundi dan penyokong saya,saya percaya tuan-puan menyokong saya bukan menyokong parti saya maka walau saya keluar pun tuan puan sokonglah saya.Sebelum ini saya memang tidak mahu bertanding,tetapi saya telah di paksa oleh parti untuk bertanding dan kini saya menang ,,,bermakna sayalah yang kuat,bukan parti yang kuat.Kalau parti ya ng kuat mesti semua calon menang tetapi hanya calon tertentu sahaja yang menang.

Semua rakyat malaysia,sesungguhnya pada saya ada 18 buah kotak berisi dokumen,yang mengandungi kesalahan-kesalahan penasihat parti saya,presiden dan pemimpin tertinggi.Mereka memburukkan Perdana Menteri dan Isteri,memburukkan Malaysia,memburukan Rukun Negara dan apa yang saya kesalkan adalah mereka berusaha mendapatkan royalti , tidakkah ini akan menggugatkan ekonomi negara?mereka juga berusaha menyekat pemberian komisen,bukankah ini juga akan mengecutkan ekonomi negara dan menghalang pertumbuhan jutawan melayu.

Yang paling saya kesalkan adalah mereka langsung mengenepikan pembangunan bangsa melayu,mereka tidak suka melihat melayu bangun , lihatlah berapa ramai melayu bekerja di astro dan maxis,digi , berjaya group , guiness dan lain-lain syarikat , ini adalah usaha kerajaan u ntuk memajukan melayu.

tuan-tuan dan puan puan rasa saya bodoh ke?

nota:
saya jawab...tak! tapi BANGANG

Tuesday, March 23, 2010

satu malaysia dah jahanam (2)

suatu hari nanti
seorang ibu beranak lapan
lain-lain bapa
kerana kahwin cerai
suatu hari nanti
seorang ibu
seorang anak
lapan bapa
suatu hari nanti
seorang ibu
melawat anaknya
diasrama berbeza
bukan sekolah
tetapi pusat pengumpulan
suatu hari nanti
seorang anak
akan
berkahwin dengan bapanya
suatu hari nanti
semua bapa adalah Abdullah
suatu hari nanti
orang akan bertanya
pada kawannya
kau dapat berapa orang hari ni
jahanam
satu malaysia dah ajahanam

satu malaysia dah jahanam (1)

satu malaysia dah jahanam.

pemerintah atau pembangkang
pakatan atau barisan
dua-dua dah kelam kabut

penyokong dah melelong
pendokong dan melencong
rakyat kena kelentong

wakil degil
calon kaki balun
pemimpin macam belon

pemerintah macam badak
bebas macam katak
pembangkang macam sesumpah

bersama digarisan permulaan
jalan bersama
destinasi berbeza

satu malaysia dah jahanam
pemerintah atau pembangkang

semua kerana loceng belum berbunyi
bila loceng berbunyi
mulut menganga
lidah menjelir
air liur mengalir

kerana dibela
dijaga
diberi makan

bila loceng berbunyi
mulut menganga
lidah menjelir
air liur mengalir
racun pun jadi sedap

satu malaysia dah jahanam............

Pendidikan seks

Cadangan pengajaran pendidikan seks di sekolah amat baik jika tujuannya adalah untuk membendung maksiat yang berleluasa.Tetapi sebelum dilaksanakan sebaiknya dijelaskan kepada umum apa yang hendak di ajar.

Jika pengajarannya adalah bagaimana melakukan seks yang betul,cara-cara mengelakkan mengandung,jika termengandung apa perlu dilakukan,atau diajar masa-masa dilarang melakukan seks supaya selamat,maka ini akan menjadikan pelaku maksiat lebih selamat.

Apa yang merisaukan juga adalah siapa yang akan mengajar pendidikan seks tersebut,sedangkan guru agama pun menvabul murid,guru muzik merogol murid,paderi merogol lantas siapa patut mengajar.

Jikalah tuan-tuan mendengar borak dan sembang guru-guru lelaki atau perempuan sesama mereka mungkin tidak ada siapa yang akan menghantar anak ke sekolah , lebih-lebih apabila borak-borak semasa kursus.

Pendidikan sivik dah ada , pendidikan moral dan ada , pendidikan Islam dan dilakukan tetapi masalah masih berlanjutan.KAFA dan JQAF telah disempurnakan,tetapi mengapa masih berlaku keruntuhan moral malah bagi umat Islam patut dirisaukan kerana masih ramai yag tidak boleh mengucap apatah lagi solat.

Sebenarnya pendidikan yang ada mencukupi tetapi pendidik perlu diberi kuasa lebih agar mampu menjadi pendidik dalam dan luar sekolah

Jika selepas ini masalah minum arak berleluasa adakah kita perlu kepada subjek Pendidikan Minum pula?

Tegakkan hukum Islam ....lihat manfaat dan berkatnya.

Thursday, March 11, 2010

di hari lahirmu

10 mac setiap tahun .aku akan ucapkan "selamat hari lahir sayang,ambong,fiza,nyonya,bu,aci," dan macam macam panggilan aku ucapkan kepadanya.
Pada 10 mac kami akan makan kek sahaja,dia yang tempah,tetapi mac 2009 dia hanya membeli kek coklat yang kecil,yang hanya boleh dimakan oleh kami berdua.
"hi hi " ketawanya
"jom" ajaknya sambil memotong kek,aku biasanya hanya menunggu dia menyuapkan ke mulutku kerana dia menghadkan makanan aku.
Kami biasanya makan besar pada 13 Mac iaitu semasa tarikh kelahiran aku pula.
Kami akan bertukar kad.
Hadiah terakhir aku kepadanya adalah cermin mata dan sehelai tudung.dia amat suka dengan cermin mata gelap ini,dan dia menghadiahkan kepadaku jam tangan , dompet dan minyak wangi.
kini,ianya hanya menjadi kenangan.
9 Mac kelmarin,aku bermimpi,dia datang dan berkata "jom balik".aku tersedar....lantas aku berkata"fiza nak bawak abang ke mana ni?"
aku cuba sibukkan diri,buat jualan buku di Majlis hafazan Quran,minum dengan kekawan sehingga tengah malam.
Aku gagal lagi untuk melupakannya.
Fiza...di hari lahirmu ,abang hanya mampu menghadiahkan sepotong doa kepada mu.semoga kau bahagia di sana..

Sunday, March 7, 2010

maleh nak cakap.....menyampah

Khabarnya PAS Seremban dah nak hidup semula,dari haram dah jadi halal , dari digantung nak dilepaskan semula.tapi bersyarat. dan syarat tu tak de dalam mana -mana fasal dalam perlembagaan.buat syarat sendiri walaupun syarat tu haram.dan memang haram dari segi perlembagaan,malah Pas Kawasan boleh dan layak digantung semula kalau terima syarat itu.

Hang pa punya ka parti ini.?

Bagaimana boleh meletakkan syarat supaya menerima 7 cawangan baru untuk mesyuarat kawasan , sedangkan cawangan itu didaftarkan semasa Pas Kawasan seremban , digantung,Pas Kawasan seremban tak da....sapa buat kerja.Kalau pusat yang luluskan memang bangang,kalau pusat terima syarat ini,memang bangang.

Sepatutnya ,Pas Seremban dihidupkan bukan untuk menjaga kepentingan atau "air muka " MK Ibrahim atau Zulkifli ,tetapi sebagai suatu tindakan untuk meneruskan perjuangan Islam. Kalaulah tindakan bias atau tidak adil atau zalim dilakukan ketika mempunyai kuasa yang sedikit ini , aku tidak percaya jika diberi kuasa yang besar.

Biarkan sahaja Jawatankuasa yang lama menguruskan sehingga pemilihan,selepas itu terpulang kepada ahli hendak memilih siapa yang mereka yakini.Saya percaya ramai ahli baru yang tidak mengenali AJK lama , maka apa yang perlu dikhuatiri oleh pihak-pihak yang berminat dengan Pas Seremban atau dalam kata mudah, geng Zul nak risau apa... awak boleh kempen hari-hari malah sudah berkempen begitu lama.

Wakil yang sepatutnya tidak memihak mana-mana pun meletakkan syarat,kalau nak hidupkan Pas seremban mesti Zul jadi YDP untuk jaga air muka. alahai....aku kenal kau jang.

maleh nak cakap la....menyampah

Thursday, March 4, 2010

aku sayang pm?



kenapa saya sayang pm?
sebab dia umno
kenapa sya sayang pm?
sebab dia sayang bini
kenapa saya sayang pm?
sebab bini dia satu jer dan tak kawin lari
kenapa saya sayang pm?
sebab dia tolong saiful
kenapa saya sayang pm?
sebab dialah ada salam satu malaysia
kenapa saya sayang pm?sebab dia berjaya selamatkan peraK
kenapa saya sayang pm?
sebab dia melonjakkan ekonomi tanpa disangka
kenapa saya sayang pm?
minyak belum naik lagi
kenapa saya sayang pm?
dia tak de kes mahkamah syariah,sprm atau mana mana kesalahan trafik
kenapa saya sayang pm?
sebab dia anak pm
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai deal bisnes
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai berjimat
sekolah kena cari duit api air sendiri
kenapa saya sayang pm ?
sebab dia pandai pilih jet
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai pilih senjata
kenapa saya sayang pm?
sebab dia tahu tolong keluarga dan kawan
kenapa saya sayang pm?
sebab kau orang tak sayang dia...
tapi....aku sayang pm ke?hehehehe.........

Friday, February 26, 2010

gelandangan

Memang aku tak sangka , ada gelandangan dari bangsaku.Tiada pondok berteduh , hanya kaki lima menjadi bilik tidur, kekadang beratap jambatan.Bertukar rumah bukan kerana banyak tetapi tak berumah,makan benda buangan,disitulah mereka membina keluarga....bagaimana?

Sungguh aku tak sangka.selama ini aku ingat hanya bangla yang merempat,tetapi bukan ,aku silap,aku baru tau.

Aku sedih.

Perlukah kapal selam jika rakyat jadi gelandangan
perlukah jet shukoi
perlukah stadium yang besar jika hanya untuk sukaria
perlukah sambutan rumah terbuka
jika begini keadaan rakyatnya
perlukah papan tanda bergambar pemimpin
perlukah yang tak perlu itu
perlukah kita pada pemimpin begitu

fikirlah

Tuesday, February 16, 2010

wasiat 1

kepada
sahabat-sahabatku

sahabat ,aku ingin berwasiat kepadamu . aku harap wasiat ini akan tersurat di sini dan dapat dibaca oleh dikau wahai sahabatku.

Walau hati dan semangatku ingin hidup lebih lama lagi,tetapi perasaan aku bercampur aduk antara ingin hidup atau memohon pada Allah supaya dipendekkan ujian pada ku.Adakalanya aku begitu kuat berdepan dengan ujian yang ditakdirkan Aallah untukku,dan adakalanya aku begitu lemah menghadapi ujian ini.

Kadangkala aku merasakan aku mungkin tidak bertemu dengan kalian pada hari esok lantas aku ingin memohon kemaafan atas segala ketelanjuran,keceluparan , kekasaran.aku tahu aku punyai lidah yang celupar yang biasa menyakiti hati kalian.

sahabat
Andainya aku dijemput dahulu,menemui dua malaikat di alam barzakh sana.aku harap kalian doakan aku sejahtera di sana.uuskanlah jenazahku dengan sebaik-baiknya.kafankan aku dengan kain putih yang disirami mawar yang harum.letakkan aku di atas tilam ,walau nipis kerana mungkin badanku akan terasa sakit bila terbaring lama di lantai.

Sahabat
Aku ingin jenazahku disembahyangkan oleh ramai orang,aku benar-benar inginkan begitu,maka andai kau tahu aku telah tiada,khabarkanlah pada semua bahawa aku telah tiada dan mintalah mereka menziarahi aku dan katakan aku ingin mereka solatkan aku.

sahabat
hari ini aku semakin hiba,rasa akan meninggalkan semua datang dan kembali di dalam hati ini.

Sahabat.......

Thursday, February 11, 2010

baik sangka dan walak

Aku disuruh baik sangka dan walak oleh pak cik dan kekawan yang memang hebat menyokong setiap patah kata dari pimpinan.
"kito tak tau apo dio ondak,dio banyak ilmu lagi pun dio pemimpin kito"
"yo lah aji" kata aku , maleh nak layan.

aku tak nak keruhkan hubungan dengan kekawan,dia orang tak salah,maleh nak timbulkan kontroversi.Aku luahkan kat sini je lah.

Dulu kata dah habis isu kejasama dengan umno.dah buat seminar.semua orang dah cool,tapi mengapa ditimbulkan semula.

aku pun hairan,siapakah yang pemimpin tak suka yang akhirnya akan keluar parti kerana tidak setuju dengan kata-kata kerjasama ini. Dalam organisasi ini,kalau tak suka pimpinan ahli tersebut akan berundur sendirinya,kerana dia dianggap berdosa.

kalaulah pimpinan sentiasa menimbulkan isu yang menyebabkan ahli keliru,serba salah,bertengkar sesama,maka akhirnya akan berundur diri apa kebaikan pada organisasi.

Usaha yang dijalankan hanyalah mengharapkan ahli menerima idea pimpinan bukannya menuju matlamat sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam.

Aku cuba berbaik sangka dan berwalak dengan pimpinan,tetapi mungkin syarat walak yang aku faham berbeza dengan orang lain.Kalaulah walak begini lama kelamaan , ahli akan jadi semakin sesat.

Berdepan dengan musuh walau pahit walau perit amat manis bagi ku tetapi apabila berdepan dengan suara suara dan arahan yang mengelirukan amat pahit untuk ditelan dan jika diluahkan akan meloyakan orang lain.

entahlah.....bagiku makna berbincang dan berkerjasama jauh bezanya.

Tuesday, February 2, 2010

Silap la

aku ingat satu
rupanya dua
aku ingat dua
rupanya tiga
aku ingat tiga
rupanya empat
khabarnya
sibuk berjuang
sempat lagi tambah bini
ada dalam negeri
juga luar negeri
derma seribu
bayar mut'ah
berjuta
aku ingat miskin
rupanya kaya
aku ingat teres
rupanya kondo mewah
aku ingat dia punya
rupanya sponsor
boleh pula
aku ingat ribu ribu
rupanya juta juta
simpanannya
aku ingat sebiji
rupanya lapan
kereta
untuk sapa
tak boleh ke menolak
bagi pada yang tiada
aku ingat tak de duit
tapi boleh beli bangunan 7 juta
aku ingat satu
rupanya ada satu lagi di putrajaya
kaya rupanya
banyak duit rupanya
tak payah dermalah
aku lagi susah
daripada ada
kini sudah tiada
tak pa tak pa

Friday, January 29, 2010

Aku baru nak belajar adil

Dalam keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS , kedua dua ahli didapati besalah melanggar perkara 75 perlembagaan. Hukumannya seorang kena beri amaran dan seorang lagi kena gantung jawatan.

Aku mana faham makna adil dalam membuat keputusan.aku agak itulah adil.sebab naqib aku cakap adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.agaknya macamnilah kot.

Sunday, January 24, 2010

Cemburu Allah

cemburukah Allah padaku
lantaran kasihnya aku pada isteriku
cemburukah Allah padaku
lantaran cintanya aku terhadap isteriku
cemburukah Allah padaku
lantaran sayangnya aku pada isteriku
cemburukah Allah
pada kasih sayang kami
cemburukah allah
kerana kemesraan kami
cemburukah Allah
kerna akrabnya kami
Ya Allah adakah Dikau cemburu pada kami
kerna kasih sayang yang Dikau hadiahkan pada kami
membuat kami melupakanMu
Ya Allah
cemburukah Dikau padaku
kerna menyanjung hadiah yang Dikau berikan
tetapi terlupakan Dikau yang memberi hadiah
Ya Allah cemburukah Dikau padaku
kerna lidahku basah menyebut hadiah yang Dikau berikan
aku terlupa akan Dikau
pemberi hadiah
aku jarang memuja Mu
lantas...
Ya Allah
Dikau ambil semula hadiahMu
Dikau rentap dengan tiba-tiba
Dikau tinggalkan aku tanpa hadiah itu
hadiah yang amat aku sayangi
Ya Allah
Aku amat menyangiMu
aku juga kasih pada hadiahMu
Andai cemburuMu kerana Dikau sayang pada Ku atau Isteriku
aku terima takdir Mu
Ya Allah
aku cuba memahami
bahawa cemburu itu
tanda sayang
tanda kasih
Dikau pada kami
hambamu...

Friday, January 22, 2010

entahlah....

Isu penggunaan nama Allah..akhirnya yang buat lawak tentang nama Yang Maha Agung itu adalah orang Islam.Akhirnya Nama Maha Perkasa itu jadi mainan orang Islam.Entahlah.Para ustaz berbeza pendapat.Ada yang guna hujah agama,ada pula hujah dakwah,ada pula hujah politik ada pula hujah sosial,ada pula hujah ekonomi.
Alahai ustaz.
Entahlah....tak perlu musuh hunuskan senjata,cukup dengan perebutan nama Tuhan Yang Maha Esa , muslim telah berpecah.

Friday, January 15, 2010

Allah
lihatlah hamba hambaMu
hamba yang mempercayaiMu
lalu beriman dengan Mu
hanba-hambaMu ini
memuja Mu
memujiMu
menaruh harap padaMu
mereka takut padaMu
takut kalau-kalau
dambil semula hadiah yang diberikan pada mereka
takut kalau ditarik iman dan islam dari dada mereka
Allah
lihatlah
hambaMu yang juga mengaku beriman dengan Mu
mereka kata mereka sayang dengan Mu
mereka kata mereka mempertahankanMu
mereka istihar perang
pada si kafir yang menyebut namaMu
Allah
mereka hanya sayang namaMU
mereka hanya mempertahan namaMu
hanya namaMU
hanya nama
hanya nama,,,,,,

aku masih rindu

aku masih rindu Fiza.semasa posting ini ditulis aku masih lagi menitiskan air mata.sejak sebelum solat.
Kebelakangan ini aku sering teringatkan Fiza,walau aku cuba melupakannya ianya masih lagi berlegar difikiranku.

biasanya sebelah petang , sebelum azan maghrib Fiza akan mengangkat pakaian di jemuran,aku akan membantunya,ketika ini ia akan bercerita tentang peristiwa di tempat kerjanya,dan ada kalanya kami hanya bergosip sahaja.

Setelah itu kami akan bersama menyiram bunga,kami memang minat dengan bungaan,malah fiza yang paling rajin sejak aku tidak berapa berupaya mengangkat pasu-pasu bunga.dialah yang menyusunnya.seperti drama drama melayu ,ketika inilah kami bersenda gurau,walau pun basah,aku suka mengusiknya .Sesekali kami akan masak untuk makan malam bersama,kalau dia masak aku suka tolong,tetapi kalau aku yang masak aku tak bagi dia tolong.Dia akan kacau juga aku , jika aku berpaling dia akan masukkan garam dan berkata garam dah masuk....lalu dia lari ke ruang tamu.

ya Allah,ingatan aku pada Fiza masih tebal.
Tolong aku ya Allah.

Saat akhir Fiza kami solat berjamaah bersama dalam keadaan duduk di atas kerusi lantaran kaki aku sakit dan kaki dia juga sakit.
selepas solat aku akan berdoa,dan dia akan bangun mencekup dalam genggaman aku,seolah-olah mengambil sesuatu.Ya allah aku bahagia dengan tingkah lakunya.

Ketika sihat , selepas solat dia akan baring di ribaan aku sehinggalah habis wirid dan dia tertidur.Walau aku kebas aku tidak akan anjakkan kakiku.

aku masih ingat Fiza.

Ya Allah bantulah aku.

Monday, January 4, 2010

penggunaan kalimah Allah

Saya pernah bertanya kepada seorang Dr. tentang fatwa jihad ekonomi.katanya dalam Islam tiada istilah jihad ekonomi dan jika fatwa tersebut dibuat di Malaysia ia juga terpakai di seluruh dunia.

Begitu mudah mengeluarkan fatwa tergelincir aqidah jika menyokong keputusan mahkamah,begitu mudah mengambil keputusan dan lari dari kefahaman yang diajar ditarbiah sebelum ini oleh sahabat-sahabat yang berfatwa.

Ceramah perdana sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh pihak DUN Paroi ( Pas ) juga menyebut bahawa penggunaan kalimah tersebut tidak menjadi masalah dan mereka yakin ini ada tujuan politik.Bagaimana orang awam yang sudah hampir percaya dengan kehebatan Islam dan sikafir yang mulai yakin dengan sistem Islam mulai terkeliru dengan isu ini.

Ustaz-ustaz,cikgu-cikgu berusaha bersungguh-sungguh menerangkan bahawa penggunaan kalimah Allah ini pernah dilakukan sejak dahulu.

Jangan bagi hujah perlembagaan sahaja,jangan berhujah dengan emosi kemelayuan sahaja,berhujahlah dengan fakta dan dalil yang sahih.Rakyat semakin cerdik.

Hari raya aidil fitri dan aidil adha bukan orang melayu punya.Jangan ajak orang lain kongsi.

Saturday, January 2, 2010

monolog

susah
tak pe
aku tak susahkan orang
senang
ok
aku boleh menyenangkan orang
sedih
aku sorang
tak minta simpati orang
gembira
senyum
pasti dapat balasan
kecewa
jangan
walau hampir terjebak
duka
belum lara
sedang melaluinya
kawan
masa susah senang
keliling pinggang
kasih
mekar
tapi belum muncul
harta
ada
tapi tak seberapa
saudara
masih ada
walau tiada siapa
walau ujian menimpa
seorang atau berdua
aku tetap aku
aku masih ada Yang Satu