Monday, December 29, 2008

pabila sultanku mangkat

Sultanku mangkat pada jam 11.45 27 Disember 2008 di Hospital yang dinamai atas nama Baginda dalam wad DiRaja.

Lihatlah , apabila ajal datang,tidak kira siapa,di mana jua , walau dengan kelengkapan penyambung nyawa dan para doktor peribadi yang bertungkus lumus.Apabila ajal sampai , kita akan pergi jua.

Pembesar yang boleh berikhtiar menyambung nyawa tidak dapat melawan ketentuan Tuhan pencipta dirinya.Bagaiman kita yang kerdil,tidak punya apa.

Redhalah dengan apa yang ada,buatlah kebaikan dan kebajikan,beramallah sebelum mati.

Semangat hijrahku semakin pudar

Hari ini 1 Muharram 1430.

Rasulullah menyatakan bahawa seseorang yang berhijrah itu akan dapat apa yang diniatkan ketika menyertai hijrah Baginda.

Tahun ini aku hanya berdoa akhir tahun dan doa awal tahun seperti biasa.Mohon Allah ampunkan dosa lalu dan beri kebaikan pada masa akan datang.Aku tak minta lebih-lebih dan yang bukan-bukan.Aku mohon yang biasa-biasa sahaja.

Bila sudah berazam , bertawakkallah.Tapi aku tak dapat menjiwai azamku ,tak dapat memegangnya,lantas aku biarkan ia diawang-awangan,melayang-layang.Aku melihat azamku berlegar-legar di atas ubun-ubunku,tak mahu mendarat.aku biarkan ia seperti memayungi hidupku.Aku biarkan azamku.Melihat azamku dari jauh lebih indah.Aku biarkan ia jauh.

jauh dan jauh.bebalam-balam dan hampir pudar apabila ia dilindungi kabut.bila kabut berlalu tampaklah ia semula.

Sunday, December 28, 2008

Apabila kristian nak tulis bible dalam bahasa melayu

Pada ketika pendakwah diasak dengan isu globalisasi , maka lahirlah istilah pendakwah moden dan klasik.Pendakwah retro dan kontemporari.Lahirnya istilah techno daie.

Profesional mengutuk ustaz-ustaz yang tidak pandai berbahasa inggeris,Ustaz yang tak pandai berbahasa inggeris pun merendah diri.Maka ada ustaz yang cuba berlawak dalam bahasa inggeris dan selalu "then" dan "so".Kalau ustaz tua boleh berbahasa inggeris punyalah hebat dan gahnya dia.Apatahlagi ustaz muda.

Radio IKIM juga ada menyiarkan rancangan agama dalam bahasa inggeris.Macamlah itu merupakan program dakwah yang hebat.

Kerajaan pun bergaduh dengan rakyat untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Dan ada ustaz yang berdakwah dalam bahasa inggeris dan sinis pada yang tidak pandai berbahasa inggeris nak berdakwah untuk siapa?Orang amerika ke?

Rupa-rupanya disebalik melayu gila berbahasa inggeris , mubaligh kristian pula berjuang nak terjemahkan bible dalam bahasa melayu ( bahasa Malaysia).Untuk siapa?takkan untuk orang amerika kot?sudah tentulah untuk orang malaysia yang boleh berbahasa malaysia. Penterjemah mesti pandai berbahasa malaysia.Ni projek besar mereka?

Macammana?lu fikirlah sendiri.

Friday, December 26, 2008

Kalaulah DAP sokong Hudud

Kalaulah DAP sokong Hudud aku pasti ramai penyokong PAS masuk DAP bahkan ahli PAS pun akan lompat parti.

Tetapi cuba kita lihat bagaimana DAP sentiasa menjaga perjuangan mereka,rakan mereka tidak menyokong pun tak mengapa asalkan perjuangan mereka jelas iaitu mahukan demokrasi bukan Islam.

Kita lihat pula PAS , demi menjaga sokongan , matlamat menjalankan hudud atau menegakkan negara Islam terpaksa mengikut keadaan semasa.Kena sesuai dengan tempat dan masa.Kerana apa? kerana rakan pakatan rakyat. takut tak dapat sokongan bukan Islam

Apa bezanya dengan UMNO yang juga tidak mahu menjalankan hudud dengan alasan masyarakat majmuk?Dulu kita kata alasan ini sengaja diadakan oleh UMNO.Bagaimana pula sekarang?

Kalaulah DAP berani mengatakan dengan lantang,bahawa mereka tidak inginkan negara Islam,tanpa memikirkan sokongan dari pengundi yang mempunyai sentimen Islam akan merosot,maka PAS juga perlu berani menjelaskan perjuangan menegakkan Negara Islam,tanpa perlu gusar dengan sokongan dari anti Islam merosot.

Wednesday, December 24, 2008

Memperjuangkan pejuang dan perjuangan

Minggu dulu TG Nik Aziz ceramah di Seremban.Dia kata kita semua sama.Datuk kita sama,atuk orang melayu Adam a.s,atuk Arab pun itu ,atukcina pun itu juga atuk India pun itu iaitu Adam a.s.Maka tiadalah ketuanan Melayu.Yang membezakan adalah taqwa.

Kat Terengganu , perjuangan PAS adalah berasaskan kenegerian,orang luar tak diterima,jangan harap nak kerusi,Terengganu untuk Terengganu.Adakah datuk mereka berbeza? Ni sapa naqib usrah mereka?Amran Abu ke? saya rasa kalau Naqib mereka Manabud Mohammad pun fikrah mereka akan lebih baik.

Kenapa kita bertanding dalam pilihanraya?Nak berjuang atau nak calon kita naik?Kalau nak berjuang kena cari pejuang.Lihat sejarah dan harapan masa depan.Apa akan dilaksanakan masa hadapan.Boleh berjuang atau boleh berbincang.Pejuang harus kenal perjuangan , rakan seperjuangan,apa yang diperjuangkan.Harus kenal lawan.Pejuang harus menundukkan musuh , pejuang boleh diharapkan melumpuhkan musuh.Bukan mencari titik persamaan dengan musuh atau mencari titik pertemuan dengan musuh.

Pejuang harus dilihat berani mempertahankan pengikut bila berdepan dengan musuh.Pejuang harus berani dipenjarakan.Tidak gentar dengan ancaman walau nyawa dihujung senjata.Pejuang harus peka dengan pejuang.Pejuang harus bersama pejuang.Pejuang bukan dipanggil , dipujuk,ditawarkan baru bersama , tetapi pejuang harus sentiasa bersama dengan perjuangan.

Pejuang harus ditakuti oleh musuh.

Pejuang bukan jaguh kampung , tetapi mestilah jaguh 'alami.Pejuang bukan hanya bersama ahli tetapi bersama mujahiddin.Pejuang adalah pencinta syahid.perindu syuhadak.penagih janji dari Penciptanya.Mereka mabuk dengan gambaran syurga.

Pejuang memperjuangkan agama Allah,agama ini untuk seluruh 'alam,untuk seluruh manusia.

Pilihlah seorang yang mempunyai sifat pejuang.Siapa sahaja.

Kaya dengan saman

Nampak gayanya semasa era kemelesetan ekonomi dan keruntuhan harga bahan api,pelelong kena lelong ada satu usaha yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan,iaitu menyaman orang.

Saman fitnah , saman malu atau saman apa-apa saja asalkan boleh bawa ke mahkamah.Kalau tak juta pun ratus ribu.kalau selepas 3 tahun dapat 30 juta,mewah tu.Kalau setahun dua ratus ribu,pun mewah tu.

Aku nak carilah sapa-sapa yang boleh aku saman,kucing jiran aku berak kat halaman rumah,siap kau ,kita jumpa di mahkamah.

Menegur pimpinan/pemerintah/penguasa

Menegur mereka yang berada di atas atau di saf pimpinan adalah sukar.Tiada tempat yang sesuai bagi orang bawah atau pengikut.Tiada pertemuan dua mata,lantas apabila menegur tentulah masa majlis rasmi sahaja.Maknanya menegur di tempat awam depan orang ramai,tentunya ego pemimpin tercabar. Yang menegur pula dikatakan kurang ajar.

Bila berjumpa atau terjumpa,janganlah anggap anggukan dari mereka maknanya dia menyetujui nasihat atau teguran,mereka sekadar angguk untuk ambil hati,mereka ada egonya.

Pendakwah jangan tertipu dengan anggukan penguasa,dan memberitahu pada rakan bahawa ia telah berjaya menasihati pemimpin/penguasa/pemerintah atau orang atas.

Tidak ada masa sesuai atau perkataan sesuai atau tempat sesuai untuk menegur mereka.Maka tegurlah,nasihatlah pada bila-bila masa,di mana jua dengan cara apa jua asalkan ada HIKMAHnya.

Monday, December 22, 2008

Rempit vs JERIT

Apahal nak saman mak bapak anak-anak pengayuh basikal program JERIT?.Ibu bapak anak bawah umur yang menyertai rempit dah saman ke? ibu bapak yang anaknya hidu gam dah saman ke?Kes yang lebih buruk belum dapat ditangani bagaimana pula dengan kes yang belum terbukti buruknya.

Saman je mak bapak yang bawak anak kecil ke karnival atau konsert seperti konsert jom heboh .Apa faedahnya.Saman je ibu bapak yang menghantar anaknya belajar menari,llepas tu buat persembahan nampak pusat?Semua itu membawa keburukan.Mengapa tak saman?

Apa sahaja program yang dilihat terkena tempias pemerintah adalah haram.Selagi ianya tidak membabitkan pemerintah itu dibenarkan.

Sunday, December 21, 2008

lagu untuk blogger

oh omak
apo den nak buek
nak niago duit tak do
nak jual cendol musim hujan pulak
nak jual goreng pisang
pisang kapeh dah takdo
nak jadi tukang urut
takut urat orang tersalah urut
nak menyanyi
kok orang lari
nak main golf
takut lubang tersumbek
nak bolo bolut
takut terbolo ular
nak bolo lintah
den goli termuntah muntah
nak main billiard
pemukul masuk lubang , bola terobang
aduh omak nak buek apo laie
nak main saham
duit tingga sogonggam
nak motong
gotah turun hargo
nak jua ikan
den jua ikan kombung orang tanyo ikan sembilang
den jua sembilang orang tanyo haruan
alah omak den nak buek apo
nak kojo kilang
kilang dah banyak tutup
nak jadi jaga
eden tak tahan bejago
nak jadi dreba
toke bosa pun dah tak bekreto
adu mak
den nak buek apo
nak jadi imam
den takut mandi orang mati
nak jadi bilal
napeh den pendek
nak jadi siak
den tak layak
aduh mak den nak buek apo
nak besawah
tak do tanah
nak goreng kerepek
kuali boco
nak bolo semilang
den takut kono songek
nak bolo puyu
den takut dio melompek
nak bolo keliso
maha bona
aduh mak
nak tanam sorai
den takut miang
omak oh omak
ado laie ko kojo yang den buleh buek
ado...jang
jadi blogger
kojo tak begaji
hahahahah

Sekerap

Sekarang ni penoreh mengeluh.Harga getah sekerap RM 1 sekilogram.Harga teh tarik gelas RM 1.20.Nak minum teh ais kena bayar RM 1.50.Nasi lemak pula RM 1 sebungkus, untuk nasi lemak kosong,tanpa telur goreng atau telur rebus.Untuk minum pagi kena jual 3 kilogram sekerap.Itu kalau makan seorang , tapi kalau beli sarapan untuk sekeluarga habis juga RM 10.Kena jual 10 kg sekerap untuk sarapan pagi, 15 kg untuk makan tengahari,5 kg untuk minum petang ( goreng cekodok aje) dan lagi 15 kg untuk makan malam.maknanya kena ada hasil sebanyak 45 kg sehari.Mana nak dapat apabila musim hujan.Tambahan pula getah berpucuk muda,masa ini getah tiada,huii sakit.

Hujung tahun anak nak bersekolah, nak kena beli pakaian,kasut,beg,alat tulis,yuran,stokin,buku tulis ,pemadam dan belanja sekolah sehari seringgit seorang.aduhhhh.

Dulu untuk mandapatkan RM 45 sehari , mereka cuma perlu menjual 10 kg sekerap sahaja,tetapi sekarang kena menjual 45 kg sekerap.Kalau yang beringat bolehlah makan sedikit duit simpanan , tapi kalau borosss alamat kena jadi jaga kilang ayamlah lepas ni.

Orang felda kata harga getah jatuh tak pe sebab dia boleh melantun semula,tetapi harga sawit kalau jatuh berkecai.

Menteri kewangan malaysia mesti ada pakej ransangan untuk penoreh, dia mesti jadi juara.Tunggu je sebelum 16 Januari atau sebelum Mac, ada pakej baru.Kalau tak de pemimpin UMNO akan mendapat pakej turun takhta serta merta.Berhenti beramai-ramai.

Monday, December 15, 2008

Senyum

Senyuman adalah sihir yang halal.

Wednesday, December 10, 2008

Teruskan perjuangan

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION memperjuangkan bahasa melayu.kahkahkah.teruskanlah.......terjun aduhai luncai

KLIA
MAS
AIR ASIA
MAYBANK
MAHB
ECER
SCORE
KERINCHI LINK
LINK KE DUA
MRR 2
PWTC
KL CENTRAL
LRT
GLC
OPERASI SAR ,SEARCH AND RESQUE
MARKAZ ISLAM ( PUSAT ISLAM ) TULIS ARAB
tA ha ( LOGO TABUNG HAJI)
KFC
KLANG GATE
GH

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TERUSKAN PERJUANGAN.KAHKAHKAH

DIA KATA " KAMI AHLI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION AKAN MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU . SEMASA PERHIMPUNAN DI PWTC ( PUTRA WORLD TRADE CENTRE) RAMAI AHLI MENGGUNAKAN KHIDMAT MAS ( MALAYSIA AIRLINE SYSTEM ) JUGA AIR ASIA,TIDAK KURANG JUGA YANG MENGGUNAKAN LRT DAN MONOREL.LALUAN KERINCHI LINK SESAK.DALAM MASA YANG SAMA PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATEMATIK DAN SAINS AKAN DITERUSKAN"

alahai , nak hidupkan lagi ke umno ni

Calon Ahli Parlimen

Pemuda Terengganu letakkan syarat mesti orang tempatan dan mempunyai PhD.Nampak gayanya kena sambung studi lah kalau nak jadi Ahli Parlimen.Negeri Sembilan kita boleh hantar Dr. Rosli Yaakob dengan Dr.Zul , nak tunggu Dr.MK Ibrahim atau Dr.Ali Maidin atau Dr.Zakaria Khalim alamat tak delah harapan.

Harap-harap ILHAM boleh buat kursus kedoktoran,alah untuk kita-kita je.Letak je kursus Pengurusan Parti.Mesti ramai yang nak masuk.Dapat PhD beb.

Bakal PhD di Negeri Sembilan
Dr.Jamaludin Husin,Dr,Aziz Ramli,Dr.Mohd Taufek.Dr.Kateran Marman,Dr.Zulkifli mohammad Omar,Dr.Hassan Tamby,Dr.Hisham hashim,Dr,Isa,Dr.Amran abu dan paling hebat Dr.Manabud ( macam Dr.Munawer).

Baru keluar hospital

Sekarang aku melihat dengan sebelah mata sahaja.Mata kiriku dibedah untuk mengeluarkan darah beku.Kata doktor yang merawatku,aku akan begini sekurang-kurangnya sebulan setengah.

Aduh, nikmat telah ditarik sedikit demi sedikit.Berapa lama aku akan dapat menikmati nikmat yang tinggal hanya Allah yang tahu.

Terima kasih kepada doktor yang merawat.Dr.Norlelawati,Dr.Saira.Dr.Battle dan DR.Noorfiza yang merawatku siang malam.

Terima kasih juga pada nurse yang ada merawatku dengan layanan yang baik , kadangkala melayanku seperti anak kecil.

En Ali Maidin yang melawatku diucapkan jutaan terima kasih.En.Ali tentu ingat dengan Wak Wahid Rokan Utara,dia ada sebelah mata.Wak kamin selalu kutuk,mata tinggal sebelah tapi bawa kereta laju,kalau masuk ulat mata yang nampak tu habis kita semua.Itu semasa zaman PAS kalah di semua negeri dan kita orang berkongsi kereta mendengar ceramah PAS , terutama Mat Sabu di Melaka.

Aku masih belum boleh merenung komputer, tapi hari ini rasa terpanggil untuk menulis.Walau patah sayap ,biarlah bertongkat paruh.

Doakan saya