Tuesday, March 30, 2010

Cadangan skrip kepada pelompat parti

berikut adalah skrip saya cadangkan untuk dibaca oleh pelompat parti...sebab susah juga dia orang nak buat skrip.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ( kalau bukan Islam tak yah baca lah )

Saya berasa amat bersyukur dan lega pada hari ini , hati saya berbunga-bunga seperti baru terlepas dari tali gantung.Ingin saya sujud syukur kerana dapat membebaskan diri dari belenggu ikatan parti yang tak menentu,saya hari ini bebas dari firaun dan napoleon , brutus dan raksasa,saya rasa seperti ultraman .

Saya ingin mengatakan dan mendedahkan bahawa saya memeng bodoh selama ini , kerana menyertai parti pembangkang,dan saya lebih rasa bodoh kerana kawan saya yang lain telah berjaya dalam usahanya untuk meningkatkan tahap hidupnya serta keluarganya.

dalam parti ini saya tidak mendapat projek sesen pun , semuanya di bolot oleh orang-orang kuat firaun firaun kecil,adalah lebih baik saya berada bersama firaun yang besar dan memiliki pemerintahan ini.Firaun besar ini boleh menjanjikan saya laba dan nikmat yang boleh dipusakai oleh turun temurun saya.

Pengundi dan penyokong saya,saya percaya tuan-puan menyokong saya bukan menyokong parti saya maka walau saya keluar pun tuan puan sokonglah saya.Sebelum ini saya memang tidak mahu bertanding,tetapi saya telah di paksa oleh parti untuk bertanding dan kini saya menang ,,,bermakna sayalah yang kuat,bukan parti yang kuat.Kalau parti ya ng kuat mesti semua calon menang tetapi hanya calon tertentu sahaja yang menang.

Semua rakyat malaysia,sesungguhnya pada saya ada 18 buah kotak berisi dokumen,yang mengandungi kesalahan-kesalahan penasihat parti saya,presiden dan pemimpin tertinggi.Mereka memburukkan Perdana Menteri dan Isteri,memburukkan Malaysia,memburukan Rukun Negara dan apa yang saya kesalkan adalah mereka berusaha mendapatkan royalti , tidakkah ini akan menggugatkan ekonomi negara?mereka juga berusaha menyekat pemberian komisen,bukankah ini juga akan mengecutkan ekonomi negara dan menghalang pertumbuhan jutawan melayu.

Yang paling saya kesalkan adalah mereka langsung mengenepikan pembangunan bangsa melayu,mereka tidak suka melihat melayu bangun , lihatlah berapa ramai melayu bekerja di astro dan maxis,digi , berjaya group , guiness dan lain-lain syarikat , ini adalah usaha kerajaan u ntuk memajukan melayu.

tuan-tuan dan puan puan rasa saya bodoh ke?

nota:
saya jawab...tak! tapi BANGANG

Tuesday, March 23, 2010

satu malaysia dah jahanam (2)

suatu hari nanti
seorang ibu beranak lapan
lain-lain bapa
kerana kahwin cerai
suatu hari nanti
seorang ibu
seorang anak
lapan bapa
suatu hari nanti
seorang ibu
melawat anaknya
diasrama berbeza
bukan sekolah
tetapi pusat pengumpulan
suatu hari nanti
seorang anak
akan
berkahwin dengan bapanya
suatu hari nanti
semua bapa adalah Abdullah
suatu hari nanti
orang akan bertanya
pada kawannya
kau dapat berapa orang hari ni
jahanam
satu malaysia dah ajahanam

satu malaysia dah jahanam (1)

satu malaysia dah jahanam.

pemerintah atau pembangkang
pakatan atau barisan
dua-dua dah kelam kabut

penyokong dah melelong
pendokong dan melencong
rakyat kena kelentong

wakil degil
calon kaki balun
pemimpin macam belon

pemerintah macam badak
bebas macam katak
pembangkang macam sesumpah

bersama digarisan permulaan
jalan bersama
destinasi berbeza

satu malaysia dah jahanam
pemerintah atau pembangkang

semua kerana loceng belum berbunyi
bila loceng berbunyi
mulut menganga
lidah menjelir
air liur mengalir

kerana dibela
dijaga
diberi makan

bila loceng berbunyi
mulut menganga
lidah menjelir
air liur mengalir
racun pun jadi sedap

satu malaysia dah jahanam............

Pendidikan seks

Cadangan pengajaran pendidikan seks di sekolah amat baik jika tujuannya adalah untuk membendung maksiat yang berleluasa.Tetapi sebelum dilaksanakan sebaiknya dijelaskan kepada umum apa yang hendak di ajar.

Jika pengajarannya adalah bagaimana melakukan seks yang betul,cara-cara mengelakkan mengandung,jika termengandung apa perlu dilakukan,atau diajar masa-masa dilarang melakukan seks supaya selamat,maka ini akan menjadikan pelaku maksiat lebih selamat.

Apa yang merisaukan juga adalah siapa yang akan mengajar pendidikan seks tersebut,sedangkan guru agama pun menvabul murid,guru muzik merogol murid,paderi merogol lantas siapa patut mengajar.

Jikalah tuan-tuan mendengar borak dan sembang guru-guru lelaki atau perempuan sesama mereka mungkin tidak ada siapa yang akan menghantar anak ke sekolah , lebih-lebih apabila borak-borak semasa kursus.

Pendidikan sivik dah ada , pendidikan moral dan ada , pendidikan Islam dan dilakukan tetapi masalah masih berlanjutan.KAFA dan JQAF telah disempurnakan,tetapi mengapa masih berlaku keruntuhan moral malah bagi umat Islam patut dirisaukan kerana masih ramai yag tidak boleh mengucap apatah lagi solat.

Sebenarnya pendidikan yang ada mencukupi tetapi pendidik perlu diberi kuasa lebih agar mampu menjadi pendidik dalam dan luar sekolah

Jika selepas ini masalah minum arak berleluasa adakah kita perlu kepada subjek Pendidikan Minum pula?

Tegakkan hukum Islam ....lihat manfaat dan berkatnya.

Thursday, March 11, 2010

di hari lahirmu

10 mac setiap tahun .aku akan ucapkan "selamat hari lahir sayang,ambong,fiza,nyonya,bu,aci," dan macam macam panggilan aku ucapkan kepadanya.
Pada 10 mac kami akan makan kek sahaja,dia yang tempah,tetapi mac 2009 dia hanya membeli kek coklat yang kecil,yang hanya boleh dimakan oleh kami berdua.
"hi hi " ketawanya
"jom" ajaknya sambil memotong kek,aku biasanya hanya menunggu dia menyuapkan ke mulutku kerana dia menghadkan makanan aku.
Kami biasanya makan besar pada 13 Mac iaitu semasa tarikh kelahiran aku pula.
Kami akan bertukar kad.
Hadiah terakhir aku kepadanya adalah cermin mata dan sehelai tudung.dia amat suka dengan cermin mata gelap ini,dan dia menghadiahkan kepadaku jam tangan , dompet dan minyak wangi.
kini,ianya hanya menjadi kenangan.
9 Mac kelmarin,aku bermimpi,dia datang dan berkata "jom balik".aku tersedar....lantas aku berkata"fiza nak bawak abang ke mana ni?"
aku cuba sibukkan diri,buat jualan buku di Majlis hafazan Quran,minum dengan kekawan sehingga tengah malam.
Aku gagal lagi untuk melupakannya.
Fiza...di hari lahirmu ,abang hanya mampu menghadiahkan sepotong doa kepada mu.semoga kau bahagia di sana..

Sunday, March 7, 2010

maleh nak cakap.....menyampah

Khabarnya PAS Seremban dah nak hidup semula,dari haram dah jadi halal , dari digantung nak dilepaskan semula.tapi bersyarat. dan syarat tu tak de dalam mana -mana fasal dalam perlembagaan.buat syarat sendiri walaupun syarat tu haram.dan memang haram dari segi perlembagaan,malah Pas Kawasan boleh dan layak digantung semula kalau terima syarat itu.

Hang pa punya ka parti ini.?

Bagaimana boleh meletakkan syarat supaya menerima 7 cawangan baru untuk mesyuarat kawasan , sedangkan cawangan itu didaftarkan semasa Pas Kawasan seremban , digantung,Pas Kawasan seremban tak da....sapa buat kerja.Kalau pusat yang luluskan memang bangang,kalau pusat terima syarat ini,memang bangang.

Sepatutnya ,Pas Seremban dihidupkan bukan untuk menjaga kepentingan atau "air muka " MK Ibrahim atau Zulkifli ,tetapi sebagai suatu tindakan untuk meneruskan perjuangan Islam. Kalaulah tindakan bias atau tidak adil atau zalim dilakukan ketika mempunyai kuasa yang sedikit ini , aku tidak percaya jika diberi kuasa yang besar.

Biarkan sahaja Jawatankuasa yang lama menguruskan sehingga pemilihan,selepas itu terpulang kepada ahli hendak memilih siapa yang mereka yakini.Saya percaya ramai ahli baru yang tidak mengenali AJK lama , maka apa yang perlu dikhuatiri oleh pihak-pihak yang berminat dengan Pas Seremban atau dalam kata mudah, geng Zul nak risau apa... awak boleh kempen hari-hari malah sudah berkempen begitu lama.

Wakil yang sepatutnya tidak memihak mana-mana pun meletakkan syarat,kalau nak hidupkan Pas seremban mesti Zul jadi YDP untuk jaga air muka. alahai....aku kenal kau jang.

maleh nak cakap la....menyampah

Thursday, March 4, 2010

aku sayang pm?



kenapa saya sayang pm?
sebab dia umno
kenapa sya sayang pm?
sebab dia sayang bini
kenapa saya sayang pm?
sebab bini dia satu jer dan tak kawin lari
kenapa saya sayang pm?
sebab dia tolong saiful
kenapa saya sayang pm?
sebab dialah ada salam satu malaysia
kenapa saya sayang pm?sebab dia berjaya selamatkan peraK
kenapa saya sayang pm?
sebab dia melonjakkan ekonomi tanpa disangka
kenapa saya sayang pm?
minyak belum naik lagi
kenapa saya sayang pm?
dia tak de kes mahkamah syariah,sprm atau mana mana kesalahan trafik
kenapa saya sayang pm?
sebab dia anak pm
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai deal bisnes
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai berjimat
sekolah kena cari duit api air sendiri
kenapa saya sayang pm ?
sebab dia pandai pilih jet
kenapa saya sayang pm?
sebab dia pandai pilih senjata
kenapa saya sayang pm?
sebab dia tahu tolong keluarga dan kawan
kenapa saya sayang pm?
sebab kau orang tak sayang dia...
tapi....aku sayang pm ke?hehehehe.........