Sunday, June 15, 2008

PESAN PAK ANDAK.lu pikirlah sendiri

Amalan bersedekah pun boleh jadi wajib , sunat,harus,makruh dan mungkin haram.Boleh ndapat pahala dan boleh dapat dosa.Juga boleh tak dapat apa-apa.

Macammana dengan yang mintak sedekah.Tak tertakluk dengan hukum tu ke?Atau dia gerenti dapat pahala.?

Masa makan capati dan tose dan minum air halia o ais bersama isteri tercinta aku tadi, aku didatangi seorang budak bersongkok." Cik nak beli kalender tahun depan?" saya dari rumah anak yatim.Saya kata tak pelah dik.

Masa itu memang malu. Kalaulah kawan -kawan atau anak murid nampak segan tu. Pak Andak kedekut.

Malam sebelumnya , saya didatangi oleh 4 orang kanak -kanak rakyat Myanmar.Mereka adik beradik.Duduk Taman Jujur Seremban.Adik beradik 10 orang.Semua tak bersekolah sebab tiada pengenalan diri. Saya dengan rela hati menyelok poket menghulurkan derma untuk mereka ( Masa ini tak de orang pulak).

Untuk adik yang bawak kalender tadi saya congak income ustaz dia macam ni.
100 orang pelajar keluar menjual kalender dengan harga RM 10 sekeping ( memang sekeping ) dari pagi hingga petang jika boleh laku 5 keping seorang ( paling sikit ni ), darab dengan 100 dapat 500 darab dengan RM 10 dapat RM 5000 darab pulak dengan 30 hari.Berapa ? RM150,000 sebulan . Dia dah mula jual mulai bulan Jun .Kalau sehingga Disember mau incomenya sejuta.

Tak termasuk orang yang bagi sedekah seringgit dua sebab kesian kat budak tu.

Pengurus sekolah tu lagi kaya daripada aku.Oleh kerana mulai tak ikhlas aku tak jadi nak sedekah..

Semasa menghadiri jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dua tahun lepas di beberapa kolej dan hotel di Seremban saya lihat ramai sungguh orang yang menderma. Oleh kerana asrama anak yatim di Negeri Sembilan kurang maka orang yang sama dapat habuan. Rezeki mereka dan penderma dengan rela menderma. Tapi aku tak puas hati handphone mereka lebih mahal dari aku , bergambar sakan dengan handphone dan kamera digital , aku punya setakat cakap dengan sms aje...

alahai murahnya rezeki kau orang.

Lu pikirlah sendiri/

No comments: