Tuesday, December 22, 2009

langkah ini

langlah ini
ku hayun tenang
walau dipukul angin kencang
walau dipanah terik mentari
walau dibasahi hujan petang
kuhayun
perlahan
ketika angin kencang
aku hampir tumbang
ketika hadirnya panas mentari
aku hampir hangus
ketika tiba hujan petang
aku hampir lemas
ku gagahi jua
kerna
aku melihat dihadapan perjalanan aku
ada destinasi bahagia
ada taman
dari taman-taman syurga
dan aku lebih bahagia
apabila aku tahu
ada yang menanti aku di sana

3 comments:

Anonymous said...

terrima kasih,terima kasih,terima kasih..
kerana tlah mnulis mengenai diriku..walau kputusan ku tidak seberapa..tetapi krana pak andak mnulis ini utk ku..aku makin bersemangat utk blajar utk memajukan diriku..

Anonymous said...

sory komen nie tok yg ats..hehe..silap

pak andak alwi said...

hehe...jeah jeah