semasa isteriku masih bersama,apabila kami ke rumah kenduri kahwin dia akan berbisik."mulalah kan,bila tengok pengantin rasa macam kita baru kawin pulak."
"Ya betul" sokong aku
kali terakhir dia berkata begitu ialah ketika majlis pernikahan anak buah aku.aku masih rasa begitu.
Honey moon pertama kami ialah di Pulau Pangkor ( Dis 1995 ) dan honey moon terakhir kami juga di Pulau Pangkor.( Jan 2009 ).
Lagu nasyid yang kami nyanyikan bersama ialah nasyid dendangan Asri ( Pancawarna ), lagu ini juga adalah lagu terakhir saya nyanyikan semasa dia memotong kuku saya , penghujung julai 2009.
Isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
dirumah dia isteri
di jalanan kawan
ketika kita buntu
dia penunjuk jalan
ketika sampai pada lirik
.....dia ibarat tongkat sibuta
jika tiada suatu kehilangan
"ha tulah , nyanyi lagi kan dah buta mata ...
nanti kalau fiza tak de macam mana ni....."
"fiza jangan cakap macam tu...."
hehe ... dia ketawakan aku.dia memang suka menyakat aku ,sebab aku suka nangis.
aku masih belum boleh melupaimu.........
3 comments:
SalamPakAndak,
Hidup lawannya mati..Anggaplah Allah lebih menyayangi dia . sesungguhnya dia ada bersama Pak Andak setiap masa,hanya Pak Andak yang tidak nampak...Jangan bimbang akan bertemu jua di syurga nanti...
Salam Pak Andak,
Hidup lawannya mati..anggaplah dia sentiasa ada bersama sepanjang masa,hanya Pak Andak yang tidak nampak. berjumpa jua nanti di syurga..Sesungguhnya tuhan lebih menyayangi dia daripada kita...
terima kasih... doakanlah pak andak
Post a Comment