bagai sirih pulang ke gagang
bagai pinang kembali ke tampuk
janggut pulang ke dagu
ibarat memijak jejak
bagai helang mendarat
bagai puyuh dicelah belukar
yang merantau kembali ke pangkuan
kiambang kembali bertaut
layar telah dinaikkan
nakhoda telah dinobatkan
awak-awak yang terpilih
layarkan bahtera ini
lawanlah badai
bawalah semua
jangan tinggalkan
yang pekak membakar meriam
yang buta meniup lesung
yang kurap biarlah memikul buluh
jalan giberi pada yang bukan ahlinya
jurugambar rabun mata
jurutulis bengkok jarinya
yang bercakap si pelat
yang mengangguk demam kura
ubahlah
binalah
agar lebih baik
mula-mula baik dari orang lain
barulah boleh lebih baik dari parti lain.....
takbir!
Tahniah pada yang menang.khabarnya semua orang lama,tahniah MK ibrahim,hj Zali < Zakaria,Ust Mustafa dan semua AJK .Apabila jawatan diperolehi dengan suatu perjuangan tentulah ia lebih manis apatah ianya dinantikan begitu lama.Bekerjalah dengan ikhlas,jujur dan bermatlamat hanya untuk agama ...
nota: Zul amal.....alahai den kona kau orang........
6 comments:
cayalah pak andak...
sokong dan sokong yg baik untuk jd lebih baik...
kasihan pada mereka yg menyokong membabi buta...tanpa mengetahui asal usul dan sejarah pas seremban...
Dlm pertandingan pasti ada kalah dan menang . Tahniah kerana menang dan takziah kerana amanah yg di pikul pasti membebankan . Apapun kalau semuanya muka lama , apakah dapat penyatuannya . Harap2 ada ajk lantikan dari team 1 lg , baru lah di kira 1 kejayaan . Takbir !
Salam ziarah Pak Andak...
setiap org de amanah yg mesti dipikul, jd xperlu di takziahkn.. cuma doakn dpt amanah itu dpt dlaksanakn sebaik'y..
Alhamdulillah PAS Seremban kembali bernafas. tak kiralah muka lama @ tak ada muka, konsep wala' tetap diteruskan. AJK lantikn perlu ke walaupun mereka sudah ada kuasa di peringkat NEGERI? macam mana mereka naik ke negeri tanpa melalui kawasan?
nak bersatu cam mano,dah buat fitnah selama tiga bulan dan berbohong pulak dihari perasmian depan pen setiausaha agong YB dato' Takiyuddin kemudian tarik diri dan maklomkan dia tak pernah tahu dia dicalunkan - inilah sikap pembohongan PJ NS saudara Zulkifli Mohd Omar berterusan sampai akhir zaman ia akan berbohong........da...
Post a Comment