Friday, October 31, 2008

Semoga mabrur

Jemaah haji telah mula berangkat,meninggalkan tanh air dan keluarga.Semua dalam keadaan riang dan gembira.bersedia.Syahdu rasanya melihat mereka berlumba-lumba mengerjakan ibadah.

Ibadah haji ini berbayar,susah,kena kursus yang berkala , kena tidur dalam khemah , kena tidur tengah malam,kena kutip batu,kena berlari-lari,kena cukur kepala,tak boleh pakai bau-bauan,tak boleh cabut pokok,tak boleh berburu dan banyak lagi pantang dalam ihram.Manusia masih berpusu-pusu hendak ke sana.

Ada rambut dan ada misai tak boleh potong walau pun ada pada kita,tapi bukan kita punya,Bawa isteri,tapi tak boleh bersama ,walau kita punya istei tapi dia milik Allah.kita tak boleh buat sesuka hati.

Seronoknya,beribadat dengan ramai orang,Tak boleh bengis,tak boleh marah-marah,kena bersabar da redho selalu dengan apa sahaj peristiwa atau perkara,jagalah waktu dengan sebaiknya,jaga ergaulan,jaga amalan,jaga niat,buat dengan sempurna.

Banyakkanlah doa,bukan sahaja untuk diri dan keluarga tapi berdoalah untuk umat Islam seluruhnya,ingati mereka.Jangan kedekut dengan doa,kadangkala kalau kita minta untuk diri sendiri susah dapat , mintalah untuk ramai,kenangkanlah hidup selepas mati tanpa meninggalkan kebahagian semasa hidup.

Untuk semua jemaah haji,semoga mendapat haji yang mabrur.Betulkan niat hanya kerana Allah dan letakkan pergantungan hanya kepada Allah.Semoga semua urusan berjalan lancar.jaga kesihatan,tapi kalau sakit jangan mengeluh.redho saja.Selamat berangkat.Doakan kami.

Wednesday, October 29, 2008

murahnya rezeki bapak pengantin

Aku sempat menghadiri 2 majlis perkahwinan anak kawan aku.Kawan 1 dengan kaca mata hitam meronda kehulu ke hilir dengan poket yang dah melimpah,2 di seluar dan 2 dibaju melayunya.
kawan 2.lagi hebat .dengan beg plastik ditangannya yang dah penuh,masih lagi menerima tetamu dan masih lagi menerima huluran berisi.Yang datang pulak dato dan datin.kereta pulak banyak yang pakai mercedez , kereta sport pun ada.
Yang no satu aku kira-kira RM10.00 X 1000 dapat collection 10 000 ringgit. Kawan 2 sekurang-kurangnya dapat RM 50.00 X 2000 dapat 100,000 ringgit.Mak ai banyaknya.Modal makan RM 12 X 2000 .24 ribu aje.Tolak duit khemah , duit kompang , duit DJ ada untung 50 ribu.Puh.Untung tu. Pening masa nak adakan majlis aje,lepas tu untung.Kalau anak dia kaya , semua belanja anaknya yang keluarkan , dia dapat bersih RM 100,000.00.puh boleh pergi honey moon,lepas tu renovate rumah.Murahnya rezeki.

Monday, October 27, 2008

Atas maksud politik

Kalau kau orang sokong parti aku , aku akan perjuangkan nasib kau walau aku kabur dengan perjuangan kau.

Ghafar marah Islam Hadhari, aku pun marah maka aku sokong kau , aku takbir.
Mahathir marah Pak Lah dan bongkar keburukan BN. Aku sokong kau Takbir. Mahathir masuk UMNO dan tak sokong Anwar.Aku marah Mahathir.
Gerakan nak joint keadilan aku sokong.aku Takbir.SAPP keluar BN,aku sokong.
kalau mereka sokong aku,dosa mereka dihapuskan.Dosa dunia akhirat.Cukup sekadar sokong

Hindraf sokong aku,aku sokong hindraf walau aku kabur perjuangan mereka.Walau apa dasar mereka , persetankan,janji sokong aku.aku nak Takbir.

Selagi aku tak menang ,aku akan gunakan semua orang.Dan selepas aku menang aku juga akan gunakan semua orang untuk kekalkan kemenangan.

Dasar apa.Dasar nak menang.
Dasar apa.Dasar nak kuasa,nak pangkat,nak duit
Nak jadi datuk seri

Nak tanya sikit pada pimpinan.dengan perjuangan sebegitu apa manfaat yang Islam dapat. Adakah ia menghalang murtad.Adakah ia menjamin akhlak umat Islam terkawal.Adakah nanti penganut dan pejuang hindu akan masuk Islam sebab melihat PAS membantu mereka.

aku tak kisah janji sokong aku sampai menang,Hancusssssss

Najib akan teruskan hubungan baik dengan Pak Lah

Kita faham sangat tu.Itu tandanya tak lama memerintah.Nanti mereka akan sama-sama berjuang dalam UMNO tapi di luar kerajaan.Mereka sama-sama jadi pembangkang.Masa itu hubungan mereka memang baik.alahai mengira nasib.Mahathir pun akan bersama.InsyaAllah nanti kita akan sama-sama mendengar gelaran Bekas Perdana Menteri untuk tiga orang.kalau ada majlis UMNO , pengerusi akan sebut dipersilakan Bekas perdana Menteri,Tun Dr Mahathir,dipersilakan Bekas Perdana Menteri Pak Lah dan Bekas Perdana Menteri Najib. Hahahaha UMNO dapat 3 orang perdana Menteri.

2 tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
1,2,3 perdana menteri boleh kucari
sebab dia orang ada kat belakang kau orang

Teruskan perjuangan macam DO Re Mi. Jual ubat temberang ,orang dah tahu rahsianya lari lintang pukang.Kalau ada rezeki nanti boleh jadi laksamana Do Re Mi.Sorang dapat tikar terbang,sorang dapat bansi dan sorang dapat teropong.Selamatkan puteri yang dilarikan ke Lombok.Macam yang UMNO buat.Kah-kah-kah

Thursday, October 23, 2008

UMNO oh UMNO

kosong.

Aku tabik kat Zul Nordin

Allahu Akbar.
Aku tabik dan bangga dengan YB Zulkifli Nordin .Dengan ucapan dan pendirian peribadi beliau tentang ketuanan Islam.Ucapan sebegini aku tunggu-tunggu keluar dari mulut Hj Hadi atau Nasaruddin atau Mahfuz.tetapi itu hanya anganku.Tetapi hari ini anganku menjadi realiti apabila Zul berani menyebut Islam berani diperkotak-katikan dan dia sanggup jadi pembela.
Dulu aku ikuti ceramah beliau sebab dia memperjuangkan isu murtad.Lepas tu dia sibuk dengan ceramah tentang kesengsaraan Anwar.Masa ini aku jauhkan diri dari beliau.Sekarang Zul sudah mulakan episod perjuangan.Teruskan Zul .Jangan berhenti sekerat jalan.

Jangan masuk UMNO dan berhujjah mengatakan nak perjuangkan Islam melalui UMNO.Aku ludah kau nanti.kalau kau stay dalam PR atau aktif semula dalam PAS Alhamdulillah.Tapi elok juga jangan masuk PAS sebab kau nanti tak boleh berjuang macam tu.Aku sekarang pun susah nak sebut Islam sesama orang PAS.Entah kenapa jadi sensitif sangat.Hujjah sekarang hujah politik.hujah agama tak diterima.

Aku mendoakan agar YB Zul meneruskan perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.Takbir

Tuesday, October 21, 2008

apo kono eh jang

Bilo den donga lagu apo kono eh jang , eden nak togolak sobab orang politik yang gilo jawatan pon macam ujang gilo milah.hahahaha.Tak dapek juo jumpo dukun lah.Dukun Tok gagap


batu kikir jombatan bosi
gulai udang sebelango
cubo abang pikir dalam hati
ese bejuang dah lamo

seri menanti airnyo doreh
daun pandan lintang pukang
camno hati den ni mak oi tak comeh
eden merancang orang lain pulak meminang

ko jolobak ko jolobu
tuai padi tigo tangkai
ko tak dapek jawatan tu
tak merano badan merasai