Jemaah haji telah mula berangkat,meninggalkan tanh air dan keluarga.Semua dalam keadaan riang dan gembira.bersedia.Syahdu rasanya melihat mereka berlumba-lumba mengerjakan ibadah.
Ibadah haji ini berbayar,susah,kena kursus yang berkala , kena tidur dalam khemah , kena tidur tengah malam,kena kutip batu,kena berlari-lari,kena cukur kepala,tak boleh pakai bau-bauan,tak boleh cabut pokok,tak boleh berburu dan banyak lagi pantang dalam ihram.Manusia masih berpusu-pusu hendak ke sana.
Ada rambut dan ada misai tak boleh potong walau pun ada pada kita,tapi bukan kita punya,Bawa isteri,tapi tak boleh bersama ,walau kita punya istei tapi dia milik Allah.kita tak boleh buat sesuka hati.
Seronoknya,beribadat dengan ramai orang,Tak boleh bengis,tak boleh marah-marah,kena bersabar da redho selalu dengan apa sahaj peristiwa atau perkara,jagalah waktu dengan sebaiknya,jaga ergaulan,jaga amalan,jaga niat,buat dengan sempurna.
Banyakkanlah doa,bukan sahaja untuk diri dan keluarga tapi berdoalah untuk umat Islam seluruhnya,ingati mereka.Jangan kedekut dengan doa,kadangkala kalau kita minta untuk diri sendiri susah dapat , mintalah untuk ramai,kenangkanlah hidup selepas mati tanpa meninggalkan kebahagian semasa hidup.
Untuk semua jemaah haji,semoga mendapat haji yang mabrur.Betulkan niat hanya kerana Allah dan letakkan pergantungan hanya kepada Allah.Semoga semua urusan berjalan lancar.jaga kesihatan,tapi kalau sakit jangan mengeluh.redho saja.Selamat berangkat.Doakan kami.
No comments:
Post a Comment