Apabila ada insan yang berniat baik untuk merubah akhlak remaja kepada yang lebih baik.Ada yang cuba membentuk akhlak tepuji seawal usia 7 tahun.Ramai yang mempertikaikannya .Saya yakin yang menyokong lebih ramai tetapi media menonjolkan yang kurang senang lebih banyak. Penayangan video kematian menjadi isu.
Sedarkah mereka bahawa kematian bukan sahaja menjemput si tua, dan kalaulah si tua sahaja yang mati tentulah anak mereka perlu didedahkan kepada kematian.Adakah kematian sang ibu atau bapa perlu ditangguhkan sehingga usia anak menginjak 11 tahun?Sehingga itu anak tersebut jangan di dedahkan dengan kematian.
Salahkah guru yang mengajar anak supaya mendoakan ibu bapa,dan mengatakan jika ibu bapa dah mati dan kita anak yang soleh dapat membantu meringankan azab kubur?
Ingatlah mati itu pasti
Berbanding dengan cerita hantu,tahyul yang menyesatkan.Cerita ini ditayangkan untuk tontonan umum.dikaca tv, bukalah saluran apa pun ada cerita hantu,samada cerita melayu,indonesia,thailand,cina,filipina dan banyak lagi.Apakah manfaat cerita ini.bolehkah ia membantu merubah akhlak remaja.
Cerita-cerita tentang pergaulan bebas berlambak-lambak,langsung tak disekat,malah penggiat filem diangkat martabatnya sehingga mendapat gelaran datuk dan tan sri.Apa pentingnya mereka dalam membaiki akhlak.Lihat sahaja filem remp it , impak maksima,sepet,anak halal dan banyak lagi.Filem seram berlambak .Mengapa tak di sekat.
Apabila hati sudah mati,ditutupi oleh dosa-dosa maka yang baik akan kelihatan jahat dan jahat akan kelihatan baik.
No comments:
Post a Comment