Thursday, July 2, 2009

entahlah

aku nampak semacam balas dendam apabila presiden mengatakan bahawa mursyidul am tidak bawa dalam meeting agenda debat dengan umno.

entahlah tak faham aku,lawan pemerintah yang tak betul memang dah jadi trade mark pas,sesiapa pun masuk pas mesti nampak dengan siapa dia patut berlawan,tak perlu minta izin.
apabila berlawanan dengan perjuangan atau dasar barulah ianya perlu dimesyuaratkan.

boleh dikatakan ramai yang saling mencabar tanpa izin,ust fadhil,husam,salahudin,ust idris dan ramai lagi ajak umno debat.tiba-tiba bila nik aziz ajak seolah-olah perbuatan itu salah.sekarang ini semacam mursyidul am solo je.

tetiba , dikhabarkan pula malah telah diwar-warkan bahawa dialog ilmiah bakal diadakan antara pemuda pas dan umno dengan intipati tajuk adakah umno tidak islamik.

bagi saya kalau pas yang ajak tajuk yang sepatutnya adalah umno tidak islamik tetapi kalau umno yang ajak memang sesuai tajuk adakah umno tidak islamik.

menurut khairy pemuda umno akan menubuhkan pula sekretariat dialog ilmiah ini dan satu perjumpaan tertutup akan diadakan dengan pemuda pas bagi membuat pra perbincangan.

saya melihat ini perancangan rapi , sebagai titik permulaan melembutkan ahli pas , melunakan lagi cadangan kerajaan perpaduan sehingga ia tidak lagi terasa sebagai suatu cadangan yang merosakkan perjuangan pas itu sendiri.

walaubagaimanapun saya yakin ketua pemuda pas dapat memberi penjelasan dengan baik sehinggalah semua orang umno akan menangis dan masuk pas dan menyesali perbuatan mereka menyokong umno sia-sia dan tak islamik.kalau tak.....................

1 comment:

Anonymous said...

Debat Nik Aziz VS Najib , di tolak Najib . Tapi wancana ilmiah KP Pas bersambut pula ... Seh pun terfikir mcm tuan . Klau UMNO rugi , tobat dia nak berwancana . Yg jelas sekarang Cikgu Badrul - calon Parlimen Rembau dah keluar statment " Tidak mau bekerjasama dgn Pemuda Pas " . BELUM WANCANA PAS DAH RUGI ... Tahniah PEMIMPINKU