muzakarah pas umno dicetuskan oleh siapa?. Pertemuan antara ust nasarudin dengan dollah cetusan siapa.peribadi atau parti? kalau peribadi silalah keluar parti tetapi kalau parti jom keluar parti. Mengapa ada pertemuan pertama.adakah ia termasuk dalam plan strategik oleh PPPP . Mengapa sebelumnya dinafikan oleh Mahfuz. Sekarang apabila Abdullah kata ada pertemuan baru nak mengaku.mengapa heret dewan ulamak.? Mengapa tak di terima pandangan Mursyidul am?Kemruk nak memerintah?
Kami ditarbiyyah dahulu oleh ustaz-ustaz yang tulus, kata mereka kita berjuang bukan mengharapkan kemenangan kerana Allah tak tanya samada kita menang atau kalah , tapi kita akan ditanya samada kita berjuang atau tidak?
Atas hujjah tahaluf siasi semua halal.Mana pergi slogan matlamat tak menghalalkan cara.Saya ulangi , apabila pimpinan merasa kemenangan kecil ini atas usaha mereka mereka telah riak , jika mereka rasa kemenangan ini kerana faktor ahli dan anwar atau lain-lain , mereka telah syirik.Mereka lupa Allah. Tindakan-tindakan kerana riak dan syirik akan membinasakan.
Perjanjian pangkor dinafikan.Jika pemimpin DAP mengatakan ada perjanjian , maka barulah pimpinan kata memang ada perjanjian> Atas dasar apa ? Tahaluf siasi.
Sahabat yang dikasihi , jika jujur dan ikhlas dengan Allah, dengan sahabat , dengan ahli,dengan masyarakat dengan pakatan dengan lawan insyaAllah kemenangan boleh bertahan.
Semoga mendapat pimpinan Allah.Allahu Akbar
No comments:
Post a Comment