Saturday, November 22, 2008

Apa kes?

Babi
Babi lagi
Lagi-lagi babi

Dulu Negeri Sembilan dah digelar Darul Khinzir.Bekas Menteri Besar aku dulu Mat Isa teruk kena kutuk.Ali Maidin kutuk apatah lagi Mat sabu termasuk Pesuruhjaya dulu dan semua warga peneroka ahli pas di Felda Bukit Rokan .Kalaulah Mat Isa tu orang PAS , atau dia pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mesti tak kesah,mesti betul.Dan kalau ada ahli UMNO atau Wanita atau Puteri kutuk,mesti kita bela projek babi tu.Macam Selangor dengan Kedah nak buat sekarang.Selangor siap keluaran poster dan pamplet tentang perlunya dan hebatnya serta canggihnya projek babi berteknologi baru.Lepas ini Kedah pulak.

Masa MB Negeri Sembilan yang baru ini memerintah,babi dari Melaka nak transit di LUKUT pun kena halau atau kena bambu dek mat Asan.Hebat juga tu.Tapi...

Saya hampir yakin ,jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Sembilan dan gabungan PKR,DAP dan PAS masih berjalan,alamatnya ladang babi di Lukut akan beroperasi semula.Tak banyak cuma 48 ribu ekor sahaja.Jika inilah yang akan terlaksana maka saya lebih rela Pakatan Rakyat jadi pembangkang sahaja.Cukuplah.

Kalaulah dapat memerintah Pahang, sanggupkah MB Pakatan Rakyat menutup pusat judi di Genting? Atau akan meneruskan dengan alasan ,kita akan pastikan hanya bukan Islam sahaja yang berjudi.....

1 comment:

ALI MAIDIN said...

ha ha ha ha ha ha

kena tanya Nik aziz mesti ada hujah baru. Depavali pun dah leh sambut. ha ha haha
haha
ha ha
ha ha