Monday, December 29, 2008

pabila sultanku mangkat

Sultanku mangkat pada jam 11.45 27 Disember 2008 di Hospital yang dinamai atas nama Baginda dalam wad DiRaja.

Lihatlah , apabila ajal datang,tidak kira siapa,di mana jua , walau dengan kelengkapan penyambung nyawa dan para doktor peribadi yang bertungkus lumus.Apabila ajal sampai , kita akan pergi jua.

Pembesar yang boleh berikhtiar menyambung nyawa tidak dapat melawan ketentuan Tuhan pencipta dirinya.Bagaiman kita yang kerdil,tidak punya apa.

Redhalah dengan apa yang ada,buatlah kebaikan dan kebajikan,beramallah sebelum mati.

Semangat hijrahku semakin pudar

Hari ini 1 Muharram 1430.

Rasulullah menyatakan bahawa seseorang yang berhijrah itu akan dapat apa yang diniatkan ketika menyertai hijrah Baginda.

Tahun ini aku hanya berdoa akhir tahun dan doa awal tahun seperti biasa.Mohon Allah ampunkan dosa lalu dan beri kebaikan pada masa akan datang.Aku tak minta lebih-lebih dan yang bukan-bukan.Aku mohon yang biasa-biasa sahaja.

Bila sudah berazam , bertawakkallah.Tapi aku tak dapat menjiwai azamku ,tak dapat memegangnya,lantas aku biarkan ia diawang-awangan,melayang-layang.Aku melihat azamku berlegar-legar di atas ubun-ubunku,tak mahu mendarat.aku biarkan ia seperti memayungi hidupku.Aku biarkan azamku.Melihat azamku dari jauh lebih indah.Aku biarkan ia jauh.

jauh dan jauh.bebalam-balam dan hampir pudar apabila ia dilindungi kabut.bila kabut berlalu tampaklah ia semula.

Sunday, December 28, 2008

Apabila kristian nak tulis bible dalam bahasa melayu

Pada ketika pendakwah diasak dengan isu globalisasi , maka lahirlah istilah pendakwah moden dan klasik.Pendakwah retro dan kontemporari.Lahirnya istilah techno daie.

Profesional mengutuk ustaz-ustaz yang tidak pandai berbahasa inggeris,Ustaz yang tak pandai berbahasa inggeris pun merendah diri.Maka ada ustaz yang cuba berlawak dalam bahasa inggeris dan selalu "then" dan "so".Kalau ustaz tua boleh berbahasa inggeris punyalah hebat dan gahnya dia.Apatahlagi ustaz muda.

Radio IKIM juga ada menyiarkan rancangan agama dalam bahasa inggeris.Macamlah itu merupakan program dakwah yang hebat.

Kerajaan pun bergaduh dengan rakyat untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Dan ada ustaz yang berdakwah dalam bahasa inggeris dan sinis pada yang tidak pandai berbahasa inggeris nak berdakwah untuk siapa?Orang amerika ke?

Rupa-rupanya disebalik melayu gila berbahasa inggeris , mubaligh kristian pula berjuang nak terjemahkan bible dalam bahasa melayu ( bahasa Malaysia).Untuk siapa?takkan untuk orang amerika kot?sudah tentulah untuk orang malaysia yang boleh berbahasa malaysia. Penterjemah mesti pandai berbahasa malaysia.Ni projek besar mereka?

Macammana?lu fikirlah sendiri.

Friday, December 26, 2008

Kalaulah DAP sokong Hudud

Kalaulah DAP sokong Hudud aku pasti ramai penyokong PAS masuk DAP bahkan ahli PAS pun akan lompat parti.

Tetapi cuba kita lihat bagaimana DAP sentiasa menjaga perjuangan mereka,rakan mereka tidak menyokong pun tak mengapa asalkan perjuangan mereka jelas iaitu mahukan demokrasi bukan Islam.

Kita lihat pula PAS , demi menjaga sokongan , matlamat menjalankan hudud atau menegakkan negara Islam terpaksa mengikut keadaan semasa.Kena sesuai dengan tempat dan masa.Kerana apa? kerana rakan pakatan rakyat. takut tak dapat sokongan bukan Islam

Apa bezanya dengan UMNO yang juga tidak mahu menjalankan hudud dengan alasan masyarakat majmuk?Dulu kita kata alasan ini sengaja diadakan oleh UMNO.Bagaimana pula sekarang?

Kalaulah DAP berani mengatakan dengan lantang,bahawa mereka tidak inginkan negara Islam,tanpa memikirkan sokongan dari pengundi yang mempunyai sentimen Islam akan merosot,maka PAS juga perlu berani menjelaskan perjuangan menegakkan Negara Islam,tanpa perlu gusar dengan sokongan dari anti Islam merosot.

Wednesday, December 24, 2008

Memperjuangkan pejuang dan perjuangan

Minggu dulu TG Nik Aziz ceramah di Seremban.Dia kata kita semua sama.Datuk kita sama,atuk orang melayu Adam a.s,atuk Arab pun itu ,atukcina pun itu juga atuk India pun itu iaitu Adam a.s.Maka tiadalah ketuanan Melayu.Yang membezakan adalah taqwa.

Kat Terengganu , perjuangan PAS adalah berasaskan kenegerian,orang luar tak diterima,jangan harap nak kerusi,Terengganu untuk Terengganu.Adakah datuk mereka berbeza? Ni sapa naqib usrah mereka?Amran Abu ke? saya rasa kalau Naqib mereka Manabud Mohammad pun fikrah mereka akan lebih baik.

Kenapa kita bertanding dalam pilihanraya?Nak berjuang atau nak calon kita naik?Kalau nak berjuang kena cari pejuang.Lihat sejarah dan harapan masa depan.Apa akan dilaksanakan masa hadapan.Boleh berjuang atau boleh berbincang.Pejuang harus kenal perjuangan , rakan seperjuangan,apa yang diperjuangkan.Harus kenal lawan.Pejuang harus menundukkan musuh , pejuang boleh diharapkan melumpuhkan musuh.Bukan mencari titik persamaan dengan musuh atau mencari titik pertemuan dengan musuh.

Pejuang harus dilihat berani mempertahankan pengikut bila berdepan dengan musuh.Pejuang harus berani dipenjarakan.Tidak gentar dengan ancaman walau nyawa dihujung senjata.Pejuang harus peka dengan pejuang.Pejuang harus bersama pejuang.Pejuang bukan dipanggil , dipujuk,ditawarkan baru bersama , tetapi pejuang harus sentiasa bersama dengan perjuangan.

Pejuang harus ditakuti oleh musuh.

Pejuang bukan jaguh kampung , tetapi mestilah jaguh 'alami.Pejuang bukan hanya bersama ahli tetapi bersama mujahiddin.Pejuang adalah pencinta syahid.perindu syuhadak.penagih janji dari Penciptanya.Mereka mabuk dengan gambaran syurga.

Pejuang memperjuangkan agama Allah,agama ini untuk seluruh 'alam,untuk seluruh manusia.

Pilihlah seorang yang mempunyai sifat pejuang.Siapa sahaja.

Kaya dengan saman

Nampak gayanya semasa era kemelesetan ekonomi dan keruntuhan harga bahan api,pelelong kena lelong ada satu usaha yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan,iaitu menyaman orang.

Saman fitnah , saman malu atau saman apa-apa saja asalkan boleh bawa ke mahkamah.Kalau tak juta pun ratus ribu.kalau selepas 3 tahun dapat 30 juta,mewah tu.Kalau setahun dua ratus ribu,pun mewah tu.

Aku nak carilah sapa-sapa yang boleh aku saman,kucing jiran aku berak kat halaman rumah,siap kau ,kita jumpa di mahkamah.

Menegur pimpinan/pemerintah/penguasa

Menegur mereka yang berada di atas atau di saf pimpinan adalah sukar.Tiada tempat yang sesuai bagi orang bawah atau pengikut.Tiada pertemuan dua mata,lantas apabila menegur tentulah masa majlis rasmi sahaja.Maknanya menegur di tempat awam depan orang ramai,tentunya ego pemimpin tercabar. Yang menegur pula dikatakan kurang ajar.

Bila berjumpa atau terjumpa,janganlah anggap anggukan dari mereka maknanya dia menyetujui nasihat atau teguran,mereka sekadar angguk untuk ambil hati,mereka ada egonya.

Pendakwah jangan tertipu dengan anggukan penguasa,dan memberitahu pada rakan bahawa ia telah berjaya menasihati pemimpin/penguasa/pemerintah atau orang atas.

Tidak ada masa sesuai atau perkataan sesuai atau tempat sesuai untuk menegur mereka.Maka tegurlah,nasihatlah pada bila-bila masa,di mana jua dengan cara apa jua asalkan ada HIKMAHnya.