Menegur mereka yang berada di atas atau di saf pimpinan adalah sukar.Tiada tempat yang sesuai bagi orang bawah atau pengikut.Tiada pertemuan dua mata,lantas apabila menegur tentulah masa majlis rasmi sahaja.Maknanya menegur di tempat awam depan orang ramai,tentunya ego pemimpin tercabar. Yang menegur pula dikatakan kurang ajar.
Bila berjumpa atau terjumpa,janganlah anggap anggukan dari mereka maknanya dia menyetujui nasihat atau teguran,mereka sekadar angguk untuk ambil hati,mereka ada egonya.
Pendakwah jangan tertipu dengan anggukan penguasa,dan memberitahu pada rakan bahawa ia telah berjaya menasihati pemimpin/penguasa/pemerintah atau orang atas.
Tidak ada masa sesuai atau perkataan sesuai atau tempat sesuai untuk menegur mereka.Maka tegurlah,nasihatlah pada bila-bila masa,di mana jua dengan cara apa jua asalkan ada HIKMAHnya.
1 comment:
Jika anda dan pimpinan dalam mesyuarat namanya bertukar fikiran dan memberi pendapat.
JIka anda rakyat - buat surat, sms, emel.
Jika anda jumpa di masjid - tegur direct mcm Saidina Umar kena.
Tapi la ni direngkaskan aja - hantam dalam blog tapi Ustaz Deris pesan jangan pecah rahsia parti.
Pandai-pandai le ye
Post a Comment