Negeri Sembilan ada "Mantai" iaitu sehari sebelum raya. Masa ni semua berkumpul , samada rumah mak bapak sendiri atau rumah mertua. Inilah masanya makan beramai. Aidil fitri baru-baru ini mak aku sembelih 10 ekor ayam. buat lemang 30 batang, ayam tu buat rendang 2 jenis..1 rendang dengan maman ( sejenis sayuran macam bayam , kalau tak pandai masak rasa pahit, kalau pandai... pergh, tak leh nak cakap) , satu lagi rendang dengan kerisik,
1 Syawal masak gulai telur itik pulak untuk makan 30 orang lagi.Goreng petai dengan cili api.Pergh......terangkat bang. Lepas tu abang aku beli lagi ayam dua ekor untuk digulai.
Raya ke tiga mak aku telefon kata saudara mara dari kampung datang 5 biji kereta.Maknanya hampir 30 orang juga tu,mak aku gulai lagi 3 ekor ayam.
aku kira-kira beras mau sepuluh kilo habis, tak termasuk nasi himpit dengan ketupat.Banyaknya duit mak aku habis.
Aku buat kenduri kat seremban pun gulai 10 ekor ayam, rasa macam dah banyak dah keluar belanja,Tapi €mak aku, lagi banyak. Nak puasa , kenduri.nak raya ,kenduri,teringat arwah laki dia(bapak aku,) dia kenduri,Huuuu tak terikut aku,patutlah rezeki orang tua tak putus-putus.
Mak aku selalu gunakan istilah "Rezeki seramai" maknanya rezeki orang ramai.
Aku pulak kenalah paham , balik tu salam cium tangan bubuhlah sikit dalam genggam, bukan apa takut orang nampak, sebab banyak, nanti dia orang mintak duit mak aku, hahaha..
No comments:
Post a Comment