sehingga sekarang saya telah menjalani dialisis sebanyak 120 kali. Setiap kali kena bayar RM 146.00 selepas diskaun 20%.Setiap kali dialisis disuntik dengan ubat recorrmon untuk menambah hemoglobin dengan harga RM 60.00 tidak termasuk vitamin,kalsium dan iron. Seminggu belanja panjang umur adalah RM600.00 sebulan RM 2,400.00 Maknanya dah habis lebih RM 24,000.00. Banyak tu. Tidak termasuk belanja duduk dalam ICU dan lain-lain lagi.
Masa ada duit dan sihat eloklah di peruntukan sebulan RM 500.00 iaitu RM 300 untuk makanan kesihatan dan RM 200 untuk takaful sihat atau rawat.lagi lebih lagi bagus.Masa sihat eloklah beringat.dah kena nanti susah beb.
betullah peringatan dari Ar Rasul.Ingat lima sebelum datang lima.
lu pikirlah sendiri
No comments:
Post a Comment