Kerajaan kata pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang untuk kebaikan rakyat.Kerajaan dah kaji,kebanyakkan kemalangan maut sebab tak pakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang.Betul ke?
Mana hasil kajiannya.Yang pakai kat depan,bawak sorang-sorang berlanggar pun mati.Mereka mati sebab berlanggar, bukan sebab tak pakai tali pinggang keledar.Kalau betullah ia amat penting , mengapa dikategorikan kenderaan yang mesti pakai dan yang boleh tangguh pakai.Kenapa pula yang duduk berempat kat belakang, orang yang ke empat tak kena saman.dia tak mati ke nanti?Alahai undang-undang bangang. sikit-sikit saman.
Kita ajarlah rakyat melaksanakan sesuatu kerana ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.Kerana Allah.Usaha bukan jaminan takkan mati.
Senang-senang nak kuatkuaskan undang undang walau rakyat tak setuju.Bagaimana dengan hukum Islam , mengapa tidak kaji kebaikannya.Buat dan amalkanlah , fikirkan kebaikannya, ia bukan dari manusia tapi dari Maha Pencipta yang mencipta semua manusia dan alam ini.
Fikir sikit.
No comments:
Post a Comment