Wednesday, February 4, 2009

Apa yang dirisaukan

Melihat kepada senario politik dan politikus semasa , perlu ada sesuatu pelajaran atau peringatan kepada kita dan kita terutama penyokong dan pendokong parti yang inginkan Islam.Atas maksud politik maka kesalahan oleh kawan kita sorokkan , seperti menyorokkan sampah dibawah permaidani.

Saya mengharapkan tok-tok guru , ulama dan ustaz dapat menegur dan mendidik pemimpin yang telah dipilih.Ada ke usrah antara pimpinan.Bolehke Presiden duduk dengan naib presiden , timbalan dan ketua-ketua dewan mendengar tarbiyyah dari mursyidul am.Ada ke?Perjumpaan demi perjumpaan adalah atas maksud politik semata-mata.Tiada tarbiyyah.Akhirnya semua akan berfatwa sendiri.Memerintah ala sendiri.Hilang matlamat sebenar.

Bukan PKR sahaja boleh mengugat keutuhan pakatan , PAS juga terlibat.Banyak sejarah menunjukkan bahawa ahli pas sendiri melompat parti.Sebelum ia belaku , eloklah kita ambil pelajaran dari peristiwa yang berlaku.

Selepas kemenangan pas . ura-ura penggabungan dengan umno dan BN telah bermula.Tanpa disangka perbincangan demi perbincangan telah dilaksanakan dalam gelap.Katanya mendapat restu presiden.Mujur terbongkar, jika tidak mungkin ada yang jadi timbalan PM dari PAS.Saya masih lagi mendengar ada pimpinan yang masih lagi berhubungan dengan pimpinan Umno sehingga sekarang.

Dulu kita didendangkan dengan cerita tentang anak kapal yang belayar.Anak kapal yang berada di perut kapal menebuk kapal bagi mendapatkan air secara mudah.Kalaulah tidak ditegah,tentulah kapal tersebut akan tenggelam.Inilah yang berlaku sekarang ini.Kapal-kapal yang sedang belajar sudah mula ditebuk-tebuk.ada yang telah berlubang dan dimasuki air.Kalau tidak ditampal akan tenggelam.

Apa perjuangan sebenar kita?Apa matlamat kita? Mana program pengisian jiwa untuk rakyat? Berapa ramai remaja telah diselamatkan.Apa pengisian program masjid.?Nampaknya maksud asal inginkan pemerintahan Islam dan Negara Islam semakin kabur.Buang bayi, bunuh , rogol dan arak masih berlaku di negeri Pakatan rakyat.

Saya mungkin tak bermaklumat .Tetapi bagi saya lidah rasmi PAS adalah sumber maklumat tentang perkembangan negeri pakatan rakyat.Berita yang disiarkan adalah berita seperti utusan malaysia dan berita harian.Tiada menyebut program tarbiyyah atau pendidikan akhlak remaja atau dewasa dijalankan di negeri pakatan rakyat.Jika ada pun ia dikendalikan oleh syarikat swasta.

Kalaulah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menjalankan program yang sama , maka tidak salah ada adun yang lompat parti.Untuk apa dipertahankan kerajaan pakatan yang ada?Apa untung dari segi ekonomi,politik,sosial.akhlak?Senarai jumlah harta peribadi dah buat ke?

Perkataan syurga dan neraka dan dosa dan pahala serta halal dan haram jangan hanya didendangkan semasa pilihan raya. ia harus didendangkan hari-hari,

1 comment:

kafe kenyalang said...

jangan jangan,ustaz-ustaz PAS ni pun dah mula pikir merc mata blalang ataupun mata kacang..na'udzubillah..