Thursday, September 4, 2008

Tazkirah Ramadhan 3 : Nafsu Vs Syaitan

Sepakat ulamak menjelaskan bahawa syaitan diikat atau dipasung pada bulan ramadhan.lantas pengaruhnya dapat dikurangkan pada bulan Ramadhan.Tetapi mengapa masih berlaku maksiat dan kerosakan akhlak pada bulan ini. Disko dan pub masih lagi penuh. Semua ini adalah kerana nafsu yang telah dididik oleh syaitan selama 11 bulsan. Bayangkan pelajar akademi hiburan dididik selama 3 bulan boleh berubah penampilan dan gaya hidup. inikan pula program oleh syaitan dan iblis 24 jam sehari selama 11 bulan.Bagi yang mendidik nafsunya dengan iman , bulan ini akan dapat mengawal nafsu dengan baik.

Pengaruh syaitan dapat dijinakkan dengan membaca A"uzubillahi minasy syaitonirrajim, atau membaca ayat quran atau berzikir.Tetapi pengaruh nafsu susah untuk dihilangkan.Biasanya pengaruh syaitan tak kisah , apa sahaja dibalun.perempuan gila pun dikerjakan, tetapi pengaruh nafsu memilih , hanya yang diimpikan dikejar. Pengaruh syaitan, makan apa sahaja , semuanya sedap.Pengaruh nafsu akan memilih dan jika ingin berbuka selepas sahur kepala dah pusing mencari apakah makanan waktu berbuka nanti.Cubalah beristighfar.

Masa zaman kanak-kanak saya hanya mengenali sejenis kurma.Dari cina. Dijual dalam balang, keras dan berkilat.Boleh beli 20 ke 30 sen sahaja.Tapi sekarang masyaAllah.Kurma cina,kurma amerika, bertangkai, rutob.black rubies,mariami piaram,mariami jumbo,kurma muda,mushkat,ajwa dan berbagai lagi.Masa kurma sejenis pun ustaz nasihatkan jangan ikut nafsu, bayangkan masa kurma banyak jenis ini.

sahabat , kalau kita dapat membezakan pengaruh syaitan dan nafsu insyaAllah kita dapat mengawal dan mendidiknya.Renungkanlah.

No comments: