Aku menyampah nak tengok orang tafakur kat tugu negara , walaupun ianya mewakili pejuang yang terkorban inikan pulak replika Anwar.
Masalahnya , kenapa buat tugu.Perbuatan lama dah tak terkawal , mengapa buat yang baru.Mangapa buat tugu , kalau untuk suka-suka, atau nak tendang terajang, atau nak kencingkan, atau nak pandang. Adakah untuk di kenang, dihormati,dipuji atau disembah.
Kalau tak mau buat apa-apa upacara , kenapa dibina tugu?Kalau PM atau bekas PM buat mesti dilihat salah. Kalau geng Anwar boleh, pula.
Saya beraya dirumah YB PKR. Isu replika dibangkitkan oleh isteri YB,Saya katakan Anwar akan naik macam Saddam,memerintah macam Saddam dan jatuh macam Saddam.
Setakat hormat dah lah, jangan lebih-lebih.
Dulu aku menyampah nak tengok Arqam sebab dia lebih-lebihkan Ashari Mohammad. Semua dia buat seolah betul belaka.Bagi aku dia dah tak betul dan patut nasihatkan orangnya. Tapi dia seronok pula. Restoran , gambar ashari, Van ashari, pajero ashari,badge ashari,kat rumah ashari, surau ashari, thailand,indonesia malah amerika pun ashari. Tak caya tanya Ann wan seng. Anwar sekarang macam gitulah , dengan tangan melambai tinggi dan mata lebamnya, dijaja ke mana sahaja. pada van, pada pajero, t shirt, topi malah tandatangannya juga menjadi kegilaan anak muda dan di lekatkan pada kereta sebagai penghias impak maksima
Wajah tok guru pun dah mula dilakukan sebegitu. Jaga-jaga tok , nasihatkan mereka,Jangan lebih-lebih. Bukankan Thoghut tu maknanya lebih=lebih atau melampaui batas.
UMNO dengan kesesatannya dan PKR dengan kesesatannya. Zoluman jahula. Zalim dan Jahil. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan bangang.
Allahu akbar. Allahu akbar.Allahu akbar. Walillahilhamd
2 comments:
taksub tah menda-menda. meluat dgn telatah org politik.
tu yang pak andak menyampah.
Post a Comment