Sunday, December 21, 2008

Sekerap

Sekarang ni penoreh mengeluh.Harga getah sekerap RM 1 sekilogram.Harga teh tarik gelas RM 1.20.Nak minum teh ais kena bayar RM 1.50.Nasi lemak pula RM 1 sebungkus, untuk nasi lemak kosong,tanpa telur goreng atau telur rebus.Untuk minum pagi kena jual 3 kilogram sekerap.Itu kalau makan seorang , tapi kalau beli sarapan untuk sekeluarga habis juga RM 10.Kena jual 10 kg sekerap untuk sarapan pagi, 15 kg untuk makan tengahari,5 kg untuk minum petang ( goreng cekodok aje) dan lagi 15 kg untuk makan malam.maknanya kena ada hasil sebanyak 45 kg sehari.Mana nak dapat apabila musim hujan.Tambahan pula getah berpucuk muda,masa ini getah tiada,huii sakit.

Hujung tahun anak nak bersekolah, nak kena beli pakaian,kasut,beg,alat tulis,yuran,stokin,buku tulis ,pemadam dan belanja sekolah sehari seringgit seorang.aduhhhh.

Dulu untuk mandapatkan RM 45 sehari , mereka cuma perlu menjual 10 kg sekerap sahaja,tetapi sekarang kena menjual 45 kg sekerap.Kalau yang beringat bolehlah makan sedikit duit simpanan , tapi kalau borosss alamat kena jadi jaga kilang ayamlah lepas ni.

Orang felda kata harga getah jatuh tak pe sebab dia boleh melantun semula,tetapi harga sawit kalau jatuh berkecai.

Menteri kewangan malaysia mesti ada pakej ransangan untuk penoreh, dia mesti jadi juara.Tunggu je sebelum 16 Januari atau sebelum Mac, ada pakej baru.Kalau tak de pemimpin UMNO akan mendapat pakej turun takhta serta merta.Berhenti beramai-ramai.

No comments: